Header Ads

Spicy Korean Burger McDonald's Memang Pedas!

Spicy Korean Burger McDonald's Memang Pedas!|Haa...hari ni berkesempatan aku dapat beli menu burger terbaru dari McDonald's Malaysia iaitu "Spicy Korean Burger". Asyik terliur je tayang kat tv...tambahan pulak rakan-rakan Facebook pun share gambar Spicy Korean Burger. Mana tak tahan..hahaha!! Walaupun baru dilancarkan pada 25 Julai lalu tapi dah viral 1 Malaysia. Biasalah dah sorang try semua nak try....This is Malaysia!

Spicy Korean Burger McDonald's Memang Pedas!
Iklan Set Spicy Korean Burger 

Boleh tahan harga 1 set hanya RM15.99 sahaja. Anda boleh dapat 1 biji burger pedas, air Frozen Fanta dan 1 bungkus criss cut chips. Tapi masa aku pergi beli tak dapat air fanta digantikan dengan coke. Best ke tak Spicy Korean Burger?

Apa membuatkan orang tertarik termasuklah aku sekali adalah roti burger korean ni. Kalau sekali pandang roti burger warna hitam ni nampak pelik je...tapi sebenarnya memang roti burger ini jenis charcoal bun. Nampak lain lah sikit. Apa yang menariknya lagi tentang burger ini adalah patty daging burger ada perisa 'kimchi', sayuran, cheese, grilled onions dan bestnya spicy korean sauce.

Spicy Korean Burger McDonald's Memang Pedas!

Bagi akulah beef patty agak tebal macam beef burger. Tambahan dengan lapisan cheese memang meleleh siottt...! Dah lah pedas burger korean ni.. Tapi tak lah sepedas spicy ramen meletop lagi bebb...

Spicy Korean Burger McDonald's Memang Pedas!
Meleleh cheese Spicy Korean Burger 

Untuk criss cut chips ni pulak rasanya rangup macam keropok. Tapi pendapat aku okaylah criss cut chips ni cuma hirisannya terlalu nipis. Jika diberi pilihan french fries MCDONALD'S better saya pilih fries original ni. Air seperti biasa suka minum air fanta ni. Tapi untuk saya ada coke je not bad lah.

Bagi aku memang berbaloilah satu set RM15.99 kalau ala carte hanya RM12.99. Saiz burger pun besar sangat memuaskan. Tak rugilah nak cuba! Jadi yang masih belum cuba, dapatkan menu burger terbaru ni di McDonald's. Dah cuba Spicy Korean Burger ni? Komen pendapat korang pulak.

9 comments:

  1. Yang ni pun belum rasa, yang Kepci pun belum rasa lagi, ketinggalannyaaaaaa saaya...

    ReplyDelete
  2. Hihi, belum rasa lagi.....

    ReplyDelete
  3. Belum cuba lagi...tapi entry ni mampu goyahkan iman jugalah..haha

    ReplyDelete
  4. Belum lagi makan tapi memang nampak rare dengan bun hitamnya :D

    ReplyDelete
  5. Nak try juga bun hitam apa rasanye.. hahaha

    ReplyDelete
  6. saya mampu tengok sahaja la bro..

    itupun dah bersyukur sangat-sangat..

    apapun saya tumpang gembira kerana bro gembira menikmati korean burger McD

    ReplyDelete
  7. Tak berkesempatan lagi nak makan... Macam sedap je...

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhh burger itam ni dah ada d McD.. Dasat!

    Tapi

    Sorylah saya tak jamah McD ni.. Er

    ReplyDelete

Powered by Blogger.