Header Ads

France Football All-Time Best Team

PERANCIS

Shirt badge/Association crest

FORMASI : 4-2-3-1
GELARAN PASUKAN : Les Bleus(The Blues)

1.FABIEN BARTHEZ - GOALKEEPER(1994-2006)



Fabien Barthez adalah seorang pemain bola sepak Perancis yang sudah bersara dalam arena bola sepak.Beliau juga boleh dianggap penjaga gol berkelas dunia, di mana beliau telah mewakili pasukan Perancis sebanyak 87 perlawanan.Tambahan pula,Barthez juga pernah berkongsi dengan Peter Shilton sebagai rekod Most World Cup clean sheets.Beliau juga pernah menyarung jersi pasukan kelab Toulouse,Marseille,AS Monaco,Manchester United dan kelab teakhirnya iaitu Nantes.Beliau juga pernah merasa kejayaannya ketika bersama Marseille,di mana kelab itu berjaya menjuarai UEFA Champions League.Sementara itu,beliau juga pernah menjadi penjaga gol terbaik tahunan Eropah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1998 dan 2000.Memang tidak syak lagi,bahawa Barthez merupakan penjaga gol yang tidak boleh dicari ganti dalam pasukan Perancis.

2.LILIAN THURAM - RIGHT BACK(1994-2008)



Ruddy Lilian Thuram-Ulien yang lebih dikenali sebagai Lilian Thuram adalah seorang pemain bola sepak profesional yang sudah bersara yang bermain di posisi pertahanan.Beliau juga merupakan pemain bola sepak Perancis yang paling banyak mewakili dalam pasukan kebangsaanya itu.Thuram juga dianggap sebagai salah satu bek kanan terbaik dunia kerana kepantasan,stamina yang tinggi dan kekuatannya ketika bermain.Oleh itu,beliau pernah bermain sebanyak 142 perlawanan sepanjang kariernya bersama pasukan Perancis.Beliau juga pernah bermain dengan kelab Monaco,Parma,Juventus dan Barcelona.Hampir 10 musim Thuram menghabiskan masanya ketika bersama dengan kelab Itali.

3.MARCEL DESAILLY - RIGHT CENTRAL DEFENDER(1993-2004)



Marcel Desaily boleh dianggap pemain bintang Perancis yang sangat kental di bahagian pertahanan tengah.Beliau juga mempunyai kebolehan untuk bermain di bahagian defensive midfielder.Desailly juga merupakan pemain bola sepak Perancis kelahiran Ghana yang pernah meraih kegembiraan bersama rakan pasukannya setelah merangkul trofi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.Beliau juga pernah mewakili dengan pasukan kelab berstatus dunia seperti AC Milan dan Chelsea.Sepanjang penglibatan beliau dalam arena bola sepak,beliau juga pernah mewakili pasukan kebangsaannya sebanyak 116 perlawanan.Oleh itu,tidak disangkal lagi bahawa Desailly memang layak memegang posisi itu.

4.LAURENT BLANC - LEFT CENTRAL DEFENDER(1989-2000)



Laurent Blanc merupakan bekas pemain bola sepak Perancis dan masa kini dia telah menjadi manager dalam kelab Paris Saint-Germain.Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai manager dalam pasukan Perancis sehingga tahun 2012.Blanc juga dianggap seorang pemain bola sepak profesional kerana pernah mewakili beberapa kelab ternama seperti Napoli,Barcelona,Inter Milan dan Manchester United.Beliau lebih kerap beraksi sebagai seorang pemain sweeper.Sepanjang karier beliau bersama dengan pasukan kebangsaan,beliau telah mewakili sebanyak 97 perlawanan dan berjaya menjaringkan gol hampir 16 jaringan.

