Header Ads

Apa itu TPPA? Hot Trending



Walaupun isu ni dah agak lama tapi TPPA ni masih hangat diperkatakan oleh rakyat yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya itu TPPA? Adakah ia memberi kebaikan atau pun kemaslahatan kepada rakyat.

Apa itu TPPA?

TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pasific Partnerships Agreement satu perjanjian multilateral yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, Vietnam, Peru, Singapura, Jepun, Amerika dan termasuk sekali dengan Malaysia.

Apa tujuan TPPA?

TPPA ni macam liberalisasi pasaran di mana membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakan TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara ahli yang terlibat.

Apa yang menjadi persoalannya adalah semua perbincangan di buat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian itu dimeterai. Ini bermakna perjanjian ini meletakkan rakyat dalam kegelapan sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apa kebaikannya?

TPPA membolehkan produk atau servis dari Malaysia menembusi pasaran negara ahli dengan lebih mudah. Dengan bahasa mudah, skop perniagaan para peniaga akan menjadi lebih luas. Namun disebalik itu, ada juga keburukan TPPA yang akan memberi impak negatif kepada perniaga tempatan secara amnya.

Apa keburukannya?

1. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

2Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. 

3. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

4. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. 

Saya sebagai rakyat Malaysia hanya memberi pandangan secara rawak mengenai isu ini bukannya melibatkan mana-mana pihak pun. Kalau ada info yang perlu ditambah sila komen di ruangan di bawah.

Sumber : vox.com


No comments

Powered by Blogger.