Header Ads

Kenapa aku memilih Blogger bukannya Vlogger?

~Assalamualaikum ~

Ada orang tanya aku kenapa Lokman jadi blogger, kenapa tak jadi vlogger? Korang tahu apa tu vlogger ....aku rasa korang pun tahu vlog tu macam mana!

Vlogger ni macam korang suka lihat video Mat Lutfi, Anwar Hadi, Hanis Zalikha di YouTube. Berlambak ja video mereka yang hasilkan membuat mereka dikenali ((kecuali Hanis sebab pelakon)) dan income mereka pun masyuk. Persoalannya kenapa aku tak memilih vlogger?


Jawapannya simple ja aku tak berminat dan idea nak buat video memang aku tak reti. Tambah2 lagi nak lakonkan pulak...memang tak lah!!! Lebih baik aku writing dan research. Aku suka lagi menaip dan bercerita di blog ja.


Kalau korang ada idea macam Mat Lutfi boleh follow dia buat video mengenai isu2 semasa , manakala Hanis Zalikha pulak suka buat video pasal tutorial make-up, pakai tudung. Untuk kaum hawa boleh amek contoh seperti Hanis untuk jadikan role model. Nanti kalau ada masa, aku tulis pulak siapa vlogger femes di Malaysia.


Siapa minat jadi vlogger? Doa2 kan mungkin maybe aku tergerak hati nak jadi vlogger pulak. Salam ukhuwah!

2 comments:

  1. vlogger nk kena berlakon plak...
    blogger just share pic n kitA menulis ja..

    ReplyDelete
  2. Xminat juga vlogger sbb xkreatiff +xcukp pakej utama (cantik&sweet)hahah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.