Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang |Minggu lalu, aku dengan rakan-rakan Latihan Industri bersama dengan staf Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim telah mengadakan percutian sambil bekerja selama 3 hari 2 malam di Bayview Beach Resort Penang. Memang kami tak tolak peluang ini untuk turut pergi ke sana bersama staf pekerja. Kami mungkin kurang bernasib baik kerana sesi sebelum ini mereka dibawa ke Langkawi. Lagi la best kan!....

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang
Bayview Beach Resort Penang

Percutian pergi ke Bayview Beach Penang bukan semata-mata untuk bercuti tapi atas dasar kerja yang melibatkan kewangan dan bajet akan datang. Kami bertolak hari Khamis (2 Mac 2017) dengan menaiki kereta JPS. Tapi sebelum bertolak dah research dahulu bagaimana kecantikan hotel Bayview tu di Penang. Bermulalah percutian kami sambil bekerja di Bayview Beach Resort Penang.

Sampai je hotel tersebut nampak dari pandangan luar memang cantik. Memang hotel ada class ni! Hanya beberapa meter saja Bayview Hotel dekat sangat dengan Hardrock Cafe Hotel. Kami pergi check ini terlebih dulu dengan hanya sebut tempahan dari JPS Kulim. Masa tu ramai lah jugak yang beratur termasuklah mat salleh yang turut sama membuat tempahan di hotel tersebut.


Pandangan Hotel Dari Atas 

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort


Selepas itu, kami terus ke bilik yang telah diatur oleh pihak JPS bagi setiap dua orang termasuk yang bawa family. Memang tak sangka keadaan dan suasana bilik tidur nampak cantik dan mewah. Haha...berlagak sekejap macam orang kaya. Dah masuk bilik dan berehat sekejap. Aku dan rakan latihan industri bebas buat aktiviti di sana kerana kami akan terlibat mesyuarat esok harinya.

Bilik Tidur 

Ruang Tamu Bilik

Pandangan Luar Dari Bilik

Masa tu lah kami pergi tengok sekeliling hotel ini yang disediakan dengan pelbagai fasiliti seperti kolam mandi, bar, pool, gim, indoor games (ping pong), dan banyak lagi. Paling mengujakan adalah fasiliti kolam renang yang sesuai untuk semua golongan tidak kiralah budak atau dewasa. Sempatlah jugak kami lihat dekat pantai yang turut disediakan sesi fotografi untuk tangkap gambar bersama kuda.

Keesokan harinya baru aku sibuk dengan mensyuarat tentang kewangan dan bajet JPS. Aku dengan rakan-rakan LI pun turut terlibat untuk melihat pembentangan yang disampaikan oleh staf JPS. Segala perkongsian ilmu ketika itu aku tak sia-siakan catit untuk tulis dalam buku report latihan industri. Time break! Peh makanan kat hotel jangan kata apa memang banyak pilihan untuk dijadikan juadah. Western! Francis! Semuanya ada....(makan puas2!)

Swimming Pool Di Bayview Beach Penang

Pokok Kelapa Di Sekeliling Luaran Hotel

Masa ni kat swimming pool penuh jer Minah Salleh duk berjemur. Biasalah cuaca panas di Malaysia. Tak ketinggalan juga sekeluarga dari Timur Tengah turut ada bermandi manda di kolam mandi itu. Haha...(cuci mata)!!! Kalau korang nak tahu sekeliling di kawasan tu ada pokok-pokok kelapa ala-ala macam Hawaii. Penuh je orang puteh duduk sandar kerusi macam di pantai.

Sambung pula mesyuarat pada waktu malam...mata pun dah mengantuk! Tapi aku dengan rakan LI tak lepas peluang pekena char koey teow di Restoran Pak Mid. Dengan khabarnya restoran ni terkenal di Batu Ferringhi. Ramai jer artis-artis yang singgah di sini. Korang boleh usha sendiri gambar-gambar artir yang ditampal di board. Memang awesome rasa char koey Teow Pak Mid walaupun agak mahal sedikit. Biasalah depan hotel jer....

Keesokan harinya tiba masanya untuk pulang ke Kulim. Bercuti sambil bekerja pun dah selesai! Bagi sayalah memang terbaik Bayview Hotel Penang ni jika korang ingin bercuti sekeluarga di sini. Setakat ni saja aku sempat kongsikan. Rasanya dah panjang lebar aku ceritakan...walaupun banyak lagi aktiviti yang aku rahsiakan...haha...tq bagi yang sudi baca artikel ini.

2 comments.. read them below or add one

Amir Amir March 09, 2017
Amat seronok bercuti di hotel yang berdekatan dengan laut. I selalu rasa lenggan sangat apabila tinggal di hotel seperti ni.
Wani Sukarno Wani Sukarno March 10, 2017
cantik jer tempat macam ni.. biasalah kalau view dekat pantai memang cantik..