Header Ads

10 Kapal Pengangkut Pesawat Terbaik Di Dunia 2017

10 Kapal Pengangkut Pesawat Terbaik Di Dunia Pada Masa Kini. Kapal pengangkut pesawat adalah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang.Sembilan negara sahaja yang memiliki kapal pengangkut pesawat seperti Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Sepanyol, Itali, India, Perancis, Thailand dan China. Mengikut analisa yang dijalankan kombinasi ini berdasarkan dari saiz,displacement, airwing, offensive dan defensive weapon dan ciri-ciri yang lain. Kesemuanya kapal pengangkut pesawat di bawah ini masih aktif dan beroperasi. Berikut terdapat 10 kapal pengangkut pesawat terbaik pada masa kini:


10 Kapal Pengangkut Pesawat Terbaik Di Dunia Pada Masa Kini


1.Ford Class(Amerika Syarikat)


Ford class

Kelas Gerald R.Ford atau Kelas Ford adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super generasi terbaru milik Tentera Laut Amerika Syarikat.Kapal pertama dari angkatan kapal CVN-21 akan dinamakan USS Gerald R.Ford(CVN-78).Kapal CVN-21 menggunakan reka bentuk badan yang sama seperti kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz.Kapal pengangkut pesawat Kelas Ford akan menggabungkan ciri-ciri reka bentuk terbaru termasuk reka bentuk reaktor nuklear baru iaitu reaktor A1B,ciri-ciri halimunan(stealth) untuk mengurangkan profil dari dikesan oleh radar dan mampu membawa 90 pesawat seperti Boeing F/A-18E/F Super Hornet,Boeing EA-18G Growler,Grumman C-2 Greyhound,Northrop Grumman E-2 Hawkeye dan Lockheed Martin F-35C Lightning II dan helikopter Sikorsky SH-60 Seahawk.

2.Nimitz Class(Amerika Syarikat)

Nimitz class aircraft carrier


Kelas Nimitz merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear yang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.Nimitz mengetuai kelas kapal ini telah ditauliahkan pada tahun 1975.Sehingga tahun 2006,George H.W.Bush merupakan kapal ke-10 dan terakhir yang dibina dalam kelas ini.Oleh kerana perbezaan dalam 0pembinaan dalambinaan di anatara tiga buah kapal pertama(USS Nimitz,USS Dwight D.Eisenhower dan USS Carl Vinson) dengan tujuh buah kapal seterusnya bermula dari USS Theodore Roosevelt,USS Abraham Lincoln,USS George Washington,USS John C.Stennis,USS Harry S.Truman,USS Ronald Reagan dan USS George H.W.Bush.Kesemuanya kapal induk ini aktif dan masuk beroperasi oleh Tentera Laut A.S.Kelas Nimitz pernah menyertai bebrapa konflik dan operasi merentasi dunia,termsuk Operation Eagle Claw di Iran,Perang Teluk dan lebih kerap di Iraq dan Afghanistan. Kini,Tentera Laut A.S telah mempunyai kapal pengangkut pesawat yang terbaru iaitu Kelas Ford.Kapal ini mampu membawa lebih kurang 85 buah seperti pesawat tempur iaitu F-14D Bomcat,F/A-18 Hornet,S-3A/B Viking,E-2C Hawkeye,EA-6B Prowler dan helikopter seperti SH-60F dan HH-60H.Dikatakan kapal induk ini mampu beroperasi dengan masa yang lama.

3.Kuznetsov Class(Rusia)


Kuznetsov class


Kelas Kuznetsov juga dikenali sebagai Kelas Kreml telah dibina untuk Tentera Laut Soviet.Laksamana Armada Uni Soviet Kuznetsov telah menyediakan kepada Tentera Laut Rusia pada masa kini.Satu-satunya kapal dikelasnya,Varyag tidak beroperasi lagi dengan Uni Soviet apabila Kesatuan itu tela berpecah pada tahun 1991.Ukraine telah menjual kapal induk ini kepada negara China,dimana ia siap dibina dan masuk perkhidmatan dalam Tentera Laut China sebagai Liaoning.Setakat ini kapal pengangkut pesawat ini ada dua buah di mana Admiral Kuznetsov untuk Rusia dan Liaoning untuk China.Kapal pengangkut ini boleh membawa pesawat lebih kurang 30-40 buah seperti Sukhoi Su-27K(Su-33),Sukhoi Su-25UTG/UBP,Ka-27S,Kamov Ka-27LD32 dan Ka-27PLO.

