Header Ads

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Januari 2018

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Januari 2018 | Assalamualaikum pembaca tegar blog lokmanamirul... Rasanya dah agak lama saya tak update di blog ini terutamanya posting mengenai affiliate marketing. Syukur alhamdullilah kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dalam tahun 2018. Apa khabar semua sihat...?

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Januari 2018

Sebenarnya saya ada khabar gembira buat diri saya sendiri. Mana tidaknya awal-awal tahun ini, saya telah dicalonkan kedudukan top 10 affiliate Klikjer pada bulan Januari 2018. Apa yang menggembirakan saya adalah ini kali pertama saya tercalon 10 terbaik mendapat income klikjer untuk bulan Januari 2018.

Untuk pengetahuan, saya dah berkecimpung dalam affiliate Klikjer sejak awal tahun 2017 lagi. Dikatakan setiap bulan saya tak miss untuk menerima komisen daripada hasil jualan yang saya promosikan. Walaupun tak banyak ia dianggap satu rezeki!

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Januari 2018


Berikut saya kongsikan carta top 10 affiliate klikjer bulan Januari 2018...

Carta Top 10 Affiliate Klikjer Bulan Januari 2018

Rata-rata nama yang dicalonkan adalah mahir dalam dunia affiliate marketing. Siapa tak kenal Nigel Ong adalah seorang penulis ebook dan juga mahir dalam FB Ads.

Mohd Syamsuriyadi pula telah lama dikenali dalam dunia marketing termasuk kepakaran dalam AdWords, SEO dan SEM.

Abdul Nashar rakan FB saya yang turut meminati dalam bidang affiliate. Beliau rajin menulis dan menggunakan media sosial untuk mengongsikan tentang tips jana duit affiliate.

Sabree Hussin tak perlu dipertikaikan lagi, beliau memang handal bab2 affiliate dan blogging. Manakala Jie Susanos rakan baik blog, tiap bulan beliau tak pernah miss untuk mendapat tempat top 10 affiliate klikjer.

Semuanya hebat2 belaka .... Saya hanya bilis-bilis yang cuba menumpang ikan2 yang besar.. Just perumpamaan!!

Senang tak buat duit affiliate?


Untuk membuat duit dengan affiliate tak dikatakan senang dan tidak terlalu mudah. Sebenarnya anda perlu ada minat mendalam dan ilmu pengetahuan tentang affiliate marketing untuk promosikan produk-produk fizikal mahupun digital sesebuah affiliate.

Bagi saya affiliate klikjer adalah salah satu affiliate terbaik Malaysia yang boleh anda cuba ceburi dan seterusnya menjana pendapatan daripada bidang ini. Anda boleh guna pelbagai cara untuk promosikan sama ada menggunakan blog, page dan group FB, personal FB mahupun iklan berbayar di AdWords dan FBADS.

BACA JUGA : Carta Top 5 Affiliate Infokerjaya Ebook Penerbit Rancangan

Semoga perkongsian ini memberi semangat dan membantu anda yang ingin memulakan affiliate marketing. Apa yang perlu ada adalah usaha, try and test. Teruskan membaca di posting saya yang lain.

2 comments:

  1. Most people have heard of affiliate marketing, even if they haven't actually started doing it. Affiliate marketing is basically referring people to various products and services around the internet. For each sale you generate through your affiliate link, you earn a commission. affiliate marketing guides

    ReplyDelete

Powered by Blogger.