Header Ads

5 Pesawat Pengangkut Tentera Masih Aktif

Pesawat pengangkut tentera melakukan peranan sama seperti pesawat kargo awam.Bagaimanapun,ia mungkin ditugaskan untuk melaksanakan tugas-tugas pelbagai peranan seperti mengisi minyak di udara,pengangkutan taktikal dan strategik melalui udara pada semua tahap operasi.

1.Boeing C-17 Globemaster III




Boeing C-17 Globemaster III adalah pesawat pengangkut tentera yang strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems dan kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat,United Kingdom,Canada,Qatar,Emiriyah Arab Bersatu,NATO,India dan Kuwait.Pada awalnya,ia dibangunkan untuk Tentera Udara Amerika Syarikat(USAF) dari tahun 1980-an sehingga awal tahun 1990-an oleh McDonnell Douglas.C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pengolakan.Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal,pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara.C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu Douglas C-74 Globemaster dan Douglas C-124 Globemaster II.

SPESIFIKASI (C-17):



-CIRI-CIRI UMUM:

*CREW: 3: 2 juruterbang dan 1 loadmaster
*KAPASITI: 
-102 paratroopers
-134 troops with pelletized
-34 pengusung dan 54 pesakit
-kargo seperti kereta kebal M1 Abrams,tiga strykers atau enam M1117 Armored Security Vehicles
*PANJANG: 53 meter
*RENTANG SAYAP: 51.75 meter
*TINGGI: 16.8 meter
*BERAT KOSONG: 128,100 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN SEDERHANA: Mach 0.74(450 knots,515 mph dan 830 km/h)
*JARAK: 2,420 batu nautikal atau 5,610 batu nautikal bersama paratroopers

2.Lockheed Martin C-130 Hercules



Lockheed Martin C-130 Hercules merupakan pesawat pengangkut tentera yang mempunyai empat enjin turboprop yang direkabentukdan dibina asalnya oleh Lockheed,sekarang Lockheed Martin.Hercules berupaya untuk mendarat dan berlepas dari lapangan terbang pada tanah yang pendek dan kasar.Pada asalnya ia direka untuk tentera,medical evacuation dan pengangkut penumpang dan kargo.Tetapi disebabkan bentuknya yang versatile,ia boleh bertindak pelbagai peranan seperti pesawat pembedil(AC-130),pemerhati cuaca,search and rescue,scientific research support,maritime patrol,pesawat bomba udara dan ambulan udara.Terdapat lebih 40 versi Hercules, dan ia digunakan secara meluas oleh lebih 60 negara seperti Mesir,Netherlands,Algeria,Canada,Cameroon,Perancis,Sepanyol,Korea Selatan,Kuwait,Jordan,Thailand,United Kingdom,Singapura,Filipina,Honduras,Australia dan lain-lain lagi termasuk Malaysia.C-130 mula masuk perkhidmatan dalam Amerika Syarikat pada tahun 1950-an dan dikuti oleh Australia dan lain-lain lagi.C-130 adalah salah satu pesawat tentera yang masih bersambung produksinya hampir 50 tahun dengan pelanggan yang asal.

SPESIFIKASI (C-130):


C-130H Line Drawing.svg

-CIRI-CIRI UMUM:

*KREW: 5(2 juruterbang,navigasi,flight engineer dan loadmaster)
*KAPASITI: 
-92 penumpang
-64 airbone troops
-74 litter patients dengan 5 krew perubatan
-6 pallets
-2-3 humvees
-2 M113 Armored personnel carriers
*PANJANG: 29.8 meter
*RENTANG SAYAP: 40.4 meter
*TINGGI: 11.6 meter
*BERAT KOSONG: 34,400 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 320 knots(366 mph dan 592 mp/h) pada 6,060 meter
*JARAK: 2,050 batu nautikal(3,800 km dan 2,360 batu)

