Header Ads

Stadion Terbesar Kapasiti Di Dunia

Di sini terdapat beberapa stadium berkapasiti yang terbesar di dunia.Kebanyakan stadium mempunyai pelbagai fungsi antaranya adalah sukan bola sepak,America football,kriket,rugbi, olahraga dan banyak lagi.Kebanyakan stadium di dunia ini mempunyai reka bentuk yang begitu unik dan cantik.Berikut antara 10 stadium berkapasiti terbesar di dunia:

1)Stadium Rungnado May Day



Stadium Rungnado May Day adalah sebuah stadium multi-fungsi di Pyongyang,Korea Utara yang siap dibina pada tanggal 1 Mei 1989.Stadium ini dibangun sebagai sebuah stadium utama untuk edisi 13 Festival Pemuda dan Pelajar Dunia pada tahun 1989.Saat ini stadium ini digunakan untuk pertandingan bola sepak,pertandingan atletik,tapi paling sering untuk Festival Arirang (juga dikenali sebagai Mass Games).Stadium ini memiliki kapasiti 150,000 kerusi yang merupakan stadium yang mempunyai kapasiti terbesar di dunia.

2)Stadium Salt Lake



Stadium Salt Lake atau dikenali sebagai Yuva Bharati Krirangan adalah sebuah stadium multi-fungsi di Bidhannagar, Kolkata,West Bengal, India.Ia merupakan stadium terbesar di India dan kedua terbesar di dunia. Stadium ini mula dibina pada tahun 1984 dengan kapasiti sebanyak 120,000 kerusi. Stadium ini juga merupakan stadium untuk pasukan tuan rumah iaitu Mohun Bagan A.C, East Bengal F.C, Mohammedan SC dan Prayag United S.C. yang merupakan empat kelab terbesar di India. Stadium ini kebanyakan digunakan untuk perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan India.

3)Stadium Michigan



Stadium Michigan atau nama panggilannya "The Big House" merupakan sebuah stadium untuk pertandingan American football untuk Universiti Michigan di Ann Anbor,Michigan,Amerika Syarikat.Stadium ini mula dibina pada tahun 1927 dengan anggaran kos pembinaan adalah $950,000 dengan kapasiti asalnya ialah 82,000 kerusi.Stadium Michigan adalah stadium yang terbesar di Amerika Syarikat dengan jumlah kapasiti 109,901.Stadium ini juga merupakan stadium untuk tuan rumah pasukan Michigan Wolverines Football.Pada tahun 2014,stadium ini akan digunakan untuk perlawanan utama liga 2014 NHL Winter Classic antara Toronto Maple Leafs dengan Detroit Red Wings.

4)Stadium Beaver



Stadium Beaver adalah sebuah stadium untuk pelajar kolej sukan American football UniversityPark,Pennsylvania,Amerika Syarikat.Stadium ini mempunyai kapasiti sebanyak 106,572 kerusi dan merupakan pemilik Pennsylvania State University.Stadium ini merupakan stadium bagi pasukan tuan rumah sukan American football iaitu Penn State Nittany Lions football.Stadium ini hanya digunakan untuk sukan American football di Amerika Syarikat.

5)Estadio Azteca



Estadio Azteca merupakan stadium bola sepak yang terletak di Santa Ursula, Mexico City,Mexico.Stadium ini pernah digunakan untuk babak akhir Piala Dunia FIFA 1970 dan Piala Dunia FIFA 1986 serta Sukan Olimpik Musim Panas 1968.Stadium ini merupakan stadium bola sepak terbesar di Mexico dengan berkapasiti 105,000 kerusi.Stadium ini diutamakan untuk pasukan bola sepak kebangsaan Mexico dan stadium ini juga untuk tuan rumah kelab Club America.

6)Stadium Neyland



Stadium Neyland merupakan sebuah stadium sukan di Knoxville,Tennessee,Amerika Syarikat.Stadium ini secara umumnya digunakan utuk pasukan Tennessee Volunteers football sebagai tuan rumah dalam sukan American football.Stadium ini berkapasiti 102,455 kerusi telah dibina pada tahun 1921 dengan sebanyak 16 kali pembesaran stadium.Stadium in diambil nama sempena jurulatih lagenda UT football iaitu Robert Neyland(1892-1962).

7)Stadium Ohio



Stadium Ohio yang juga dikenali sebagai "The Horseshoe" atau "The Shoe" merupakan stadium American football di Columbus,Ohio,Amerika Syarikat di kampus Ohio State University.Stadium ini merupakan venue tuan rumah untuk pasukan football Ohio State Buckeyes.Stadium Ohio ini juga pernah mengadakan konsert di sini seperti kumpulan U2,The Rolling Stone,Pink Floyd dan Metallica.Stadium ini mula dibuka pada tahun 1922 telah menggantikan padang Ohio dan tempat duduk masa itu berjumlah 66,210.Malah,stadium ini merupakan stadium ke-4 terbesar di Amerika Syarikat.Kini tempat duduk di stadium itu semakin meningkat bermula tahun 2007 sehingga sekarang dengan kapasiti 102,329 kerusi.

8)Stadium Bryant-Denny



Stadium Bryant-Denny adalah sebuah stadium American football yang terletak di Tuscaloosa,Alabama bagi tuan rumah untuk pasukan football University of Alabama.Stadium ini dibuka pada tahun 1929 dan nama asalnya ialah Stadium Denny diambil sempena former Universiy of Alabama iaitu presiden George H.Denny.Kapasiti stadium ini adalah 101,821 kerusi dan merupakan stadium kelima terbesar di Amerika Syarikat.

9)Stadium Darrell K Royal-Texas Memorial



Stadium Darrell K Royal-Texas Memorial atau nama umumnya ialah "War Memorial Stadium","Memorial Stadium" dan "Texas Memorial Stadium" terletak di Austin,Texas merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan football Texas Longhorns di University of Texas sejak pada tahun 1924.Secara umumnya,stadium mempunyai kapasiti sebanyak 100,119 kerusi.Rekod kedatangan penonton yang paling tinggi di stadium ini adalah 101,851 pada 6 Oktober 2012 ketika perlawanan yang membabitkan antara pasukan tuan rumah dengan pasukan West Virginia Mountaineers.

10)Melbourne Cricket Ground(MCG)



Melbourne Cricket Ground(MCG) merupakan sebuah stadium sukan Australia yang terletak di Yarra Park,Melbourne,Victoria dan merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan kelab Melbourne Cricket.Stadium ini merupakan stadium ke-10 terbesar di dunia  dan terbesar di Australia.Stadium ini secara umumnya pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1956 dan Sukan Komanwel 2006.Stadium ini merupakan stadium terbuka yang merupakan stadium terkenal untuk sukan kriket.Stadium ini mempunyai kapasiti sejumlah 100,024 kerusi dan pernah menganjurkan pertandingan rugbi antarabangsa dan perlawanan kriket di Australia.

No comments

Powered by Blogger.