4.Liaoning (China)


Liaoning


Liaoning adalah sebuah kapal pengangkut pesawat pertama yang masuk perkhidmatan dalam People's Liberation Army Navy(PLAN).Liaoning asalnya dibangunkan oleh Admiral Kuznetsov class yang merupakan kapal pengangkut pesawat serba guna iaitu Riga untuk Kesatuan Soviet.Kapal ini dilancarkan pada 4 Desember 1988 dan menamakan semula sebagai Varyag pada 1990.Selepas pembinaannya siap dibina dan dibawa untuk ujian penilaian,kapal ini berjaya untuk masuk beroperasi oleh PLAN pada 25 September 2012.Liaoning dijangka boleh beroperasi dengan pesawat seperti Shenyang J-15 dan helikopter seperti Changhe Z-8 dan Kamov-31.

5.Queen Elizabeth Class(United Kingdom)


Queen Elizabeth class


Kelas Queen Elizabeth merupakan Projek CVF adalah kapal pengangkut pesawat buatan United Kingdom untuk Tentera Laut Diraja.Setakat kini,mereka merancang membina dua buah kapal pengangkut pesawat ini dan masih dalam proses pembinaan.Kapal pengangkut pesawat pertama ini yang bernama HMS Queen Elizabeth dibaringkan pada tahun 2009 dan dijangka beroperasi pada tahun 2017.Malah,HMS Prince of Wales merupakan kapal pengangkut pesawat kedua yang telah dibaringkan pada 2011 dan dijangka masuk beroperasi pada tahun 2020.Ia merupakan kapal perang terbesar yang dibina untuk Tentera Laut Diraja.Kelas Queen Elizabeth dikatakan lebih capable daripada Class Invincible adalah kapal pengangkut pesawat ringan.Program projek ini dikatakan menelan belanja mencecah 6.2 bilion Euro.Kelas Queen Elizabeth sesuai dan mampu membawa sekitar 40 buah pesawat dan helikopter.Antaranya seperti F-35B Lightning II,CH-47 Chinook,AgustaWestland Apache,Merlin,Lynx Wildcat dan WAH-64 Apache yang boleh dibawa di atas kapal pengangkut pesawat Kelas Queeen Elizabeth.

6.INS Vikramaditya(India)


INS Vikramaditya


INS Vikramaditya adalah kapal pengangkut pesawat yang telah diubahsuai daripada kapal pengangkut pesawat Kelas Kiev dari Rusia dimana ia telah memasuki perkhidmatan dalam Tentera Laut India pada tahun 2013.Pada tahun 2004,Rusia bersetuju untuk menjual kapal induk itu kepada negara India.Kapal ini kini sedang dipasang semula secara intensif oleh limbungan Sevmash di Rusia.Apabila ujian penilaiannya sudah berjaya pada 2013,ia telah meninggalkan Rusia ke India.Sejak 2014,ia telah aktif dan beroperasi oleh Tentera Laut India dan ia juga dapat menggantikan kapal pengangkut pesawat yang sudah lama iaitu INS Viraat.Maksimum kapasiti kapal induk ini adalah berjumlah 36 pesawat dimana 30 dari pesawat tempur dan 6 buah dari helikopter.Antara pesawat yang boleh dibawa seperti Mikoyan MiG-29K/KUB dan dua jenis helikopter iaitu Ka-28 dan Ka-31.

