Header Ads

5 SEO Tool Terbaik Google Untuk Optimasi Laman Web

Pernah kah kita terfikir kenapa blog kita kadang2 naik dan turun? Kenapa artikel kita sukar berada di enjin carian di Google? Jawapannya mudah sebenarnya sesetengah para blogger termasuk saya dahulu pandang remeh akan kepentingan SEO terhadap blog. Lebih teruk mungkin di antara kita masih tidak kenali apa itu SEO. Tahukah anda, sebenarnya pihak Google telah sediakan banyak SEO tools yang sangat berguna untuk webmaster anda untuk mengoptimumkan laman web. Oleh itu, seharusnya pemilik blog atau laman web memerlukan alat ini untuk pengoptimum enjin carian. Hal demikian, anda akan nampak hasilnya ke tahap tinggi hasil carian dan mencapai visibiliti online yang lebih baik.


Berikut saya senaraikan 5 SEO tools terbaik Google, di mana pengguna dapat membuat sebuah laman web yang SEO friendly dengan lebih mudah.

1. GOOGLE ANALYTICS


Google Analytics adalah alat pengesanan atau spy laman web yang membolehkan webmaster untuk mengikuti lalu lintas @ trafik laman web anda. Dengan ini, pemilik blog atau laman web boleh mengetahui dengan jelas berapa banyak pelawat telah melihat laman web anda setiap hari, melihat aktiviti pelawat di blog anda, dan bagaimana mereka masuk ke laman web anda. Selain maklumat terperinci pelawat, webmaster ini juga boleh mengetahui kelajuan loading, bounce rate dan banyak lagi.

2. GOOGLE WEBMASTERS TOOLS


Google Webmasters Tools adalah perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh Google untuk webmaster. Dengan adanya ini, membantu pengguna memeriksa dan menyemak status pengindekan di Google, mengoptimumkan laman web untuk SEO yang lebih baik, mengetahui link yang rosak, sitemap dan banyak lagi. Oleh demikian, pengguna dapat mengetahui adakah laman web anda sihat dan mesra Google. Senang kata, Google Webmasters ni umpama macam hospital untuk sesebuah blog atau laman web.

3. GOOGLE TRENDS


Google Trends sangat penting bagi webmaster untuk mengetahui trend saat ini di internet, sehingga para blogger dapat menulis topik hangat untuk menarik pembaca lebih2 lagi isu panas tentang selebriti Hollywood. Ini kemudahan dalam talian yang menunjukan seberapa sering istilah tertentu dicari di daerah-daerah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

4. GOOGLE ADWORD@KEYWORD PLANNER


Keyword Planners adalah seperti bengkel untuk membina kempen Rangkaian Carian (Search Network) yang baru atau mengembangkan yang sedia ada. Dengan adanya ini, anda boleh mencari kata kunci dan kumpulan iklan idea-idea, dapat statistik sejarah, lihat bagaimana senarai kata kunci berprestasi. Bagi blogger yang ada Google Adsense, harus guna keyword yang baik dengan nilai yang tinggi untuk mudahkan enjin carian.

5. SEOQUAKE

Seoquake adalah plugin percuma yang menyediakan anda dengan metriks SEO utama, bersama-sama dengan alat2 lain yang berguna seperti SEO Audit, laporan Keyword Density, analisis link luar dalaman dan banyak lagi.

Setakat ini saja perkongsian saya mengenai SEO tools di Google. Sebenarnya banyak lagi tapi saya hanya kongsi 5 tools sahaja. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh komen di ruangan di bawah.

No comments

Powered by Blogger.