Header Ads

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 Online

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 Online | Anda pelajar tingkatan 5 tahun 2017? Kini, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi secara online bagi pengambilan sesi 2018/2019. Untuk makluman anda permohonan program Matrikulasi ini telah dibuka mulai 1 Julai 2017 hingga 30 November 2017. Anda boleh memohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2018/2019 secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI). Selain Matrikulasi, anda berpeluang juga membuat permohonan IPT melalui UPU.

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 Online

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019


Berikut dikongsikan syarat kelayakan kemasukan program Matrikulasi dan cara permohonan ke Matrikulasi sesi 2018/2019 menerusi online ;

Syarat Kemasukan Matrikulasi 2017 KPM 


Bagi permohonan program Matrikulasi pelajar mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan perlulah hantar borang permohonan sebelum tarikh tutup pada 30 November 2017. Anda boleh rujuk info lanjut disini.

Cara Memohon Matrikulasi 2018/2019 Online 


Bagi anda yang ingin memohon program Matrikulasi bagi sesi 2018/2019, sebelum itu pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu (PIN) dengan membayar RM6.06 kepada guru atau kaunselor atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di BSN.

Setelah pemohon memiliki nombor PIN, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi portal rasmi aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).

>> KLIK SINI PERMOHONAN ONLINE 

Bagi yang masih baru tidak tahu cara membuat permohonan program Matrikulasi secara online boleh membaca panduan dahulu [KLIK SINI].

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pemohon boleh hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-8884 4083/ 4036/ 4040.

Selamat membuat permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2018/2019 untuk pelajar lepasan SPM 2017 secara online. Semoga anda berjaya diucapkan untuk mendapat tawaran kemasukan ke program Matrikulasi yang dijangka akan diumumkan pada bulan April 2018 nanti.

2 comments:

  1. xdeadik nk msuk matrik thun ni..hhuhu

    ReplyDelete
  2. Boleh share dekat kawan ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.