Header Ads

Cara Uji Server Speed Blog Anda Dengan Bitcatcha

Assalamualaikum pembaca blog lokmanamirul.com ...moga2 korang sihat n sudi membaca entri yang baru nih. Aku terasa rindu dan rasa bersalah kalau tak kongsi satu tool ni untuk semak kelajuan blog anda. Sebab apa aku rasa bersalah kalau tak share ilmu ni, kerana ia sangat penting untuk sesebuah blog yang baik.

Sebelum ni, aku pernah kongsi cara nak optimasi seo on page mengenai SEO. Aku terfikir kenapa blog kadang2 naik atau turun, tapi kita masih tak perasan @ ambil berat di mana kelajuan blog sebenarnya salah satu punca visitor tak memasuki dalam laman web anda. Buat apa nak baca laman web yang lambat 'loading'? Biar aku pilih yang laju....nih persoalan yang korang amek tahu!

Cara mudah anda nak selesaikan masalah ni dengan menggunakan Server Speed Checker Bitcatcha. Bagi aku ia salah satu speed checker yang terbaik aku pernah gunakan. Aku cerita sikit mengenai tool speed checker nih!


Server Speed Checker Bitcatcha adalah salah satu tool menguji cepatnya kelajuan server dari aspek lokasi seseorang pembaca @ pengunjung. Dengan kata lebih mudah, Server Speed Checker Bitcatcha dapat menguji kelajuan website anda dari 8 lokasi yang berbeza iaitu US (west,east), London, Singapore, Sao Paulo, Pune, Sydney dan Japan.

Korang cuba lihat result apa yang blog aku dapat, sangat tidak memuaskan!


Hanya E saja kelajuan blog aku dapat. Amat mendukacitakan....Nampaknya aku perlu ringankan lagi blog lokmanamirul.com supaya loading tak berat. Memang layak aku dapat keputusan sebegini, sebabnya tak pernah amek berat tentang kelajuan blog...heheh!!!

Menurutnya response speed yang baik adalah di bawah 200ms. Maknanya, semakin kecil nilai response speed, makin cepat loading sesuatu laman web atau blog. So, makin jadi pilihan utama untuk Google.

Kalau anda mahu cuba, bukak laman web ini Bitcatcha.


1 comment:

Powered by Blogger.