Header Ads

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018|Permohonan Perajurit Muda TLDM Sesi 217/18 telah dibuka? Anda berminat berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia? Bagi anda yang berumur 18 hingga 25 tahun, bujang dan mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan kosong TLDM, kini pihak TLDM telah mempelawa belia/beliawanis bagi pengambilan Perajurit Muda TLDM Sesi 2017/2018 menerusi portal rasmi Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018

Anda boleh membuat permohonan secara online mulai sekarang untuk pengambilan perajurit muda TLDM 217/18 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan kemasukan TLDM sebelum tarikh tutup 18 September 2017.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018


Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan pengambilan perajurit muda TLDM tahun 2018 ;

Syarat Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2017/2018


1. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Cara Memohon Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2017/2018


Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan pengambilan perajurit muda TLDM Siri 2017/18, anda terus layari ke laman web www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA  untuk permohonan secara online. Bagi anda yang kali pertama membuat permohonan, perlu mendaftar terlebih dahulu manakala mereka yang pernah daftar hanya perlu login akaun dan membuat permohonan.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2018

Mudah kan cara nak daftar permohonan kemasukan perajurit muda TLDM sesi 2017/18? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi seorang tentera laut dalam perkhidmatan di Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 03- 20713303/ 3177.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin memasuki dalam pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ambilan tahun 2018. Selamat maju jaya .

2 comments:

Powered by Blogger.