Header Ads

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu | Nantikan Drama Cik Serba Tahu yang akan menggantikan drama Urusan Hati Cik Drama Queen mulai 27 Mac 2017 ini. Drama ini yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli telah dibintangi beberapa pelakon antaranya Remy Ishak, Sari Yanti, Nadia Brian, Dynas Mokhtar, Riana AF dan ramai lagi.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu
Drama Cik Serba Tahu 

Drama Cik Serba Tahu yang diadaptasi dari novel karya Shamnuriezmel akan disiarkan selama 16 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Cik Serba Tahu di Astro Ria :

Senarai Pelakon Drama Cik Serba Tahu 


● Remy Ishak sebagai Carl Adham
● Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
● Nadia Brian sebagai
● Zarul Umbrella sebagai Bunyamin
● Iedil Putra sebagai Benjamin
● Dynas Mokhtar
● Ihya Buang
● Riana AF2016

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu 


Drama ini mengisahkan permulaan di mana Carl Adham melakukan pelbagai usaha untuk memikat hati Aerna Isyqee yang sukar menerima cinta dari Carl walaupun baru sahaja berkenalan. Memandangkan Carl tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab semua benda dia agak selalunya betul dan juga rahsia Encik Benjamin dan Encik Bunyamin. Disebabnya cik serba tahu, ayahnya bimbang jika anaknya lupa sendiri, sebab itulah ayah Aerna nekad untuk mengahwinkan anaknya dengan sesiapa sahaja lelaki gentleman. Adakah mudahnya Aerna menerima pilihan ayahnya?

No comments

Powered by Blogger.