Panduan Cara Solat Istikharah yang Betul

Pernah anda Solat Istikharah? Tahu tak bagaimana cara mengerjakan Solat Istikharah yang betul? Solat Istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk kepada Allah bagi menentukan pilihan yang terbaik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu sama ada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan solat sunat istikharah.


Berikut Cara Solat Sunat Istikharah yang Betul:

1. Cara Lafaz Niat Solat Sunat Istikharah

"Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"

2. Antara Surah yang Dianjurkan Baca:

♡ Rakaat Pertama, bacalah surah al-Fatihah dan al-Kafirun
♡ Rakaat Kedua, bacalah surah al-Fatihah dan al-Ikhlas

3. Dalam sujud terakhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali.

4. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah s.w.t, moga-moga Allah mempertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

5. Selesai memberi Salam, bacalah Selawat untuk memperingati Rasullulah s.a.w, para sahabat Baginda, para wali Allah dan semua umat muslim.

6. Membaca doa solat sunat Istikharah


7. Ulangi doa tersebut sebanyak tiga kali.

8. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut mengikut kepentingannya. IshaAllah mempermudahkan urusan kita di dunia.

Wallahualam..



1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje Oktober 25, 2016
Subahanaallah , terima Kasih atas perkongsian..ade 2 3 yang unie xx buat sllu dalam istiqarah seperti lokman kongsikan.. terbaik lah