Header Ads

Argentina Football All-Time Best Team

ARGENTINA 

Shirt badge/Association crest

FORMASI : 4-1-2-3
GELARAN PASUKAN : La Albiceleste

1.SERGIO GOYCOCHEA-GOALKEEPER(1988-1994)



Sergio Goycochea merupakan seorang pemain bola sepak yang bermain sebagai penjaga gol dalam pasukan Argentina yang sudah bersara.Beliau dianggap sebagai penjaga gol terbaik kerana kecekapan beliau untuk menepis bola ketika tendangan sepakan penalti.Beliau juga pernah bermain dengan kelab River Plate,Millonarios,Racing Club,International,Newell's Old Boys dan lain-lain lagi.Sepanjang penglibatan beliau bersama pasukan Argentina,beliau pernah mewakili sebanyak 44 perlawanan yang disertainya.Tidak disangkal lagi,bahawa Goycochea adalah salah satu penjaga gol terbaik yang pernah dilahirkan dalam pasukan Argentina.

2.JAVIER ZANETTI-RIGHT BACK(1994-2005)



Javier Zanetti adalah pemain bola sepak Argentina yang bermain kelab Serie A iaitu Inter Milan bermula daripada tahun 1995 sehingga kini.Beliau masih aktif bersama pasukan kelab Inter Milan dan tidak lagi menyarung jersi dalam pasukan kebangsaannya .Beliau dianggap sebagai pemain bek kanan terbaik bagi pasukan Argentina kerana tiada lagi pada masa kini pemain yang lain boleh menggantikan posisinya.Zanetti dianggap sebagai pemain lagenda Argentina apabila beliau mencatatkan rekod penampilan pasukan kebangsaannya sebanyak 145 perlawanan.Di Argentina beliau dipanggil dengan nama 'Pupi' dan mendapat julukan 'El Tractor' setelah kedatangannya ke Itali kerana kekuatan,ketahanan,stamina dan kemampuannya.

3.DANIEL PASSARELLA-RIGHT CENTRAL DEFENDER(1974-1986)



Daniel Passarella merupakan salah satu pemain lagenda pasukan Argentina.Beliau pernah bermain bersama pasukan kebangsaanya dalam posisi bek tengah dan pernah menjadi kapten apabila pasukan Argentina menjuarai Piala Dunia 1978.Beliau juga merupakan salah satu bek tengah yang terbaik di dunia sepanjang zaman kerana beliau berjaya mencetak jaringan gol sebanyak 134 gol daripada 451 perlawanan bersama pasukan Argentina sehingga rekodnya dipecahkan oleh pemain pertahanan bola sepak pasukan Belanda iaitu Ronald Koeman.Beliau dianggap pemain yang serba boleh kerana beliau juga selalu membantu pasukannya untuk membuat serangan dan juga mempunyai kebolehan dalam sepakan percuma.Beliau juga pernah bermain bersama pasukan kelab iaitu River Plate,Fiorentina dan Inter Milan.

4.ROBERTO AYALA-LEFT CENTRAL DEFENDER(1994-2007)



Roberto Ayala dengan gelaran el Raton merupakan pemain lagenda bola sepak Argentina yang sangat disegani.Beliau merupakan pemain bolasepak yang bermain dalam posisi bek tengah dan pernah menyarung jersi kelab seperti Ferro Carril Oeste,River Plate,Napoli,AC Milan,Valencia,Zaragoza dan juga Racing Club.Beliau juga pernah tercalon antara bek tengah terbaik di dunia dalam eranya dan pernah menjadi kapten dalam pasukan kebangsaannya dalam 63 perlawanan.Beliaujuga pernah bermain sebanyak tiga kali dalam Piala Dunia FIFA dan pernah tercatat sebanyak 115 perlawanan yang pernah disertainya.Tidak hairan lagi,bahawa beliau merupakan pemain pertahanan tengah yang terbaik yang pernah bermain dalam paskan Argentina.

