Header Ads

Italy All-Time Best Team

ITALI

Shirt badge/Association crest

FORMASI : 5-2-1-2
GELARAN PASUKAN : Gli Azzurri(The Blues)

1.DINO ZOFF - GOALKEEPER(1968-1983)



Dino Zoff adalah seorang bekas penjaga gol bola sepak Itali yang sudah bersara.Beliau pernah menjadi kapten untuk pasukan Itali pada perlawanan 1982 di Spain,di mana beliau pada masa itu berusia 40 tahun,4 bulan dan 13 hari.Zoff merupakan penjaga gol yang mempunyai kebolehan luar biasa dan ditempatkan sebagai sejarah sukan yang terbaik.Beliau masih memegang rekod masa perlawanan terpanjang tanpa membenarkan gol dalam perlawanan antarabangsa iaitu 1142 minit di antara 1972 dan 1974.Di peringkat kelab,beliau pernah menyarung jersi beberapa buah kelab seperti Udinese,Mantova,Napoli dan Juventus.Dengan 112 caps,beliau merupakan pemain keempat caps terbanyak untuk pasukan Azzurri.Selepas beliau bersara dalam bola sepak,Zoff melatih beberapa kelab Itali dan juga pasukan kebangsaan Itali.

2.GIUSEPPE BERGOMI - RIGHT BACK(1982-1998)



Giuseppe Bergomi adalah seorang pemain bola sepak Itali yang sudah bersara.Beliau banyak menghabiskan kariernya bersama dengan pasukan Inter Milan sebagai bek kanan dan pertahanan tengah.Hampir sebanyak 519 perlawanan bersama dengan pasukan Inter Milan sepanjang dalam liga Itali.Bergomi bermain sebanayk 81 caps untuk pasuakn kebangsaan Itali,di mana beliau mewakili pasukan negaranya sebanyak empat kali Piala Dunia.Beliau bermain sebanyak 20 musim bersama dengan pasukan Inter Milan daripada tahun 1979 hingga 1999.Bergomi bersara pada tahun 1999 ketika itu beliau berusia 36 tahun.

3.FABIO CANNAVARO - RIGHT CENTRAL DEFENDER(1997-2010)



Fabio Cannavaro merupakan bekas pemain bola sepak Itali dan kini menjadi jurulatih untuk pasukan Al-Ahli.Beliau dianggap salah satu pemain pertahanan yang terbaik pada tahun 1990-an hingga awal 2000-an.Beliau banyak menhabiskan kariernya di liga Itali.Cannavaro memulakan kariernya bersama dengan pasukan Napoli sebelum beliau menghabiskan masanya selama tujuh tahun bersama dengan pasukan Parma.Selepas itu,beliau menyarung jersi dengan pasukan Inter Milan dan kemudian pula beliau berpindah ke pasukan Juventus.Malah,beliau juga pernah bermain bersama dengan pasukan Real Madrid selama tiga tahun sebelum ia kembali semula ke pasukan Juventus untuk satu musim sahaja.Sebelum beliau menamatkan kariernya,Cannavaro telah menyertai dengan pasukan Al-Ahli di Dubai dan mengumumkan persaraannya pada tahun 2011 kerana masalah kecederaan.Dalam pasukan kebangsaan pula,Cannavaro dan Nesta menjadi salah satu pasangan pertahanan terbaik di dunia.Cannavaro terkenal dengan kebolehannya untuk membaca sesuatu permainan yang membolehkannya untuk selalu melakukan pemintasan yang baik.Beliau juga membawa pasukan Itali untuk menjuarai Piala Dunia 2006 dan mendapat penghargaan iaitu FIFA World Cup of the Year pada tahun 2006.Beliau juga pernah mewakili negaranya dalam pertandingan Piala Dunia FIFA tahun 1998,2002 dan juga 2006.Sepanjang kariernya bersama pasukan Itali,sebanyak 136 caps yang pernah disertainya daripada tahun 1997 hingga 2010.

