Header Ads

Beli Tiket Bas Cara Online Dengan Aplikasi CatchThatBus

Apabila seseorang ingin menuju ke destinasi yang jauh, perkhidmatan bas merupakan pilihan utama mereka dan pastinya mereka akan menuju ke stesen bas untuk mendapatkan tiket bas untuk ke destinasi pilihan. Bila tibanya musim cuti perayaan, sudah pasti tiket bas akan habis dijual lebih awal jika kita lewat membelinya.


Kini, mudah ja di mana telah diperkenalkan dengan satu sistem aplikasi CatchThatBus yang mana memudahkan untuk membeli tiket bas dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Dengan menggunakan aplikasi CatchThatBus, tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk ke stesen bas bagi merebut tiket bas dengan ramai orang dan kadang-kadang terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan tiket bas di kaunter tiket.


Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi CatchThatBus
Untuk mendapatkan tiket bas tidaklah mustahil, namun bila tibanya cuti semester bagi seseorang pelajar IPT atau cuti perayaan menjelang, sudah pasti akan menghadapi kesukaran kerana terpaksa berebut tiket dengan ramai orang yang ingin pulang ke kampung mereka pada tarikh-tarikh tertentu. Kelazimannya tiket akan habis dijual jika kita lewat mendapatkannya. Bagi anda yang mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket bas pada tarikh yang dikehendaki, anda boleh mendapatkan tiket bas dengan melayari laman web CatchThatBus. Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk menuju ke stesen bas bagi mendapatkan tiket bas dan beratur panjang di kaunter. Melalui laman web CatchThatBus, ia membolehkan anda membeli tiket bas dengan lebih cepat dan pantas secara online tanpa dikenakan caj lebih.



CathchThatBus juga menyediakan aplikasi mudah alih di setiap telefon pintar supaya anda tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tiket bas walau dimana jua anda berada.  


Aplikasi telefon mudah alih CatchThatBus
Aplikasi Telefon CatchThatBus




Kelebihan Menggunakan Aplikasi CatchThatBus

1) Jimat Kos

Melalui aplikasi CatchThatBus ini, dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk keluar pergi ke stesen bas untuk membeli tiket. Hal ini kerana, ia boleh menggunakan aplikasi ini di mana saja kita berada tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk berulang-alik ke stesen bas untuk membeli tiket.

2) Jimat Masa

Mungkin kadang-kadang kita tak sempat nak pergi ke stesen bas untuk membeli tiket dan perlu mengorbankan masa kerja semata-mata ingin berebut membeli tiket bas. Tetapi dengan aplikasi CatchThatBus ini memudahkan kerja kita tanpa perlu memikirkan masa yang sesuai untuk keluar pergi ke stesen bas.

3) Cepat dan Mudah
Saya sarankan kepada anda terutamanya para pelajar supaya menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan anda. Disamping menjimatkan masa, anda juga boleh melihat tarikh setiap perjalanan, operator bas yang ada dan juga memilih tempat duduk yang selesa untuk setiap perjalanan anda.


Bagi anda yang ingin membeli tiket secara online, boleh la mendapatkan tiket anda dengan melayari laman web www.catchthatbus.com atau dengan memuat turun aplikasi ini secara percuma telefon pintar anda. Selamat mencuba!!!

No comments

Powered by Blogger.