5.PATRICK EVRA - LEFT BACK(2004-KINI)



Walaupun Patrick Evra masih aktif bermain dengan pasukan Perancis dan kelab Manchester United,Beliau telah dianggap sebagai bek kiri terbaik sepanjang masa dalam pasukan Perancis.Beliau dianggap seorang pemain yang mempunyai stamina yang kuat kerana kerap melakukan serangan ke bahagian depan di sebelah kiri.Beliau pernah menyarung jersi beberapa kelab seperti Marsala,Monza,Nice,AS Monaco dan kelab ternama iaitu Manchester United.Pada asalnya,beliau bermain di bahagian tengah dengan kelab Nice,namun beliau ditukarkan kepada posisi pertahanan sepenuhnya.Pada zaman dahulu,tiada sesiapapun yang dapat menandingi Evra sebagai bek kiri terbaik dalam pasukan Perancis.

6.PATRICK VIEIRA - RIGHT DEFENSIVE MIDFIELDER(1997-2009)



Kedudukan Vieira sebagai seorang pemain defensive midfielder sangat kukuh kerana pada masa kini tiada sesiapa pun yang boleh menggugatkan kedudukannya.Beliau merupakan seorang pemain Perancis yang berdarah Senegal adalah pemain bola sepak yang boleh dianggap bertaraf dunia.Kejayaannya yang paling kemuncak ketika beliau bermain bersama kelab Arsenal.Vieira juga pernah menyarung jersi dengan kelab berstatus dunia yang lain seperti Juventus,Inter Milan dan juga Manchester City.Beliau juga mempunyai hampir 107 cap bersama pasukan Perancis,di mana beliau pernah meraih kejayaan bersama dengan rakannya ketika pasukan mereka berjaya memenangi trofi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.Pada 14 Julai 2011,beliau mengumumkan pesaraannnya sebagai pemain bola sepak profesional.

7.JEAN TIGANA - LEFT DEFENSIVE MIDFIELDER(1980-1988)



Jean Tigana merupakan bekas pemain bola sepak Perancis yang berperanan sebagai seorang pemain bahagian tengah.Ia boleh dianggap sebagai seorang pemain bola sepak profesional kerana gerakan yang cukup hebat,teamwork,pace dan tidak pernah mengenal penat.Tigana juga mempunyai tanggungjawab untuk mengawal permainan di bahagian belakang dan sekali-sekala melakukan pergerakan ke bahagian depan untuk menciptakan suatu peluang gol bersama rakan-rakannya.Setakat penampilannya bersama pasukan kebangsaan,dia berpeluang menyertai 52 perlawanan dalam peringkat antarabangsa.Beliau juga pernah mewakili pasukan kelab seperti Toulon,Lyon,Bordeaux,Marseille dan banyak menghabiskan kariernya bersama pasukan kelab Perancis.Disebabkan kredibilitinya yang tidak mengenal penat,dia pernah diumumkan sebagai salah satu pemain tengah yang hebat di dunia sepanjang tahun 1980-an.Di peringkat dunia juga,beliau pernah bergandingan bersama rakan-rakannya yang cukup hebat seperti Michel Platini,Luis Fernandez dan Alain Giresse.Kini,dia menjadi jurulatih Shanghai Shenhua dalam 

8.RAYMOND KOPA - RIGHT ATTACKING MIDFIELDER(1952-1962)



Raymond Kopa adalah seorang bekas pemain bola sepak Perancis yang bermain sekitar tahun 1950-an.Kopa dianggap serang pemain bola sepak yang hbat pada era beliau kerana dia selalu bertindak seorang playmaker yang pantas,tangkas dan kerap bergelecek.Pada tahun 1958,Kopa telah ditabalkan sebagai seorang pemain Eropah terbaik di dunia.Beliau mewakili hampir 45 caps bersama dengan pasukan Perancis.Beliau juga pernah menyarung jersi kelab ternama iaitu Real Madrid.Kopa juga pernah merasai kegembiraan dengan rakan-rakannya selepas pasukan Perancis mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 1958.

