Header Ads

Cara Daftar Webe Online & Pakej Webe 2017

Cara Daftar Webe Online & Pakej Webe 2017 | Mungkin di antara kita pengguna data internet masih belum mengetahui secara mendalam tentang telco terbaru yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Anda tahu apa itu Webe? Webe merupakan perkhidmatan P1 yang telah dijenamakan semula apabila Telekom Malaysia mengambilalih syarikat P1 itu. Kini, Webe menawarkan dua pakej iaitu Webe Mobile dan Webe Broadband.


Webe ini sama saja seperti syarikat telco yang lain seperti Maxis, Celcom, Digi dan UMobile, dimana ianya menawarkan pakej panggilan telefon, SMS dan juga pelan data internet. Cumanya Webe ini menggunakan rangkaian dari TM dan Celcom sebagai liputan (coverage). Dengan kata mudah dimana ada rangkaian TM dan Celcom selagi itu anda boleh menggunakan rangkaian Webe.

Daftar Pakej Internet Murah Webe Online 


Untuk pengetahuan, bagi pengguna yang nak aktifkan menggunakan Webe, anda perlu menggunakan simkad postpaid, maka dengan itu anda perlu membayar bil bulanan bukannya topup. Pelan Webe boleh didapati dengan harga serendah RM79 (tidak termasuk GST) bagi pelanggan Telekom Malaysia dan juga bagi mereka yang menggunakan smartphone yang menyokong Band 5 (4G/LTE) sahaja yang termasuk dalam senarai webe certified phone , sekiranya anda bukan pelanggan TM maka dikenakan RM199.

Kelebihan utama yang menjadikan Webe sebagai pilihan pengguna masa kini kerana kuota unlimited data yang ditawarkan oleh Webe. Lebih menariknya anda tidak terikat dengan kontrak dan dapat mengakses internet tanpa had data sama seperti menggunakan Streamx. Tetapi kekurangan Webe adalah anda tidak dapat membuat hotspot atau tethering sahaja! Lihat informasi selanjutnya di bawah.

Kelebihan Webe 


● Webe menawarkan pelan data internet unlimited dengan kelajuan 4G LTE, SMS dan panggilan PERCUMA bermula serendah RM79 tidak termasuk GST.
● Webe tidak mengenakan sebarang kontrak bagi penggunanya, sekiranya anda hendak batal kontrak pada bila-bila masa sahaja.
● Penghantaran SIM kad percuma sama ada bentuk micro atau nano dalam masa 2 atau 3 hari selepas pendaftaran secara online.
● Anda boleh menikmati capaian internet 2G/3G di mana-mana tempat yang menerima liputan internet kerana Webe menggunakan rangkaian Celcom.

Baca juga 👉 Klik Semakan Coverage Webe

Bagaimana Cara Daftar Webe 


Mudah saja bagi anda yang ingin mendaftar dan melanggan pakej Webe dengan membuat pendaftaran secara online dengan klik pautan (link) di bawah ;


Tunggu apa lagi jom daftar sekarang! Dengan harga serendah RM79 sebulan aku rasa ia satu pakej internet paling sempurna buat masa ni. Selamat berdaftar . Terima kasih membaca artikel Cara Daftar Webe Online & Pakej Webe 2017.

Baca juga : Pelan Prabayar Terbaik di Malaysia 2017

No comments

Powered by Blogger.