4.FRANCO BARESI - LIBERO/SWEEPER(1982-1994)



Franco Baresi adalah seorang pemain bola sepak Itali yang sudah bersara dalam arena bola sepak.Beliau bertindak sebagai sweeper dan banyak menghabiskan kariernya dengan pasukan AC Milan dalam Serie A.Beliau pernah digelarkan sebagai salah satu pertahanan yang terbaik sepanjang masa.Beliau memenangi 3 kali Champion League,6 kali gelaran Serie A,4 kali Supercoppa Italiana,3 kali European Super Cups dan 2 Intercontinental Cups.Dengan pasukan Itali,beliau memenangi Piala Dunia FIFA 1982.Beliau juga bermain untuk Piala Dunia 1990,di mana namanya dicalonkan FIFA World Cup All-Star Team.Pada Piala Dunia 1994,beliau membawa pasukan kebangsaannya ke perlawanan akhir Piala Dunia, di mana pasukan Itali mendapat tempat kedua.

5.ALESSANDRO NESTA - LEFT CENTRAL DEFENDER(1996-2006)



Alessandro Nesta adalah seorang pemain bola sepak Itali yang sudah bersara.Beliau juga pernah dikatakan sebagai salah satu pemain pertahanan tengah terbaik ketika era beliau.Pada tahun 1985,Nesta memasuki akademi kelab Lazio.Selepas itu,pada tahun 1993 beliau telah beraksi sebagai seorang pemain bola sepak yang profesional bersama dengan pasukan Lazio.Kemudian,beliau berpindah ke pasukan AC Milan dengan yuran perpindahan sejumlah 60 bilion Amerika selama 10 musim bersama dengan pasukan itu.Beliau mengecapi beberapa kejuaraan ketika beliau bersama dengan pasukan AC Milan.Walaupun namanya kurang popular di dunia berbanding dengan Fabio Cannavaro,namun beliau merupakan seorang pemain pertahanan tengan yang cukup kental dan bijak membaca pergerakan bola.Disebabkan beliau kerap mengalami kecederaan ketika bersama dengan pasukan AC Milan dan posisi beliau pula digantikan dengan pemain pertahanan tengah Brazil iaitu Thiago Silva.Pada 5 Julai 2012,beliau menandatangi kontrak dengan pasukan Montreal Impact dalam Major League Soccer.Selepas pada tahun 2013,beliau mengumumkan persaraannya.Dalam pasukan kebangsaannya pula,beliau beraksi sebanyak 78 caps sepanjang kariernya bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2006.Pada Piala Dunia 2006,beliau juga pernah bergandingan dengan rakan pasukannnya yang juga pemain pertahanan tengah iaitu Fabio Cannavaro untuk menjulang trofi Piala Dunia 2006.

6.PAOLO MALDINI - LEFT BACK(1988-2002)



Paolo Maldini merupakan bekas seorang pemain bola sepak Itali yang kerap bermain sebagai bek kiri dan pertahanan tengah juga.Maldini menghabiskan kariernya sebanyak 24 musim bersama dengan AC Milan dalam liga Serie A,sebelum beliau bersara pada tahun 2009.Beliau dianggap sebagai lagenda dalam pasukan AC Milan.Sepanjang penglibatan beliau dengan kelab AC Milan,beliau telah memenangi beberapa kejuaraan seperti Champions League(5 kali),Serie A Title(7 kali),sekali Copa Italia,European Super Cups(5 kali) dan Intercontinental Cups(2 kali).Beliau bermain selama 14 tahun bersama pasukan Itali,bermula pada tahun 1988 sebelum bersara pada 2002 dengan sebanyak 126 caps dan mewakili 4 kali Piala Dunia UEFA.Maldini dikatakan sebagai salah satu pertahanan terbaik sepanjang masa kerana gaya permainan yang cukup kental dan tenaga yang cukup banyak.

