Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017 ok? Anda berminat menyertai anggota badan beruniform Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda? Untuk pengetahuan anda, TDM mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki / Wanita dan Pemilihan Calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera Siri 183/43 Tahun 2017.


Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

Jika anda berjaya mendapat pemilihan Perajurit Muda anda akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Pork Dickson, Negeri Sembilan. Jika anda berminat boleh lihat syarat kelayakan?


Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017


Berikut dikongsikan di bawah syarat kelayakan akademik, kelayakan lain, syarat minima ukuran fizikal, dokumen yang diperlukan dan cara memohon jawatan pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Tahun 2017 :


SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK



LELAKI

● Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ BAHASA INGGERIS/ SAINS serta LULUS SEJARAH bagi SPM tahun 2013 ke atas.
● Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL dan salah satu subjek SAINS/ MATEMATIK / BAHASA INGGERIS.
●  Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS  subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM  (SKIM KEMASUKAN SPM).
● Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
● Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU 
PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ 
JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
● Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA  MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).


WANITA

● Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek  BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS
BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.
● Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek  BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, subjek 
MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.
● Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN  subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
● Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan 
tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU 
peringkat SPM (KAGAT).
● Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).
● Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
● Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU 
PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di  Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ 
JURURAWAT PERGIGIAN/ TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
● Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM)


LAIN-LAIN KELAYAKAN


● Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 
angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17).
● Taraf Perkahwinan. Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.
●Taraf Kesihatan. Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.
● Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
● Saringan Awal. Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di 
pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.
● Pemilihan Akhir. Pemeriksaan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
 - Pengesahan Dokumen asal dan salinan.
 - Pemeriksaan Kesihatan.
 - Ujian Bertulis (IQ dan Psikologi). 
 - Ujian Kecergasan (Larian 2.4 KM bermasa, 
 Mendagu, Lompat Jauh Statik dan Bangun Tubi).
● Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Fizikal, Ujian Bertulis serta Ujian Kecergasan. 
● Kriteria Tambahan. Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:
 - Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
 - Berkebolehan bermain alat muzik pancaragam
 yang diiktiraf.


DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA


1. Kad Pengenalan (MY KAD).
2. Sijil Kelahiran Pemohon.
3. Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
4. Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 
sahaja).
5. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
6. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
7. Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
8. Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia. 
9. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
10. Sijil Berhenti Sekolah.
11. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)
12. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
14. Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
15. Sekeping gambar terkini berukuran passport.

Baca juga : Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam - Januari 2017


CARA PERMOHONAN


Jika anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat pemohonan melalui laman sesawang ;


Jom Masuk Tentera
http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/


ATAU

Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:

SEL PENGAMBILAN 
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA, 
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN, 
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

» Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang
Portal Tentera Darat
http://army.mod.gov.my/permohonan

» TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 JANUARI 2017.
» SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERMULA PADA 25 JANUARI 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:


Jom Masuk Tentera

http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA


Portal Tentera Darat

http://army.mod.gov.my/akhir

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat lanjut permohonan ini, anda boleh hubungi cawangan ini di talian 
seperti berikut:

Tel: 03-2071 4258/2197/4254

Semoga anda berjaya mendapat jawatan kosong pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat bagi lelaki dan wanita sesi tahun 2017.

0 comment... add one now