Header Ads

3 Cara Mudah Buat Duit Secara Online

Assalamualaikum...selamat pagi! Hari ni saya nak kongsikan bagaimana cara jana pendapatan sampingan dengan mudah secara online. Secara ringkasnya, buat duit melalui online sama ada smartphone atau pun komputer.

Sejujurnya, saya masih sorang student IPT, so adanya peluang sebegini, saya telah mencaburi alam dunia blogging untuk menambah atau membantu income saya di pengajian tinggi. Bagi saya peluang ni tak kan datang bergolek kalau tak ada usaha. Anda perlu mencuba, bila lagi? Sama ada yang telah bekerja atau pun masih lagi belajar, boleh cuba peluang ini! Percaya anda tak kan menyesal....!!!

Di sini saya kongsikan 3 cara buat duit secara online dengan mudah:

1. BLOG


Seperti saya sorang blogger, jika anda yang meminati dalam dunia blogging, anda boleh daftar buat blog dan dari situ anda boleh buat duit melaluinya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat terlalu banyak pengiklanan digital yang menawarkan program untuk diiklankan di blog anda. Cuba anda perasan berapa jenis pengiklanan yang saya telah ceburi di blog nih. Secara mudahnya, anda dibayar apabila orang (pengunjung) yang klik kepada iklan mereka yang anda telah letakkan di blog

Bagaimana caranya?
● Anda perlu ada sesebuah blog. Pilih topik yang anda gemari dan paling orang suka cari contohnya seperti fesyen, resepi masakan, teknologi, automotif dan sebagainya.
● Dah ada blog atau website, baru boleh anda daftar di website yang menawarkan program pengiklanan seperti Google AdsenseNuffnangInnity dan banyak lagi yang boleh anda ceburi. Bayaran RM atau USD bergantung pada program pengiklanan tersebut.
● Letakkan kod iklan di blog anda.

Jika blog anda mempunyai pelawat yang tinggi akan muncul syarikat2 tempatan atau pun di luar negara yang ingin meletakkan iklan mereka di blog anda. Sebagai contohnya, cuba lihat blog saya bahagian bawah, saya telah dapat tawaran dari aggregator jobs dari syarikat Neuvoo.

2. AFFILIATE 


Affiliate ialah seseorang individu yang memperolehi komisyen bagi setiap jualan yang berlaku hasil daripada anda mempromosikan sesuatu produk dalam blog kepada orang ramai. Bahasa mudahnya, affiliate adalah seperti agen jualan.

Bagaimana caranya?
● Anda memerlukan blog jika ingin terlibat dalam dunia affiliate kerana kebiasaannya anda perlu memasang iklan berbentuk banner atau text untuk menarik perhatian pembaca blog anda untuk klik.
● Daftar di website yang menawarkan program affiliate.
● Letakkan kod affiliate mereka di blog.

Jika terdapat barang yang terjual, maka anda layak menerima komisyen bergantung kepada syarikat affiliate itu. Di sini saya kongsikan beberapa affiliate yang boleh anda ceburi seperti Zalora , Lazada , Amazon dan Klikjer.com. Tahukah, buat masa ini pemberi komisyen terbesar adalah Klikjer.com  (komisyen 70%).

3. YOUTUBE 


Jika anda sudah mempunyai akaun Google Adsense, iklan tersebut boleh juga diletakkan di akaun YouTube anda. Daripada anda membuang masa tonton video2 di YouTube, lebih baik anda hasilkan video2 yang orang suka dan boleh jana pendapatan mudah darinya. Peringatan!!! Jangan curi video orang pulak, kalau dak kena banned akaun Adsense anda.

Setakat ini saja perkongsian yang saya boleh kongsikan, segala informasi saya berikan mudah-mudahan anda boleh cuba ceburi sedikit sebanyak boleh tampung pendapatan anda, di mana makin hari kos sara diri meningkat.

No comments

Powered by Blogger.