Header Ads

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017 | Adakah anda calon Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 tahun 2017? Jika ya! Terlebih dulu saya ucapkan kepada calon yang mendapat tempat untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Untuk pengetahuan anda, exam online SPA ini akan diadakan pada 3 November 2017 bermula jam 8.00 malam hingga 9.40 malam. Untuk memastikan sama ada anda dipanggil untuk exam online ini atau pun tidak, anda akan menerima pesanan SMS dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

Semakan Panggilan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Jika calon masih tidak menerima pesanan melalui SMS, anda juga boleh membuat semakan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 secara online menerusi pautan ini http://e-semakanntt.spa.gov.my. Anda perlu masukkan kad pengenalan dan klik 'HANTAR' keputusan akan dipaparkan.

Tarikh Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Berikut adalah hebahan daripada pihak SPA berkenaan tarikh dan maklumat exam seperti di bawah :

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM - 9:40 MLM

PERHATIAN :
------------------
Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018. Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.

Format Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Untuk format soalan exam online PTD tahun ini, telah dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am) dan Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) seperti di bawah ;

● Seksyen A : PENGETAHUAN AM (50 soalan) - 40 minit
● Seksyen B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (40 soalan) - 45 minit

Seksyen A - Pengetahuan Am

Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan hal ehwal semasa, pentadbiran negara, politik, sosial, sains teknologi, ekonomi dan lain-lain perkembangan semasa di dalam negara mahupun luar negara.

CONTOH SOALAN :

1. Faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan asing dalam negara adalah
I . keadaan politik dan ekonomi yang stabil
II . peningkatan kos infrastruktur
III . kapasiti modal insan yang berkemahiran
IV . dasar-dasar pelaburan kerajaan yang liberal
A ) I, ll dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

2. Antara negara ASEAN berikut manakah yang masih belum melaksanakan GST?
A ) Laos
B ) Filipina
C ) Vietnam
D ) Myanmar

3. Badan yang menjalankan kuasa eksekutif dan bertindak sebagai badan penyelaras utama di peringkat negeri ialah 
A ) Menteri Besar.
B ) Ketua Menteri.
C ) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
D ) Setiausaha Kerajaan Negeri.

4. Pilih agensi yang bukan di bawah tanggungjawab KPDNKK
A ) Bank Rakyat.
B ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
C ) Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
D ) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

5. Pusat Sehenti Usahawan Wilayah diwujudkan untuk membolehkan usahawan mendapat sokongan dan bantuan di bawah satu bumbung.   Antara berikut yang manakah Organisasi Pembangunan Usahawan (EDO) dan Organisasi Pembangunan Industri (IDO) yang ditempatkan di pusat sehenti ini?
I . Majlis Amanah Rakyat
II . SME Bank
III . Bank Rakyat
IV . Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

6. Berikut adalah negara-negara yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 kecuali
A ) Indonesia
B ) Filipina
C ) Singapura
D ) Brunei

7. Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang mestilah melalui susunan tahap-tahap berikut
A ) Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
B ) Bacaan Pertama, Peringkat Jawatankuasa, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga.
C ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Bacaan Ketiga dan Peringkat Jawatankuasa.
D ) Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga.

8. Negeri manakah yang menjadi tempat pendaratan pertama di Tanah Melayu oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua?
A ) Perlis.
B ) Perak.
C ) Kedah.
D ) Kelantan

Tips Soalan Favourite Exam PTD 2017


1)TN50
2)Economic Transformation Program
3)NKRA - National Key RA
4)Bidang Keberhasilan Utama Negara
5)Government Transformation Program
6)Focus pasal perundangan and pentadbiran
7)Revolusi Industri 4.0
8)Sukan SEA @ Paralimpik 2017

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan
memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak.

CONTOH SOALAN :

I) Kemahiran Menggunakan Logik

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

II) Kemahiran Menginterpretasi Data

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

III) Konsep Matematik

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A

2. Cari median bagi taburan nombor ini:
|23|25|23|23|24|25|24|25|
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

Peringatan : Ini sekadar contoh soalan untuk memberi gambaran sahaja tidak ada kaitan dengan soalan ramalan atau soalan bocor.

Sudahkah anda bersedia untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 3 November 2017? Jika anda yang masih belum bersedia untuk menghadapi exam ini, anda perlu dapatkan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terlebih dahulu!


Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017


Untuk mendapatkan rujukan lengkap beserta panduan, tips dan contoh soalan exam PTD boleh rujuk di pautan bawah ini ;


Join Group Channel Telegram Exam PTD 2017


Bagi anda yang ingin mendapatkan info terkini mengenai jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, boleh join group channel Telegram menerusi link di bawah.

KLIK → https://t.me/ptdgredm41

DAPATKAN RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 2017!


> Nota berkaitan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
> Penerangan format terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
> 80++ Contoh soalan Seksyen A
> 40++ Contoh soalan Seskyen B
> Latih tubi PTD 2017

* Akan dikemaskini !

Baca juga :
● Panduan Lengkap Menulis Resume Kerajaan 

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon-calon Pegawai Tadbir Diplomatik sesi 2017 untuk menduduki peperiksaan online ini. Selamat maju dan moga berjaya. Mohon share kepada rakan anda yang lain.

Laman web www.lokmanamirul.com tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang laman www.lokmanamirul.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

No comments

Powered by Blogger.