Header Ads

England All-Time Best Team

ENGLAND

Shirt badge/Association crest

FORMASI: 4-1-2-3
GELARAN PASUKAN: The Three Lions

1. GORDON BANKS - GOALKEEPER (1963-1972)



Gordon Banks adalah bekas pemain penjaga gol bola sepak kebangsaan England.Beliau membuat penampilan sebanyak 628 sepanjang 15 tahun kariernya di Liga England dan 73 caps untuk pasukan kebangsaannya.IFFHS mencalonkan beliau sebagai penjaga gol kedua terbaik pada 20 abad di belakang Lev Yashin.Beliau memulakan kariernya dengan menyertai pasukan Chesterfield dan dijual kepada pasukan Leicester City pada Julai 1959.Walaupun beliau berjaya,pasukan Leicester telah menggugurkan beliau dan telah menjual beliau kepada pasukan Stoke City pada April 1967.Beliau juga mengakhiri kariernya dengan menyertai pasukan Fort Lauderdale Strikers di Amerika Syarikat pada 1977 dan 1978.Dengan pasukan kebangsaan England,beliau mengecapi kegembiraan bersama dengan rakan-rakannya selepas berjaya menjuarai FIFA Piala Dunia 1966.Beliau juga membuat salah satu perlawanan dengan menyelamatkan bola daripada tandukan Pele pada Piala Dunia 1970.

2. JIMMY ARMFIELD - RIGHT BACK (1956-1966)



Jimmy Armfield adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan England yang biasanya bertindak sebagai bek kanan.Beliau menghabiskan sepanjang kariernya bersama dengan pasukan Blackpool di antara tahun 1954 hingga 1971 dengan hampir 627 games dalam semua competition.Dalam pasukan England pula,beliau mewakili sebanyak 43 perlawanan antara tahun 1959 hingga 1966.Beliau juga bermain untuk Piala Dunia 1962 di Chile,di mana dia dikatakan sebagai bek kanan terbaik di dunia.Beliau juga dicalonkan sebagai bek kanan terbaik di Eropah antara tahun 1962 dan 1964.Beliau juga pernah menjadi pengurus untuk pasukan Bolton Wanderers dan Leeds United selepas beliau mengumumkan persaraannya.

3. RIO FERDINAND - RIGHT CENTRAL DEFENDER (1997-2011)



Walaupun Rio Ferdinand masih aktif  bermain bola sepak,tetapi beliau layak mendapat tempat sebagai pertahanan tengah terbaik dalam sejarah bola sepak kebangsaan England.Ferdinand memulakan kariernya dengan menjadi pemain muda dalam akademi West Ham United sehingga beliau menjadi pemain profesional pada tahun 1996.Disebabkan kecemerlangannya dan mendapat tarikan daripada pasukan Leeds United pada tahun 2000.Pada tahun Julai 2002,beliau telah menerima tawaran yuran perpindahan sebanyak 30 juta euro untuk menyertai pasukan Manchester United.Beliau mengecapi beberapa kejayaan ketika bersama dengan pasukan kelab itu selama 12 tahun sebelum beliau meninggalkan kelab itu pada pertengahan tahun 2014.Dalam pasukan kebangsaan England pula,beliau mewakili sebanyak 81 perlawanan dengan 3 jaringan gol yang dihasilkannya.Beliau juga pernah mewakili pasukan negaranya untuk Piala Dunia sebanyak tiga kali.Kini,beliau menjadi free agent.

4. BOBBY MOORE - LEFT CENTRAL DEFENDER (1962-1973)



Bobby Moore adalah bekas pemain bola sepak England yang sudah bersara.Beliau pernah menjadi kapten untuk pasukan West Ham United lebih daripada 10 tahun dan menjadi kapten untuk pasukan kebangsaan England ketika menjuarai Piala Dunia 1966.Beliau dikatakan sebagai salah satu pertahanan terbaik sepanjang masa.Beliau memulakan kariernya dengan menyertai dalam pasukan West Ham United bermula dari tahun 1958 hingga tahun 1974.Sebanyak hampir 544 caps yang disertainya dalam pasukan West Ham Unnted dalam liga England.Selepas itu,beliau berhijrah ke pasukan Fulham sebanyak tiga musim.Pada tahun 1978,beliau bermain untuk pasukan Seattle Sounders dan Herning Fremad dalam North American Soccer League(NASL).Dalam pasukan kebangsaan England pula,beliau mewakili hampir 108 perlawanan untuk pasukan England,di mana dia memecah rekod sebagai caps terbanyak selepas persaraannya pada tahun 1973.Tetapi,rekodnya telah dipecah oleh Peter Shilton sebanyak 125 caps. Beliau meninggal dunia pada tahun 1993 ketika beliau berusia 53 tahun.Namanya tetap dikenang oleh warga England sehingga mereka mencipta patung beliau di depan pintu masuk Stadium Wembley.

