Header Ads

Tips panduan awesome untuk susun sijil anda sebelum temuduga

Saat menerima panggilan intervew, pastikan anda berada dalam keadaan yang paling tenang dalam dunia. Bukan apa, kadangkala, ada yang terlalu seronok hinggakan tak sempat nak fikir apa yang perlu dilakukan sebelum interview.
Sebenarnya, menyusun kesemua sijil-sijil dengan teratur sangat penting ketika sesi temuduga. Ini kerana anda akan membantu si penemuduga untuk tidak serabut dengan segala sijil yang anda miliki.
Jadi, hari ini, dengan baik hatinya kami ingin berkongsi tips paling awesome untuk anda susun sijil-sijil sebelum ditemuduga esok!
1. Dokumen Asal
Study-GIF
Sila sediakan Dokumen-Dokumen seperti bawah sebelum menghadiri temuduga (Interview)
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM asal
  • Sijil STPM asal (jika ada)
  • Diploma asal (jika ada)
  • Transkrip diploma asal (jika ada)
  • Ijazah sarjana muda asal.
  • Transkrip sarjana muda asal.
  • Ijazah sarjana asal (jika ada)
  • Transkrip sarjana asal (jika ada)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
  • Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
TIPS : Sila sediakan setiap dokumen diatas dengan setiap satu photocopy.
Elakkan dari membawa semua sijil akademik dan kokurikulum sebelum tingkatan 5. Ini kerana, para interview tak minat pun dengan hasil kerja korang masa kecil. Hehe!
Semua dokumen di atas sepatutnya disimpan dalam satu folder yang special untuk temuduga tersebut. Jangan lupa! Dokumen yg tidak berkaitan jangan letak sekali dalam satu folder yang sama.
2. Salinan Fotostat Setiap Dokumen Penting
Newsletter-Gif-1-Resize
Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas.
Selepas difotostat, dapatkan pengesahan dari pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai polis, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan peringkat kumpulan 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah.
TIPS : Semua salinan fotostat mestilah mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas.
3. Borang Maklumat Diri Calon
tumblr_nbgb5pmdKT1toqe0do5_500
Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, mereka akan diberikan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :
  • Maklumat kursus yang anda pohon – seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
  • Butir diri calon – seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
  • Butiran keluarga – seperti maklumat bapa / suami / isteri
  • Butiran akademik – iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.
  • Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan
TIPS : Sila tulis dengan jelas dan kemas dan sertakan apa yang diminta seperti gambar dan sebagainya.
Tiga aturan ini sangat penting dan bakal memberikan impak yang besar terhadap diri anda. Tak percaya? Cubalah!
Sumber - maukerja.my 

No comments

Powered by Blogger.