Header Ads

Review Filem Train To Busan Cerita Korea Terbaik!

Sebenarnya aku pergi ke pawagam MBO Kulim Landmark Central nak lah tengok filem Hollywood yang menarik masa tu. Tapi, apa yang membuat aku tertarik sebuah filem ini berjudul 'Train To Busan' adalah kerana tajuk filem itu. Kalau tengok nama Busan tu, dah boleh agak citer dari Korea. Aku pi ler tengok citer tu walaupun aku bukan lah minat citer Korea. Bukan dipaksa tapi keinginan aku nak tahu apa cita tu...

First tanggapan aku mengenai citer tu, ingatkan cita ni pasal rampasan, penculikan atau pun tragedi kemalangan. Rupa-rupanya....sambung baca!

Apa yang aku nak tulis entri ini adalah aku nak review filem Train To Busan. Serius memang aku kagum filem ini. Sebelum aku nak cita lebih lanjut, filem yang bergenre "zombie apocalypse thriller" adalah keluaran dari Korea bukannya Hollywood, mengisahkan seorang lelaki, anak perempuannya dan penumpang lain terperangkap di dalam keretapi yang dipenuhi dengan zombie selepas virus tu menular.


Apa yang boleh aku katakan filem ini dianggap terbaik dari Asia yang mempunyai samaan dengan filem Hollywood seperti World War Z dan Snowpiercer. Dikatakan lakonan setiap pelakon, skrip, plot cita dan visual dianggap terbaik. Termasok soundtrack yang bagus! Paling aku geram watak lelaki tua tu paling menjadi yang membuatkan aku tak puas hati. Hahaha!!!



Apa yang aku agak terkilan cerita tu, masih tertanya-tanya bagaimana virus zombie tu muncul, sebiji seperti World War Z tak tahu punca virus tu tersebar. Walaupun citer ni thriller, tapi agak beremosi lagi2 time ending cerita ni.

Secara keseluruhan, bagi aku filem ini berjaya menarik hati penonton termasok aku sekali untuk melihat cerita ini. Nak tengok kali kedua pun aku masih nak tonton. Walaupun citer dari Asia, tapi standard nya boleh dianggap ala2 Hollywood.

Review : 4.5/5

No comments

Powered by Blogger.