Header Ads

Download Borang Permohonan BR1M 2018

Download Borang Permohonan BR1M 2018 | Anda pemohon baru Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk tahun 2018? Atau ingin kemaskini maklumat baharu BR1M? Untuk makluman anda, pemohon boleh membuat Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018 secara online dan manual (borang) yang akan dibuka mulai Isnin 27 November ini hingga tarikh tutup pada 31 Disember 2018. Disini saya kongsikan cara download dan mengisi borang permohonan BR1M 2018.

Baca juga :
● Permohonan Baru & Kemaskini BR1M 2018

Download Borang Permohonan BR1M 2018

Borang Permohonan BR1M 2018


Borang permohonan BR1M 2018 secara manual boleh dimuat turun di portal rasmi e-BR1M atau di mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi LHDN. Anda boleh turut download borang dalam bentuk PDF disini. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar di kaunter cawangan LHDNM.

Download Borang Permohonan BR1M 2018
Contoh Borang Permohonan BR1M 2018

Cara Mengisi Borang Permohonan BR1M 2018


1. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
2. Ketua isi rumah yang layak:
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah:
✍️ Berkahwin;
✍️ Ibu atau bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai tanggungan;
✍️ Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama).
iii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1958 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
3. Individu yang layak:
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
ii. Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan (berumur 21 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1997 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
4. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang masih belajar sesi 2017 / 2018 adalah tidak layak untuk memohon BR1M.
5. Perubahan status perkahwinan:
i. Bujang kepada Kahwin
✍️ Pemohon perlu mengemaskini maklumat; dan
✍️ Pasangan perlu mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M (BK-13) jika mempunyai permohonan status Bujang dan lulus pada BR1M 2017.
ii. Kahwin kepada Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
✍️ Pemohon perlu mengemaskini maklumat dengan mengemukakan salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan.

Dokumen Sokongan 


1. Salinan dokumen pengenalan pasangan / tanggungan (jika berkaitan):
i. MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
ii. Dokumen Perjalanan seperti Pasport dan Visa.

2. Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (jika berkaitan):
i. Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara. Jika maklumat didapati
berbeza dengan data agensi yang diterima oleh LHDNM, salinan sijil perceraian yang dikemukakan adalah tidak terpakai.
ii. Sijil kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

3. Pengemukaan pengesahan penamatan perniagaan:
i. Terpakai hanya kepada salinan yang dikeluarkan mulai 1 Oktober 2017 sahaja.
ii. Jika semakan mendapati pemohon mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan, salinan surat pengesahan penamatan perniagaan
yang dikemukakan adalah tidak terpakai.

Semakan Status Permohonan BR1M 2018


Pemohon boleh membuat semakan status permohonan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://ebr1m.hasil.gov.my dan Aplikasi Mobile.

Semoga informasi ini membantu anda. 

1 comment:

  1. Terima kasih peringatan ini..set date untuk kemas kini..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.