Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura!

Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura! |Bila sebut mencari pekerjaan di Singapura sudah tentu ia menjadi impian sesiapa sahaja yang mahu membuka lembaran baru kehidupan di negara maju itu. Hal kerana gaji di Singapura agak tinggi berbanding dengan Malaysia. Tahukah anda, gaji sebagai cleaner pun sudah mencecah sehingga SGD1500. Jika ditukarkan kepada matawang ringgit Malaysia sudah pasti anda mendapat RM4500. Anda nak tahu tips bekerja di Singapura yang cleaner tu dapat gaji mencecah RM4500.

Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura
Kerja di Singapura 

Maka, tak hairanlah ramai rakyat Johor mencari rezeki di Singapura. Bagi mereka yang berminat bekerja di Singapura, disini saya akan kongsikan tips bekerja di Singapura sebagai persiapan anda mencari kerja di Singapura.

Tips Bekerja di Singapura 


Tips Pertama - Pastikan Ada Passport Sendiri Ke Singapura

Sebelum anda merancang cari kerja di Singapura, pastikan terlebih dahulu mempunyai passport yang sah dan tidak luput tarikh. Tambahan pula, ia penting untuk anda membuat permit kerja di Singapura. Apa yang anda perlu buat pergi ke jabatan Imigresen dengan daftarkan nama anda untuk membuat passport ke Singapura.

Tips Kedua - Duit Modal

Pastikan anda mempunyai duit modal yang cukup sebelum mencari kerja di Singapura. Hal kerana ia amatlah penting disebabkan nilai matawang Singapura jauh lebih besar daripada ringgit Malaysia. Oleh itu, anda memerlukan duit modal yang baik untuk penginapan tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum anda. Sekiranya anda mempunyai rakan yang bekerja di sana, ia mungkin memudahkan anda untuk mendapat tempat tinggal dengan menyewa rumah rakan anda. Sudah tentu ia menjimatkan wang permulaan anda.

Tips Ketiga - Makan Minum

Memandangkan harga makanan dan minuman di Singapura yang agak mahal, bayangkan harga nasi ayam lebih kurang SGD4.00, minuman berkarbonat SGD2.00 dan macam lagi semuanya harga tinggi. Nasihat saya anda boleh cari tempat makanan dan minuman di Johor Bahru yang berdekatan dengan anda. Walaupun makanan minuman di Johor Bahru agak mahal berbanding bandar yang lain di Malaysia tetapi tidaklah semahal 3x ganda dengan harga di Singapura.

Tips Keempat - Tempat Tinggal

Sebagai permulaan anda mencari kerja di Singapura, disyorkan anda menyewa bilik di kawasan yang berdekatan dengan kastam Johor Bahru. Kenapa anda sewa bilik bukannya sewa rumah? Jawapannya sewa bilik jauh lebih rendah berbanding menyewa rumah yang mungkin memakan belanja sewaan lebih kurang sebanyak RM700. Ini kerana kos sewaan rumah di Johor Bahru harganya lebih kurang tinggi seperti di bandar Kuala Lumpur. Bagi anda yang mahu menyewa dan tinggal di Singapura, disarankan batal niat anda untuk penginapan di sana. Kerana kos kadar sewa katil di Singapura paling murah adalah SGD180. Mahalkan...!

Tips Kelima - Pengangkutan

Jika anda mencari kerja di Singapura dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan MRT. Hal ini kerana ia lebih memudahkan anda menuju ke destinasi tempat kerja anda sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Berbanding dengan kereta dan motorsikal yang mungkin memakan masa agak lama disebabkan kesesakan jalan raya.

Sekiranya anda ingin mencari peluang pekerjaan dan ingin tahu bagaimana cara cari kerja di Singapura dengan lebih mudah, disyorkan anda dapatkan Panduan Mencari Kerja & Bekerja di Singapura. Segala persoalan semuanya akan terjawab di dalam ebook panduan itu.

>> Klik Panduan Mencari Kerja & Bekerja di Singapura

Kesimpulannya, apa yang saya boleh katakan mencari kerja di Singapura adalah peluang terbaik anda untuk mengubah kehidupan anda yang lebih baik. Hal ini kerana gaji di Singapura sangatlah tinggi sehingga gaji cleaner mencecah SGD1500. Jadi anda perlu menjadi seorang yang bijak untuk bekerja di Singapura. Semoga informasi ini bermanfaat kepada yang bakal mencari pekerjaan di negara maju itu.

Sumber Asal : kerja-singapore.blogspot
Diolah semula oleh penulis blog lokmanamirul.com

0 comment... add one now