5.GABRIEL HEINZE-LEFT BACK(2004-2010)



Gabriel Heinze adalah bekas pemain bola sepak Argentina dan Newell's Old Boys adalah pasukan kelabnya yang pertama yang disertainya.Beliau boleh bermain dalam posisi bek kiri dan juga bek tengah.Tetapi beliau banyak menghabiskan kariernya sebagai pemain bola sepak dalam posisi bek kiri bersama pasukan kebangsaannya dan kelab.Beliau juga pernah menyarung jersi bersama pasukan kelab Paris Saint-Germain,Manchester United,Real Madrid,Marseille,AS Roma dan kembali semula kepada pasukan kelab lamanya iaitu Newell's Old Boys pada tahun 2012 sehingga tamat kariernya.Sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan,beliau berjaya mencetak 3 gol daripada 72 perlawanan yang disertainya.

6.DIEGO SIMEONE-DEFENSIVE MIDFIELDER(1988-2002)



Diego Simeone merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Argentina yang popular dan kini menjadi jurulatih bagi pasukan Atletico Madrid dalam Liga Sepanyol.Penampilannya bersama pasukan kebangsaan melebihi 100 capped dan pernah beraksi dalam Piala Dunia 1994,1998 dan 2002.Beliau bermula bersama pasukan kelab sejak tahun 1987 bersama kelab Velez Sarsfield,Pisa,Sevilla,Atletico Madrid,Inter Milan,Lazio dan Racing.Sepanjang karier beliau bersama pasukan Argentina,beliau berjaya menghasilkan gol sebanyak 11 gol daripada 106 pertandingan dan 84 gol daripada 513 perlawanan bersama pasukan kelab yang disertainya.

7.FERNANDO REDONDON-DEFENSIVE MIDFIELDER(1992-1999)



Fernando Redondon adalah seorang pemain bola sepak Argentina yang sudah bersara.Dia bukanlah seorang pemain bola yang sangat terkenal,tetapi beliau mempunyai keistimewaan tersendiri ketika beraksi di atas padang.Beliau bermain pada posisi defensive midfielder dengan mempunyai keupayaan untuk menyumbangkan offensively dan teknik yang hebat.Redondon hanya mewakili kelab Argentinos Juniors,Tenerife,Real Madrid dan A.C Milan. Beliau banyak menghabiskan kariernya bersama pasukan Real Madrid dalam La Liga.Redondon pernah mewakili pasukan negaranya pada Piala Dunia 1994.

8.DIEGO MARADONA-ATTACKING MIDFIELDER(1977-1994)



Diego Maradona adalah seorang lagenda bola sepak Argentina yang sudah bersara dan terkenal di dunia.Siapa yang tidak kenal Maradona?Beliau seorang pemain bola yang bijak menjaringkan gol,keupayaan mengelecek,vision yang tinggi,tutup kawalan bola dan passing ability.Walaupun beliau seorang pemain bola yang pendek sama seperti Lionel Messi tetapi dia mempunyai kepantasan yang sangat laju kerana disebabkan kakinya yang kuat dan tekanan graviti yang rendah.Beliau jadi sangat terkenal disebabkan jaringan golnya yang kontroversi apabila dia menggunakan tangan atau dikenali sebagai "Hand of God" untuk menjaringkan gol ketika beraksi menentang England.Kebanyakan pakar sukan,peminat,bekas pemain dan pemain masih bermain mengatakan Maradona adalah salah satu best football player sepanjang masa.Sepanjang beliau digelar pemain bola sepak profesional,dia pernag beraksi bersama kelab seperti Argentinos Juniors,Boca Juniors,Barcelona,Napoli,Sevilla dan Newell's Old Boys.Di peringkat tinggi,beliau lebih dikenali ketika bersama kelab Napoli,di mana beliau berjaya mengecapi beberapa kejayaan bersama dengan kelab itu.Di peringkat kebangsaan,beliau hanya bermain 91 perlawanan dengan 34 jaringan gol.Beliau bermain sebanyak empat kali Piala Dunia termasuk pertandingan tahun 1986,di mana dia menjadi kapten dan membawa pasukan Argentina berjaya mengatasi West Germany pada aksi final.Selepas dia bersara dalam arena bola sepak,dia juga pernah menjadi manager untuk pasukan Argentina bermula tahun 2008 hingga 2010.