3.Airbus A400M Atlas


Airbus A400M Atlas merupakan sebuah pesawat turboprop pengangkut tentera dan penangki minyak yang mempunyai empat enjin yang masih baru beroperasi.Ia telah direkabentuk oleh Airbus Military sebagai tactikal airlifter dengan keupayaan strategik.Kapal terbang asal ini melakukan penerbangan pertama pada 11 Desember 2009.Pesawat Airbus A400M akan meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan jarak jika dibandingkan dengan pesawat yang akan digantikannya iaitu versi awal C-130 Hercules dan C-160 Transall.Muatan kargo dijangka akan ditambah dua kali ganda berbanding pesawat sedia ada,iaitu jumlah muatan dan isipadu dan termasuk jarak operasi.Pesawat Airbus A400M boleh beropersi dalam pelbagai konfigurasi seperti pengangkut kargo,pengangkut anggota tentera,pemindahan perubatan,penangki udara dan pengawasan elektronik.Secara keseluruhannya, sebanyak 174 buah pesawat ini telah dipesan oleh lapan buah negara iaitu seperti Jerman,Luxembourg,Sepanyol,United Kingdom,Belgium,Afrika Selatan,Turki dan juga Malaysia.Dijangka Malaysia memesan sebanyak 4 buah pesawat Airbus A400M yang akn masuk operasi pada tahun 2015.Kapal terbang pertama ini akan dihantarkan kepada Tentera Udara Perancis pada Ogos 2013.

SPESIFIKASI:

-CIRI-CIRI UMUM:

*KREW: 3 atau 4(2 juruterbang,3rd optional dan 1 loadmaster)
*KAPASITI:
-37,000kg
-116 anggota tentera dengan kelengkapan penuh/anggota payung terjun
-sehingga 66 buah pengusung dengan ditemani oleh 25 anggota perubatan
*PANJANG: 45.1 meter
*RENTANG SAYAP: 42.4 meter
*TINGGI: 14.7 meter
*BERAT KOSONG: 76,500 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN SEDERHANA: 780 km/h
*JARAK: 3,298 km pada max payload

4.Alenia C-27J Spartan


Alenia C-27J Spartan adalah sebuah pesawat pengangkut tentera medium-saiz .C-27J merupakan turunan lanjutan dari Alenia Aeronautica's G.222 dengan enjin dan sistem daripada Lockheed Martin C-130J Super Hercules.Pesawat ini terpilih sebagai Joint Cargo Aircraft(JCA) untuk tentera Amerika Syarikat dengan L3 sebagai kontraktor utama.C-27J juga diguna oleh Australia,Itali,Greece,Bulgaria,Lithuania,Mexico,Morocco,Romania,Amerika Syarikat dan Peru.

SPESIFIKASI (C-27J):


-CIRI-CIRI UMUM:

*KREW: minimum dua; juruterbang dan pembantu juruterbang(tambah loadmaster jika perlu)
*KAPASITI:
-60 troops atau 46 paratroops
-atau 36 litters dengan 6 medical personnel
*PANJANG: 22.7 meter
*RENTANG SAYAP: 28.7 meter
*TINGGI: 9.64 meter
*BERAT KOSONG: 17,000 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 602 km/h
*JARAK: 1,852 km dengan 10,000 kg payload

5.Antonov An-124 Ruslan


Antonov An-124 Ruslan adalah sebuah pesawat terbang terbesar yang strategik yang direkabentuk oleh Antonov di Ukraine.An-225 Mriya merupakan pengembangan rekabentuk dari pesawat Antonov ini.Sebelum adanya An-225,An-124 adalah pesawat terbesar di dunia mengalahkan C-5 Galaxy.An-124 dibuat berdasarkan pengalaman dalam pembuatan turboprop raksasa An-22 dengan beberapa pengembangan yang membuat An-124 lebih efektif.Pada Julai 2013,An-124 telah memasuki pasaran dengan 10 pesanan.

SPESIFIKASI (An-124):

3 sides view

-CIRI-CIRI UMUM:

*KREW: 4-6(juruterbang,pembantu juruterbang,navigasi,senior flight engineer + 2 loadmasters)
*KAPASITI: 88 penumpang
*PANJANG: 68.96 meter
*RENTANG SAYAP: 73.3 meter
*TINGGI: 20.78 meter
*BERAT KOSONG: 175,000 kg

-PRESTASI:

*KELAJUAN MAKSIMUM: 865 km/h
*JARAK: 5,200 km

No comments

Powered by Blogger.