Header Ads

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor | Perkhidmatan penghantaran makanan atau food delivery online ke rumah atau pejabat telah menjadi satu trend di Malaysia masa kini. Jika sebelum ini kita hanya tahu makanan delivery hanya dilakukan oleh syarikat francais seperti Pizza Hut, McDonald's dan juga Kentucky Fried Chicken (KFC), namun kini pengusaha restoran makanan juga mula mengorak langkah yang sama dengan menawarkan servis food delivery online.

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor
Free Delivery Jika Ada Promosi 

Dengan adanya perkhidmatan food delivery seperti ini, bagi anda yang bekerja di pejabat tak perlu bersusah payah untuk keluar cari makanan di restoran. Atau juga bagi ibu yang baru balik kerja dan letih untuk memasak. Pilihan terbaik adalah anda boleh call dan order makanan secara online mengikut lokasi anda berada. Anda just tunggu makanan sampai! Lebih mudah dan menjimatkan masa.... Kan?

Untuk pengetahuan, kini PappaRich turut menawarkan servis food delivery yang dikenali sebagai PappaDelivery, dimana ia mula beroperasi pada tahun 2016. Dengan adanya perkhidmatan pesanan makanan PappaDelivery ini, anda dapat menjamu makanan yang sedap lagi menyelerakan seperti anda makan di PapaRich.

Antara menu pilihan boleh anda buat pesanan dari PappaDelivery seperti ;

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor
RICE 

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor
WESTERN 

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor
SNACKS 
Noodle, Toast dan Drinks .....


Kawasan PappaDelivery


Setakat ini perkhidmatan PappaDelivery hanya membuat penghantaran mengikut coverage mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor meliputi Klang Valley. Berikut zon penghantaran makanan PappaDelivery ;

# Ampang # Gombak # Cheras # Batu Caves # Selayang # Jalan Ipoh # Kepong # Sentul # Kuala Lumpur # Petaling Jaya # Setapak # Segambut # Wangsa Maju # Sungai Buloh # Sri Petaling # Bukit Jalil


Bagaimana Cara Order Makanan PappaDelivery 


1. Anda layari ke laman web 👉 PAPPADELIVERY ONLINE
2. Sign up akaun.
3. Beritahu lokasi anda.
4. Lihat menu dan pilih.
5. Bayar dan tunggu.

PappaDelivery Food Delivery Terbaik Di Sekitar KL & Selangor

Sebelum anda membuat tempahan dari PappaDelivery, pastikan minimum order adalah RM15 (termasuk GST) dan dikenakan caj RM5 untuk food delivery. Anda tak perlu risau membuat pembayaran online kerana ia menggunakan Molpay yang membolehkan anda memilih antara Kad Debit/ Kredit atau Online Transfer dari akaun bank anda.

Kenapa PappaDelivery menjadi pilihan?


PappaDelivery telah disahkan halal oleh pihak JAKIM dan bahan-bahan makanan yang digunakan oleh PappaDelivery dijamin bahan berkualiti tinggi! Dengan makanan bermutu tinggi sudah pasti ia menjadi pilihan ramai di sekitar Klang Valley.

Selamat menjamu selera dengan makanan dari PappaDelivery. Bagi anda yang ingin membuat tempahan boleh terus ke laman web PappaDelivery!

5 comments:

  1. Bestnya...tp tmpat kak lina belum ada lagi lah...

    ReplyDelete
  2. senangnya ada pappa delivery ni

    ReplyDelete
  3. Mudahnya nak makan sekarang ni.. Tunggu depan rumah aje...

    ReplyDelete
  4. Kalau ada dekat Sabah, dah try papp ni hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.