7.Charles de Gaule Class(Perancis)



Charles de Gaulle class

Charles de Gaulle(R91) adalah satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Perancis yang sedang berada di dalam perkhidmatan aktif.Charles de Gaulle merupakan kapal pengangkut pesawat ke-10Perancis dan kapal permukaan berkuasaa nuklear pertama Perancis.Ia juga merupakan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama dan satu-satunya yang dibina di luar Amerika Syarikat.Kpal ini dinamakan sempena negarawan dan Jeneral Perancis Charles de Gaulle.Charles de Gaulle membawa pesawat Dassault-Breguet Super Etendard,pesawat Dassault Rafale M dan pesawat E-2C Hawkeye,EC725 Caracal dan AS532 Cougar sebagai helikopter untuk combat penyelamat dan pencarian selain peralatan-peralatan moden dan peluru berpandu Aster.Ia juga merupakan kapal pengangkut pesawat kedua terbesar di Eropah selepas Admiral Kuznetsov.

8.Invincible Class(United Kingdom)


Invincible class aircraft carrier


Kelas Invincible adalah sejenis kelas kapal pengangkut pesawat ringan yang kini digunakan oleh Tentera Laut Diraja Britain.Terdapat 3 buah kelas kapal ini yang telah dibina seperti HMS Invincible,HMS Illustrious dan HMS Ark Royal.Kini,hanya HMS Illustrious sahaja yang masih aktif dan beropersi dalam Tentera Laut Diraja Britain dan dua buah lagi telah dilucut tauliah.Kelas Invincible juga bakal akan digantikan dengan kapalinduk lebih besar dan terbaru iaitu kapal pengangkut pesawat Kelas Queen Elizabeth yang dijangka masuk perkhidmatan pada tahun 2017 dengan kapal pertamanya.Kapal pengangkut ini juga mampu membawa 22 pesawat seperti RAF HarrierII,Westland Sea King ASaC7 dan AgustaWestland EH101.

9.Cavour(Itali)



Cavour

Cavour  merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat buatan Itali di dalam perkhidmatan Tentera Laut Itali(Marina Militare).Ia dinamakan bersempena nama seorang negarawan dan ahli politik Itali yang bernama Camillo Benso,Conte di Cavour.Cavout telah dibaringkan oleh Fincantieri pada 17 Julai 2001 dan dilancarkan daripada limbungan kapal Riva Trigoso di Sestri Levante pada 20 Julai 2004.Ujian laut telah dimulakan pada Disember 2006, dan kemudian ditauliahkan secara rasminya pada 27 Mac 2008.Cavour akan menjadi armada baru bagi Tentera Laut Itali.Cavour juga boleh beroperasi untuk pendaratan helikopter di platform sesuai untuk helikopter berat seperti AgustaWestland UH-101A ASH dan 325 marin.Cavour mampu membawa pesawat sebanyak 20 di atas platform kapal itu seperti AV-8D Harrier II Plus dan Lockheed Martin F-35B(jet tempur) dan AgustaWestland EH-101A AEW dan helikopter yang lain. 

10.Chakri Naruebet(Thailand)



Chakri Naruebet

HTMS Chakri Naruebet merupakan kapal pengangkut pesawat pertama dan satu-satunya milik Thailand.Rekabentuknya berasal daripada kapal pengangkut pesawat Sepanyol Principe de Asturias.Chakri Naruebet telah dibina di Bazan,Ferrol,Sepanyol oleh pembina kapal Sepanyol iaitu Izar di antara tahun 1994-1996.Ia kemudian telah diserahkan kepada Thailand pada tahun 1997.Kapal ini juga banyak melibatkan diri di dalam latihan dan bantuan bencana selepas tsunami pada tahun 2004.HMTS Chakri Naruebet adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat yang bersaiz paling kecil di dunia.Berdasarkan keadaannya sekarang,ramai pemerhati ketenteraan menyifatkan Chakri Naruebet sebagai lebih kepada menjadi kebanggaan negara daripada bertindak sebagai sebuah kapal pengangkut V/STOL amfibia.Chakri Naruebt boleh membawa Sikorsky Sea King,Sikorsky S-76 dan CH-47 Chinook.Pembinaan kapal ini menelan perbelanjaan sebanyak US$ 336 juta.

Terima kasih membaca artikel 10 Kapal Pengangkut Pesawat Terbaik Di Dunia Pada Masa Kini.

No comments

Powered by Blogger.