5. EDDIE HAPGOOD - LEFT BACK (1930-1939)



Eddie Hapgood adalah bekas pemain bola sepak England dan juga pernah menjadi kapten bersama dengan pasukan Arsenal dan pasukan negaranya sepanjang tahun 1930-an.Beliau dilahirkan di Bristol dan memulakan kariernya sebagai seorang pemain bola sepakpada pertengahan tahun 1920-an sebagai pemain amateur dalam bola sepak tempatan sebelum beliau dipikat oleh pasukan Kettering Town dalam Southern League.Selepas itu,beliau berjaya melayakkan dirinya untuk mewakili pasukan Arsenal pada tahun 1927 hingga 1944.Hapgood juga pernah mewakili sebanyak 30 caps bersama dengan pasukan negaranya.

6. BRYAN ROBSON - DEFENSIVE MIDFIELDER (1980-1991)



Bryan Robson adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan England yang bermain pada era 1980-an.Beliau memulakan kariernya dengan pasukan West Bromwich Albion pada tahun 1972 sebelum beliau berpindah ke pasukan Manchester United pada tahun 1981,di mana beliau menjadi kapten yang paling lama dalam sejarah pasukan kelab itu.Sebelum beliau bersara,Bryan Robson menyertai dalam pasukan Midlesbrough selama tiga musim dan juga menjadi pengurus dalam masa yang sama.Robson juga mempunyai rekod jaringan gol terbaik,pergerakan yang baik,stamina yang tinggi,hantaran bola yang baik dan penanduk bola yang bagus.Dalam pasukan England pula,beliau mewakili sebanyak 90 caps dengan 26 jaringan gol sepanjang kariernya, menjadikannya pemain bola sepak England ke-6 paling banyak caps.Robson juga diberi gelaran dengan julukan "Robbo" dan "Captain Marvel".Beliau juga pernah menjadi pengurus dalam pasukan Middlesbrough pada tahun 1994, walaupun beliau masih bermain sehingga bersara pada tahun 1997.Selain itu,beliau juga pernah membimbing dalam psukan Bradford City,West Bromwich Albion,Sheffield United dan akhirnya dalam pasukan kebangsaan Thailand sehingga tahun 2011.

7. SIR BOBBY CHARLTON - ATTACKING MIDFIELDER (1958-1970)



Sir Bobby Charlton adalah bekas pemain bola sepak England yang sudah bersara dan pernah dikatakan sebagai salah satu pemain tengah terbaik sepanjang masa.Sementara itu,beliau juga membantu pasukannya untuk menjuarai Piala Dunia 1966 dan beliau memenangi anugerah Ballon d'Or pada tahun 1966.Beliau merupakan pemain bola sepak yang paling banyak bermain untuk pasukan Manchester United dengan sebanyak 606 caps dalam liga England.Beliau juga pernah memegang rekod sebagai pemain paling banyak menyertai pasukan Manchester United dengan sebanyak 758 games dalam semua pertandingan,tetapi rekodnya telah dipecah pula oleh Ryan Giggs dengan sebanyak 963 games.Beliau juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kemampuannya dengan hantaran bola yang baik daripada bahagian tengah dan tendangan lencong jarak jauh.Beliau juga dikenali kerana fitnessnya dan stamina yang kuat.Dalam pasukan kelab,beliau memulakan kariernya dengan pasukan Manchester United sejak tahun 1956 hingga tahun 1973.Selepas itu,beliau bermain satu musim dalam pasukan Preston North End,sebelum beliau mengumumkan persaraannya pada tahun 1976 dengan menyertai pasukan Waterford United dalam liga Ireland.Beliau juga pernah bermain sebanyak empat kali Piala Dunia iaitu 1958,1962,1966 dan 1970.Sebanyak 106 caps yang pernah disertainya dengan 49 jaringan gol dalam pasukan kebangsaan England menjadikannya penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak England.

8. TOM FINNEY - WINGER (1946-1958)



Sir Tom Finney adalah seorang bekas pemain bola sepak England yang terkenal dalam pasukan Preston North End.Persatuan Bola Sepak England pernah mengatakan beliau salah satu pemain bola spak Engkand yang hebat sepanjang masa dan rakannya iaitu Bill Shankly pernah mengatakan bahawa Finney adalah seorang pemain bola sepak yang hebat yang pernah dilahirkan.Beliau memulakan kariernya dengan menyertai pasukan Preston North End selamam 14 tahun dari tahun 1946 hingga 1960.Beliau bermain sebanyak 433 games dalam liga dengan berjaya mencetak gol sebanyak 187 gol.Dalam pasukan kebangsaan England pula,beliau berjaya menjaringkan gol sebanyak 30 gol daripada 76 perlawanan.Beliau meninggal dunia pada 14 Februari 2014 ketika berusia 92 tahun.