7.MARCO TARDELLI - DEFENSIVE MIDFIELDER(1976-1986)



Marco Tardelli merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang sudah bersara dalam arena bola sepak.Beliau bermain sebagai defensive midfielder untuk pasukan kebangsaannya dan juga pasukan Juventus.Beliau juga sebahagian pemain bola sepak Itali yang memenangi FIFA Piala Dunia 1982 dan lima kali gelaran juara Serie A.Beliau juga sering dikatakan kerana mempunyai kualiti teknikal yang bagus di bahagian defensive midfielder.Beliau memulakan kariernya dengan menyertai pasukan Pisa dalam Serie C Itali.Selepas dua tahun kemudian,dia menyertai pasukan Como dalam Serie B sebelum beliau menyarung jersikelab gergasi iaitu Juventus pada Oktober 1975.Selama satu dekad bersama dengan pasukan Juventus,beliau mengecapi beberapa kejuaraan ketika bersama pasukan kelab itu.Selepas itu,beliau menyertai bersama dengan pasukan Inter Milan sebelum beliau mengakhiri kariernya bersama pasukan St.Gallen.Dalam pasukan Itali,beliau pernah bermain untuk Piala Dunia 1978 dan European Football Championship 1980.Sebanyak 81 caps yang pernah disertainya ketika bersama pasukan Itali dengan 6 jaringan gol.Beliau juga merupakan sebahagian skuad untuk Piala Dunia 1986 tetapi beliau tidak bermain.Beliau bersara sebagai pemain bola sepak pada tahun 1988.

8.ANDREA PIRLO - DEFENSIVE MIDFIELDER(2002-KINI)



Andrea Pirlo adalah seorang pemain bola sepak Itali yang masih aktif bersama dengan pasukan kebangsaannya dan juga pasukan Juventus dalam liga Serie A.Beliau biasanya bertindak deep-lying playmaker atau regista(playmaker yang bertindak sebagai defensive midfielder) untuk kedua-dua pasukan iaitu Itali dan Juventus.Walaupun,beliau tidak mempunyai larian yang laju,tetapi beliau mempunyai sentuhan,teknik,kawalan bola yang baik,dribbling,pandangan bola luar biasa,tendangan yang kuat dan kemampuan hantaran bolanya yang tepat.Beliau juga bertindak sebagai set-piece dan juga specialist sepakan penalti,di mana beliau dikenali dengan tendangan jarak jauh dan hantaran bola jauh.Rakan-rakannya memberi gelaran kepadanya iaitu l'architetto(the architect) kerana umpan-umpan panjangnya itu sering membuat peluang menghasilkan gol.Pirlo merupakan pemain bola sepak Itali yang ke-5 banyak caps dengan 108 perlawanan yang disertainya.Beliau juga pernah mewakili pasukan remaja negaranya untuk U 15,U 16,U 17,U 18 dan U 21.Beliau juga pernah menyertai untuk pasukan Gil Azzurri bagi FIFA Piala Dunia 2010 dan FIFA Piala Konfedenrasi 2009 dan 2013.Dengan pasukan kelab,beliau memulakan kariernya dengan mewakili bersama pasukan Brescia selama tiga musim.Selepas itu,beliau berpindah ke pasukan Inter Milan,AC Milan dan akhirnya pasukan Juventus.Dengan pasukan AC Milan,beliau memenangi bebrapa kejuaraan ketika bersama dengan pasukan kelab itu antaranya seperti dua kali UEFA Champion Leagues(2003 dan 2007),dua kali European Super Cups(2003 dan 2007),dua kali gelaran Serie A(2004 dan 2011),sekali FIFA Club World Cup(2007) dan sekali Coppa Italia(2003).Selepas beliau menyertai pasukan Juventus pada tahun 2011,beliau memenangi gelaran Serie A pada tahun 2012,2013 dan 2014.Pada tahun 2013,Pirlo mendapat ranking sebagai lima pemain bola sepak terbaik di Eropah oleh Bloomberg.

