Header Ads

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak |Anda tahu tempat menarik di Perak? Movie Animation Park Studios atau lebih dikenali sebagai MAPS adalah satu-satunya taman tema animasi pertama Asia dibuka di Malaysia. Ia terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Mesti banggalah anak Perak ada taman tema sebegini. Sama juga seperti Taman Tema Legoland yang pertama Asia telah dibuka di Legoland Johor atau Legoland Malaysia Resort. Sebenarnya taman tema animasi ini telah dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2017. Rasanya ramai yang belum tahu lagi mengenai keunikan MAPS Perak ini.

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak

Apa aktiviti menarik yang ada di MAPS yang membuatkan anda teruja nak datang disini? Berapa harga tiket MAPS Perak? Adakah sesuai untuk semua lapisan umur? Lihat saja pada taman tema ini sudah tentu menjadi tarikan utama kepada kanak-kanak berdasarkan animasi DreamWorks, The Smurfs dan banyak lagi. Tak ketinggalan juga untuk golongan dewasa yang meminati kartun animasi dan aktiviti lasak disini. Lagipun, MAPS Perak ini sangat menarik dan sesuai untuk semua umur kerana ia dibahagikan kepada jenis-jenis dan zon-zon tertentu. Setiap zon mempunyai pelbagai aktiviti yang berlainan dan ia memberi cabaran kepada penggemar aksi lasak.

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak 


Disini saya kongsikan lokasi MAPS, senarai harga tiket MAPS Perak dan beberapa tarikan aktiviti di MAPS Perak ;

Lokasi MAPS Perak


Movie Animation Park Studios (MAPS) ini terletak di Meru Raya, Ipoh, Perak. Ia sangat strategik kerana berhampiran dengan Plaza Tol Jelapang dan dekat dengan terminal Ipoh Sentral.

● Alamat :
Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya 3,
30020 Ipoh,
Perak, Malaysia.
● Nombor telefon : 05- 5015666
● Waktu operasi : 10 pagi - 10 malam
● Hari : Isnin - Jumaat (10am - 6pm)
            : Sabtu & Ahad (10am - 10pm)

Tarikan Aktiviti Menarik di MAPS Perak 


Terdapat 6 zon yang menarik untuk dicuba bagi para pengunjung di MAPS Perak ;

1. Animation Square

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak

Di Animation Square terdapat pelbagai tarikan yang anda boleh cuba antaranya ada The Home of Boboiboy, Boboiboy 4D Adventure Theatre, Monkey Business Toy, Space Face Fancy Dress, Candy Shop dan banyak lagi.

2. Blast Off Zone

Di Blast Off Zone agak lain sedikit daripada Animation Square, dimana anda boleh tonton live show The Smurfs Theatre sehinggalah The Wormhole Technologies. Jika lapar, anda boleh cuba isi perut anda di Starship Restaurant dan Starport Food Court dengan harga berpatutan.

3. Dream Zone

Di Dream Zone terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh dilakukan seperti ada The Crood Crazy Chase, Mr. Peabody & Sherman's Time, Dream Theatre dan banyak lagi yang menarik.

4. Fantasy Forest Zone

Di Fantasy Forest Zone, kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 12 tahun dialu-alukan untuk memulakan perjalanan tamadun purba di Cave of Wonder atau Upside Down Pyramid. Anda juga boleh cuba beberapa aktiviti lain seperti Zugo's Crystal Quest, Red Baron, The Adventurers HQ Tree House, Coliseum Water Play dan banyak lagi.

5. Lakeside Zone

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak

Di Lakeside Zon anda boleh mencuba beberapa aktiviti yang lasak antaranya Space X-Plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Jika bagi anda yang tidak rasa gayat dan tidak mudah loya, inilah pilihan terbaik anda untuk cuba disini. Mesti wow lah....!

6. Live Action Zone

Di zon Live Action anda akan lihat secara langsung pertunjukan lagak ngeri kereta dan motosikal yang mempamerkan aksi stunt dan drift. Bagi anda yang minat aksi lagak ngeri ini, peluang terbaik anda melihat depan mata pakar-pakar drift dan stuntman moto. Ala-ala macam Fast to Furious...!

Harga Tiket dan Aktiviti Menarik di MAPS Ipoh Perak

Okay itu baru saja sebut mengenai zon-zon yang terdapat di MAPS Malaysia. Sebenarnya ia dibahagikan beberapa jenis iaitu Thrill Rides, Kids Fun, Family Entertainment, Show & Entertainment dan MAPS Snaps. Dah faham ke faham?

Selain itu anda jangan risau untuk menikmati hidangan lazat di MAPS Perak kerana mereka telah menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman bertemakan animasi popular seperti Tok Aba Kokotiam, The Croods Caveteria, Metrocity Diner Indoor & Outdoor, Pitstop Cafe dan banyak lagi. Bagi yang nak solat, surau turut disediakan disini.

Kalau dah datang disini jangan lupa pulak beli ole-ole untuk dibawa balik ke rumah. Anda boleh shopping dengan disediakan beberapa tempat menarik antaranya Pitstop Retail, The Smurf Village Retail, Starport Retail, MAPS Emporium dan banyak pilihan lagi ada disini.

Harga Tiket MAPS Ipoh Perak 2017


MYKAD DAY PASS (Rakyat Malaysia)

● Day Pass Online Adult (13 hingga 59 tahun) : RM144
● Day Pass Online Child (3 hingga 12 tahun) : RM114
● Daya Pass Online Senior (60 tahun ke atas) : RM114

DAY PASS (Pelancong Asing)

● Day Pass Online Adult (13 hingga 59 tahun) : RM152
● Day Pass Online Child (3 hingga 12 tahun) : RM120
● Daya Pass Online Senior (60 tahun ke atas) : RM120

* Kesemua harga ini tertakluk kepada perubahan dan termasuk sekali dengan GST. Untuk mendapatkan harga tiket terkini anda boleh layari ke https://ticketing.mapsperak.com.

Menarik kan aktiviti yang ada di MAPS Perak? Bagi ibu bapa inilah antara destinasi pilihan yang anda perlu membawa anak-anak ke taman animasi MAPS di Perak ini untuk melihat sendiri suasana dan aktiviti menarik yang dapat menghiburkan hati anak anda. Lebih-lebih lagi sesuai untuk dilawati ketika musim cuti sekolah. Selamat berkunjung di Movie Animation Park Studios Ipoh Perak.

3 comments:

  1. Tak pernah lagi gi Taman Tema. Kalini lagi advance, Taman Tema Animasi haaa.

    ReplyDelete
  2. Wow.. Kalah Legoland

    ReplyDelete
  3. anak kelahiran perak ada diskaun ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.