9.LIONEL MESSI-(2005-KINI)



Lionel Messi adalah seorang pemain bola sepak Argentina,di mana beliau bermain sebagai seorang penyerang yang sangat terkenal bersama dengan kelab Barcelona.Beliau dianggap sebagai pemain bola sepak yang sangat hebat pada masa kini kerana kelincahannya,kebijaksanaannya mengawal bola,gaya tendangan yang sangat menarik dan juga penyudah gol yang sangat tajam.Beliau juga boleh bermain di bahagian attacking midfielder dan juga sayap.Setakat kini,beliau telah meraih empat kali Ballon d'Or dan pernah dicalonkan sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.Pada usia 25 tahun,Messi telah menjadi pemain muda yang berjaya mencetak hampir 200 gol dalam La Liga.Messi juga pernah membantu pasukan Argentina untuk merangkul trofi Piala Dunia FIFA U-20 pada tahun 2005,di mana beliau diumumkan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak sebanyak 6 gol.Kehebatan beliau juga boleh dianggap setaraf dengan lagenda bola sepak Argentina iaitu Diego Maradona kerana gaya permainan dan kelincahan mereka dianggap sama.Kini,beliau dianggap pemain bolasepak yang paling berjaya kerana prestasinya yang konsisten untuk menghasilkan jaringan gol pada setiap musim dalam pasukan Barcelona.Pada masa kini,beliau dan Cristiano Ronaldo sahaja yang layak merangkul sebagai trofi Ballon d'Or.

10.GABRIEL BATISTUTA-STRIKER(1991-2002)



Tidak disangkal lagi Gabriel Batistuta merupakan salah satu pemain lagenda bola sepak Argentina yang dikenali dengan panggilan Batigol.Beliau merupakan seorang pemain penyerang yang berprolifik dan banyak bermain bersama dengan pasukan kelab Fiorentina.Tambahan lagi,beliau mendapat eleventh top scorer of all time dalam liga Serie A dengan jaringan gol sebanyak 184 gol daripada 318 perlawanan bersama kelab Fiorentina.Dalam pasukan kebangsaannya,beliau berjaya mencatat penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak Argentina dengan berjaya menjaringkan gol sebanyak 56 daripada 78 perlawanan yang disertainya dan beliau juga mewakili sebanyak tiga kali dalam Piala Dunia.Dengan kecekapan dan ketepatan beliau membuat jaringan gol,tandukan dan mempunyai keupayaan dalam sepakan percuma.Tidak ragu-ragu lagi,bahawa beliau antara pemain penyerang yang terbaik pernah dilahirkan dalam arena bola sepak.Malah,Maradona juga pernah berkata bahawa Batistuta merupakan seorang penyerang terbaik setiap kali dalam pertandingan yang disertainya.

11.MARIO KEMPES-(1973-1982)



 Mario Kempes adalah salah satu pemain bola sepak Argentina yang sudah bersara.Beliau mendapat gelaran daripada rakannya iaitu El Matador.Bapa beliau juga merupakan pemain bola sepak yang menyebabkan beliau mendapat inspirasi daripada bapanya ketika masih kanak-kanak.Ketika beliau berusia 7 tahun,beliau mula bermain dengan pasukan junior dan ketika 14 tahun,beliau telah bermain dengan pasukan kelab Telleres.Beliau juga merupakan penyerang yang prolifik dan pernah ditabalkan sebagai pemain yang bernilai ketika bersama kelab Valencia.Kempes juga pernah mendapat gelaran pemain terbaik South America dan juga mendapat golden ball dalam Piala Dunia 1978.Sepanjang karier beliau bersama pasukan Argentina,beliau berjaya mencetak 20 gol daripada 43 perlawanan yang disertainya.Beliau juga pernah mencetak jaringan gol sebanyak 290 daripada 537 perlawanan bersama pasukan kelab yang pernah disertainya seperti Rosario Central,Valencia,River Plate,Hercules,St.Polten,Kremser SC,Fernandez Vial dan juga pernah menyarung jersi kelab Indonesia iaitu Pelita Jaya.Ramai pemain pertahanan yang pernah bermain bersama beliau mengatakan bahawa cara gaya serangan beliau sangat susah dikawal dan juga beliau merupakan penyerang yang rajin serta cekap melakukan jaringan gol dalam kawasan kotak penalti.

No comments

Powered by Blogger.