4 Forum Paling Popular dan Aktif di Malaysia

Assalamualaikum semua...

4 Forum Paling Popular dan Aktif di Malaysia | Korang tahu salah satu cara nak tingkatkan trafik blog anda? Pernah terfikir anda, forum adalah satu cara atau langkah untuk tingkatkan blog dan laman web anda. Di sini aku nak kongsi 4 forum yang paling terkenal di Malaysia yang anda mungkin belum tahu.

Jom kita tengok 4 Forum Paling Popular dan Aktif di Malaysia:

4 Forum Paling Popular dan Aktif di Malaysia


1. Carigold.com


Carigold.com adalah satu platform yang sangat penting dan berguna kepada yang ingin mempelajari selok belok dunia perniagaan internet. Ia satu forum yang memperihalkan tentang pelbagai topik bukan sahaja mengenai online biz bahkan internet tips, politik, isu semasa, agama, gajet terkini, dan lain-lain lagi. Oleh itu, forum amat penting bagi kita semua lebih-lebih lagi kepada blogger yang masih baru.

2. Cari.com.my


Cari.com.my merupakan salah satu forum yang terkenal di Malaysia yang memperihalkan tentang isu semasa, gosip & hiburan, gaya hidup, kesihatan, IT & gajet dan banyak lagi. Apa yang menariknya laman web cari.com.my kerana ia mempunyai tiga versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan English.

3. Forum.lowyat.net


Forum lowyat.net adalah forum yang paling popular di Malaysia, di mana mempunyai keahlian yang berdaftar paling ramai di Malaysia. Platform ini memperihalkan jualan tentang teknologi dan gajet terkini seperti komputer, smartphone & tablets, software, CD, games dan banyak lagi.

4. Wangcyber.com


Wangcyber.com adalah satu forum yang hampir sama seperti Carigold.com yang memperihalkan tentang online biz, internet marketer dan lebih banyak tentang kejayaan blogger Malaysia. Banyak juga peluang perniagaan yang dikongsi di platform ini. Wangcyber mungkin platform terbaik yang ingin menceburi bidang keusahawanan internet kerana di sini ia akan dapat lihat seseorang daripada zero kepada hero.


0 comment... add one now