Header Ads

Cara Setting Pembayaran Adsense Melalui Wire Transfer Malaysia

Cara Setting Pembayaran Adsense Melalui Wire Transfer Malaysia | Cara yang mana satu korang guna untuk mengeluarkan duit Google Adsense? Adakah melalui Western Union? Cek? Atau pun wire transfer? Dah agak lama saya menggunakan Western Union untuk mengeluarkan wang dari Adsense melalui Pejabat Pos. Tapi untuk pengeluaran akan datang, saya telah mengubah setting payment kepada method yang lebih mudah iaitu wire transfer yang turut boleh digunakan dalam pembayaran Google Adsense.

Cara Setting Pembayaran Adsense Melalui Wire Transfer Malaysia

Sebenarnya saya sendiri lebih suka menggunakan Western Union. Mana tidaknya kaedah ini pun amat mudah untuk dikeluarkan wang tunai. Cuba korang baca disini. Tapi, rata-rata publisher yang menggunakan Western Union agak sukar buat pertama kali mengeluarkan duit Adsense kerana sering berlaku nama akaun dengan kad pengenalan tidak sama. Sudah tentu, transaksi pembayaran Adsense anda tergendala kerana pihak bank dan kiosk Western Union tidak akan menerima pembayaran ini kerana tidak dapat trace nama di IC anda.

So, dengan adanya kaedah Wire Transfer ini ia lebih terbaik dan memudahkan kepada publisher Adsense kerana terus bank in ke akaun bank anda. Wire transfer ni dengan mudah kata bank in! Dengan bayaran dalam bentuk USD, apabila masuk ke akaun anda melalui wire transfer maka bank akan kenakan caj dan tukarkan kepada matawang ringgit Malaysia.

Bagaimana caranya?
...

Anda perlu login akaun Adsense dahulu dan kemudian pergi ke bahagian 'PAYMENT SETTING'. Setelah itu, sila pilih 'ADD NEW PAYMENT' untuk membuat tetapan pembayaran yang baru. Kemudian, anda akan lihat tiga cara yang boleh digunakan seperti Wire Transfer, Cheque dan Western Union. Anda pilih saja 'WIRE TRANSFER'. Untuk memudahkan anda lihat sendiri maklumat yang perlu diisikan dalam wire transfer.

Cara Setting Pembayaran Adsense Melalui Wire Transfer Malaysia
Wire Transfer Method 


● Name on bank account : Nama Penuh Anda 
● Bank name : Nama Bank Anda 
● SWIFT BIC : Kod Bank Anda [SEMAK SINI]
● Account number : Nombor Akaun Bank Anda 
● Re-type Account number : Isi Lagi Sekali Nombor Akaun Bank Anda 

Selepas dah isi, klik 'SAVE'. Okay! Kemudian, anda tick kepada 'Set this payment method as primary'. Jadikan cara pembayaran ini sebagai pilihan utama. Tunggu duit anda masuk je ke dalam bank.

Baca juga : Cara Menerima Pembayaran Google Adsense

Inilah cara setting pembayaran melalui wire transfer Malaysia. Rasanya ini cara paling mudah dan tak perlu membuang masa untuk tukarkan kepada cash. Semuanya secara direct ke akaun bank anda. Semoga info ini dapat memberi bantuan kepada publisher Google Adsense.

6 comments:

  1. Terima kasih...insyaAllah ilmu bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. hehehe...setakat ini saya belum memiliki akaun Adsense

    apapun info ini sangat membantu

    ReplyDelete
  3. Terimakasih infonya sangat bermanfaat. Salam kunjungan balik

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. Saya dah masuk kan semua maklumat dengan betul, tapi bila tekan SAVE, dia kata Invalid Input. Why ye?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.