9 .STANLEY MATTHEWS -FORWARD/OUTSIDE RIGHT (1934-1957) 



Sir Stanley Matthews adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan England.Sekali-sekala dikatakan beliau adalah salah satu pemain English terbaik dalam liga England.Beliau mendapat julukan sebagai "The Wizard of the Dribble" dan "The Magician".Beliau adalah pemain bola sepak yang paling tua bermain dalam liga England dan juga pasukan kebangsaannya.Beliau bermain perlawanan akhir yang kompetitif pada tahun 1985 ketika beliau berusia 70 tahun.Beliau menghabiskan masanya selama 19 tahun dengan pasukan Stoke City,di mana beliau bermain untuk pasukan "Potters" dari tahun 1932 hingga tahun 1947 dan juga sekali lagi pada tahun 1961 hingga 1965.Beliau membantu pasukannya untuk memenangi gelalan Divisyen 2 Liga England pada 1932-33 dan 1962-63.Selain itu juga,beliau bermain untuk pasukan Blackpool selama 14 musim sejak tahun 1947 hingga 1961.Antara tahun 1937 dan 1957,beliau mewakili sebanyak 54 caps bersama dengan pasukan kebangsaannya,di mana beliau juga pernah bermain untuk FIFA Piala Dunia 1950 dan 1954.

10. JIMMY GREAVES - STRIKER (1959-1967)



Jimmy Greaves adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan England dan television pundit.Beliau dikatakan sebagai seorang penyerang yang prolifik dan mempunyai konfinden untuk mencetak jaringan gol.Tambahan pula,beliau juga mempunyai great acceleration dan larian yang pantas.Beliau merupakan pemain bola sepak England yang ketiga paling menjaringkan gol dengan sebanyak 44 gol dan juga penjaring terbanyak sebanyak 268 gol untuk pasukan Tottenhan Hotspur.Beliau memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional dengan menyertai dalam pasukan Chelsea pada tahun 1957 hingga 1961.Beliau berjaya mencetak gol sebanyak 124 gol dengan pasukan Chelsea dalam liga England sebelum beliau dijual kepada pasukan AC Milan sebanyak 80 ribu euro pada April 1961.Beliau tidak gembira ketika bersama dengan pasukan AC Milan sehingga beliau berhijrah kembali ke liga England dengan menyertai pasukan Tottenham Hotspur pada Desember 1961.Beliau memenangi beberapa kejuaraan bersama dengan pasukan Tottenham antaranya seperti Piala FA pada tahun 1962 dan 1967,Charity Shield pada tahun 1962 dan 1967 dan Piala Eropah pada 1963.Selepas itu,beliau bermain untuk pasukan West Ham United pada Mac 1970 dan bersara selepas tahun itu.Beliau berjaya mencetak gol sebanyak 13 gol dalam pasukan England bawah 23 tahun dan 44 gol daripada 57 perlawanan ketika skuad kebangsaan England.Beliau juga pernah mewakili untuk pasukan negaranya dalam Piala Dunia 1962 dan 1966.Selepas beliau bersara,beliau menceburi kariernya dalam bidang penyiaran.

11. KEVIN KEEGAN - FORWARD (1972-1982)



Kevin Keegan adalah bekas pemain bola sepak England yang sudah bersara dalam arena bola sepak.Beliau memulakan kariernya dengan pasukan Scunthorpe United pada tahun 1968,sebelum beliau berhijrah ke pasukan Liverpoll pada tahun 1971.Di Liverpool,Keegan memenangi tiga kali gelaran liga Perdana Inggeris,dua kali Piala UEFA,Piala FA dan Piala Eropah.Beliau juga menerima sebagai pemain bola sepak England yang bermain dalam pasukan Hamburger SV pada tahun 1977.Di Hamburger,beliau pernah memenangi sekali gelaran Bundesliga pada tahun 1978-79 dan pernah dinamakan sebagai European Footballer of the Year pada 1978 dan 1979.Selepas itu,Keegan berpindah ke Southampton pada musim panas sebanyak dua musim sebelum bertukar alih ke pasukan Newcastle United pada tahun 1982.Beliau membantu pasukan Newcastle United untuk memasuki dalam Daivisyen 1 liga Inggeris dan bersara daripada bola sepak pada tahun 1984.Dalam pasukan kebangsaan England,beliau bermain sebanyak 63 caps dengan 21 jaringan gol yang dihasilkannya.Beliau juga pernah menjadi pengurus dalam pasukan Newcastle United,Fulham,kebangsaan England,Manchester United dan akhirnya pasukan Newcastle United kembali.

No comments

Powered by Blogger.