9.ROBERTO BAGGIO - ATTACKING MIDFIELDER(1988-2004)



Roberto Baggio adalah bekas pemain bola sepak Itali yang sudah bersara dan bertindak sebagai attacking midfielder/playmaker.Beliau pun boleh bertindak sebagai penyerang.Baggio pernah dikatakan salah satu playmaker yang terbaik dan mempunyai keistimewaan sepakan percuma sepanjang masa.Beliau juga merupakan seorang pemain bola sepak yang versatile,skill teknikal,vision,kreativiti,passing dan kemampuan taktikal.Malah,beliau juga mempunyai kawalan bola yang baik,gelecek yang lincah,balance,agility dan mempunyai kemampuan untuk menentang pemain pertahanan dan juga penyudah gol yang baik.Pada tahun 1993,nama beliau dicalonkan sebagai FIFA World Player of the Year dan memenangi Ballon d'Or.Baggio pernah bermain pasukan Itali sebanyak 56 perlawanan,dengan jaringan 27 gol dan keempat penjaring gol terbanyak untuk pasukan kebangsaannya.Pada Piala Dunia 1994,beliau membawa pasukan Itali ke perlawanan akhir,dengan jaringan 5 gol,menerima Silver Ball dan Silver Boot untuk piala dunia kali ini.Di peringkat tinggi,beliau merupakan salah seorang tiga terbaik menjaringkan gol sepanjang perlawanan dalam liga Itali.Beliau pernah menyarung beberapa kelab Itali antaranya seperti Vicenza,Fiorentina,Juventus,AC Milan,Bologna,Inter Milan dan Brescia.

10.LUIGI RIVA - FORWARD(1965-1974)



Luigi Riva atau lebih dikenali sebagai Gigi Riva atau gelarannya Rombo di Tuono(Roar of Thunder) merupakan bekas pemain bolasepak dan masih memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak untuk pasukan kebangsaan Itali.Beliau dikatakan sebagai salah satu pemain penyerang terbaik ketika era beliau kerana tendangan kaki kirinya yang kuat dan sentuhan yang lembut.Kadang-kadang juga beliau mempunyai larian yang luar biasa dengan penyudah gol yang sangat tajam dan berstail.Beliau memulakan kariernya pada tahun 1962 apabila beliau menyertai untuk pasukan Legnano hanya satu musim sahaja.Selepas itu,beliau mendapat tawaran daripada pasukan Cagliari dan beliau menerimanya bermula tahun musim depan sehingga kariernya tamat.Beliau hanya mendapat satu gelaran Serie A bersama dengan pasukan Cagliari pada musim 1969-70.Dalam pasukan kebangsaan,beliau menjadi penjaring gol terbanyak dalam pasukan Itali dengan 35 gol daripada 42 perlawanan yang disertainya.

11.GIUSEPPE MEAZZA - FORWARD(1930-1939)



Giuseppe Meazza atau juga dikenali sebagai il Balila merupaka seorang bekas lagenda bola sepak Itali yang bermain pada tahun 1930-an.Beliau pernah dikatakan pemain terbaik pada generasi beliau dalah salah satu pemain yang hebat sepanjang masa.Beliau memulakan kariernya sebagai penyerang,tetapi beliau menunjukkan skill dan kemampuannya untuk menjadi pemain tengah.Beliau juga merupakan pencetak gol yang tajam dengan tengangan yang baik dan mempunyai kemampuan skill yang menarik.Beliau memulakan kariernya dengan mewakili untuk pasukan Inter Milan sebanyak 13 musim dengan menjaringkan gol sebanyak 242 gol daripada 365 perlawanan untuk pasukan kelab itu.Beliau juga pernah mewakili beberapa pasukan kelab yang lain antaranya seperti AC Milan,Juventus,Varese dan Atalanta.Dalam pasukan Itali pulan,beliau juga membawa pasukan kebangsaannya menjuarai trofi Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 dan 1938.Beliau mewakili untuk pasukan Itali sebanyak 53 perlawanan dan 33 jaringan gol.Beliau meninggal dunia pada 21 Ogos 1979 ketika beliau berusia 68 tahun.

No comments

Powered by Blogger.