9.MICHEL PLATINI - ATTACKING MIDFIELDER(1976-1987)



Michel Platini adalah salah satu pemain lagenda bola sepak Perancis yang sangat berstail dan pernah dianggap salah satu pemain bola sepak terbaik di dunia.Beliau juga pernah meraih tiga kali Ballon d'Or pada tahun 1983,1984 dan 1985.Sepanjang karier beliau dalam arena bola sepak,beliau pernah bermain dengan kelab Nancy,Saint-Etienne dan Juventus.Beliau juga pernah mewakili tiga kali Piala Dunia iaitu tahun 1978,1982 dan 1986 dan sepanjang penglibatannya bersama pasukan kebangsaan,beliau berjaya menghasilkan gol sebanyak 41 daripada 72 perlawanan.Kelebihan yang ada pada beliau adalah salah satu pemain best passer di dunia,sepak percuma yang menarik dan penyudah yang tajam.Kini,beliau telah menjawat ajawatn sebagai pengerusi FIFA dalam Technical and Development Committee dan pembantu presiden dalam Federasi Bola Sepak Perancis.

10.ZINEDINE ZIDANE-LEFT ATTACKING MIDFIELDER(1994-2006)



Zinedine Zidane yang terkenal dengan gelaran Zizou adalah seorang pemain bola sepak Perancis keturunan Algeria yang sudah bersara dalam arena bola sepak yang bermain di bahagian attacking midfielder.Zidane merupakan seorang pemain yang sangat profesional kerana kehebatannya mengawal bola,gaya bola yang elegan,teknik yang menarik dan vision sehingga beliau diktiraf sebagai salah satu pemain bolas sepak terbaik sepanjang masa.Zidane pernah menyertai kelab Cannes,Bordeaux,Juventus dan Real Madrid sepanjang kariernya sebagai seorang pemain bola sepak.Sepanjang kariernya,beliau pernah meraih juara La Liga dan UEFA Champion League bersama Real Madrid,dua gelaran juara dalam Seria A dan Intercontinental Cup.Dalam pasukan Perancis pula,beliau berjaya menjuarai trofi Piala Dunia bersama rakan-rakannya pada tahun 1998 dan UEFA Euro 2000.Sepanjang karier beliau bersama pasukan kebangsaan,Zidane berjaya menghasilkan jaringan gol sebanyak 31 daripada 108 perlawanan.Zidane juga pernah memenangi sebanyak tiga kali sebagai pemain terbaik bola sepak dunia FIFA.

11.THIERRY HENRY - STRIKER(1997-2010)



Walaupun Karim Benzema boleh merampas kedudukan Henry sebagai penyerang Perancis yang paling hebat dalam sejarah bola sepak mereka,tetapi kelebihan dan kredibiliti yang ada pada Thierry Henry lebih nampak menyakinkan berbanding dengan Benzema.Lihat sajalah,prestasi Henry bersama Arsenal dan Barcelona sangat mengagumkan dan juga pasukan kelab lama yang pernah disertainya iaitu Monaco dan Juventus.Pada masa kini,Henry masih bermain dengan pasukan kelab Amerika Syarikat iaitu New York Red Bulls dan tidak lagi menyarung jersi pasukan Perancis selepas Piala Dunia 2010.Prestasinya yang paling kemuncak adalah ketika beliau bersama dengan kelab Arsenal,di mana Arsene Wegger beranggapan bahawa beliau seorang pemain bola sepak berkelas dunia.Henry juga pernah meraih kejayaan dengan rakan pasukannya ketika pasukan Perancis merangkul trofi Piala Dunia 1998,UEFA Uero 2000 dan Confederation cup 2003.Sepanjang karier beliau bersama pasukan kebangsaannya,Henry berjaya menghasilkan gol sebanyak 51 gol daripada 123 perlawanan sekaligus beliau telah memecah rekod Michel Platini sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak Perancis.Oleh itu,Henry memang layak memegang kedudukan ini selaku penyerang tunggal dalam pasukan Perancis.

No comments

Powered by Blogger.