Header Ads

Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah | Anda pelajar PT3 tahun 2017? Apakah tajuk tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2017? Jika sebelum ini, pelajar PT3 perlu membuat tajuk kajian tentang bangunan bersejarah di Malaysia. Untuk tahun 2017, pelajar Tingkatan Tiga dikehendaki membuat kajian mengenai 'Satu Peristiwa Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda'. Menarik untuk dibicarakan. Sudah tentu pelajar perlu dapatkan panduan kerja kursus Sejarah PT3 2017 yang wajih menyiapkan tugasan ini bermula 2 Mei 2017 hingga 27 Mei 2017. Lihat ini juga : KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN PT3 2017 SEMUA NEGERI 

Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah

Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah


Di bawah diterangkan segala panduan tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2017 dan contoh jawapan peristiwa bersejarah.

Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017


" Soalan : Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan."

Tugasan yang diberikan mestilah mengandungi aspek seperti ini ;

a) Tajuk kajian
b) Nama penulis
c) Isi kandungan
I. Pengenalan - menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda.
II. Menerangkan faktor belakunya peristiwa bersejarah.
III. Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi
IV. Menilai kesan atau impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
V. Menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
d) Rumusan
e) Sumber rujukan
f) Membentangkan laporan hasil kajian

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah 


Saya sediakan contoh tajuk kajian kepada pelajar untuk memilih tajuk peristiwa bersejarah di tempat anda seperti ;

1. Hari Malaysia
2. Hari Kebangsaan
3. Peristiwa di sekolah contoh seperti Hari Sukan, Hari Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Perpisahan Guru, Hari Minggu Kokurikulum
4. Pengisytiharan Bandaraya Johor Bahru
5. Kejohanan / Pertandingan
6. Hari Kemerdekaan
7. Hari festival contoh seperti Festival Lampu Putrajaya, Festival Layang-layang
8. Peristiwa banjir

Dan banyak lagi....

Baca juga : Jadual Penuh Peperiksaan PT3 2017

Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
Festival Layang-layang 

Jika pelajar ingin tahu lebih lanjut mengenai tugasan berkaitan kerja kursus Sejarah PT3 2017? Anda boleh dapatkan contoh jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah dengan download link di bawah dalam bentuk PDF;

>> Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah PT3 2017
>> Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah

Penafian : Segala panduan kerja kursus yang dikongsikan di atas ini sebagai alternatif kepada para pelajar untuk mendapatkan gambaran dengan jelas mengenai tugasan yang perlu disiapkan dengan sempurna. Pelajar perlu mendapatkan keterangan lebih jelas mengenai kerja kursud ini. Ini hanyalah perkongsian ilmu sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pelajar tingkatan 3. Dengan adanya panduan ini anda berjaya melengkapkan tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2017 dengan jayanya. Boleh beri komen jika anda sebarang masalah.

Kredit PDF : andrewchoo

1 comment:

  1. baguih panduan ni.. penting untuk adik2 kita kan.

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.