5 Kelebihan Bekerja Di Singapura

5 Kelebihan Bekerja Di Singapura. Nak bekerja dengan gaji 3x ganda lebih besar dari Malaysia? Rasanya Singapura adalah destinasi pilihan yang tepat untuk anda cari kerja dan bekerja terutamanya golongan muda baru graduate di IPTA/IPTS. Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia lebih cenderung mencari pekerjaan di Singapura oleh kerana gaji yang lebih tinggi, jenayah yang rendah, jalanraya yang bersih, pengangkutan awam yang mudah dan juga pusat membeli belah yang hebat. Lebih-lebih lagi dengan kejatuhan nilai ringgit, maka tak hairanlah rakyat Malaysia terutamanya orang Johor mula mencari rezeki di Singapura. Nak tahu kenapa anda lebih memilih bekerja di Singapura?

5 Kelebihan Bekerja Di Singapura
Bekerja di Singapura

Saya tunjukkan anda bukti bekerja sebagai cleaner gajinya lebih hebat daripada seorang 'fresh' engineer di Malaysia. Anda bekerja tanpa memerlukan kelulusan hanya menjadi seorang cleaner sudah pun mampu menjana pendapatan sehingga SGD$1500. Cuba anda lihat sendiri tukaran matawang Ringgit Malaysia dengan Singapore Dollar masa kini ialah sekitar 1SGD = RM3.14. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, sekurang-kurangnya anda mampu memperoleh RM4710. Sekiranya bekerja di kilang sahaja dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji sekitar SGD$2000 > RM6000. Ianya sangat lumayan! Sebab itulah orang-orang yang bekerja di Singapura sebaik saja pulang ke Malaysia mampu langsaikan hutang PTPTN, beli kereta tanpa hutang dan banyak lagi.

5 Kelebihan Bekerja Di Singapura
Bukti Tawaran Gaji Bekerja di Singapura

Jika anda pergi ke Johor Bahru, anda boleh lihat sendiri ramai anak-anak muda di awal usia 20-an, sudah pun memandu motosikal berkuasa tinggi Ducati yang berharga sekitar RM80,000. Ianya adalah fenomena biasa. Sebenarnya, terdapat beberapa kelebihan apabila anda bekerja di Singapura selain bergaji 3X ganda lebih besar. Nak tahu? Baca selanjutnya...


5 Kelebihan Bekerja Di Singapura


1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Secara umum, kita ketahui Singapura adalah negara yang maju di dunia.Tambahan pula, dengan ekonomi merea sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. Maka, tak hairanlah 2 tahun lepas gaji anda berjumlah USD$1000 sebulan, pendapatan anda ialah RM2600. Tetapi kini, jika gaji anda masih USD$1000...pendapatan anda dalam Ringgit Malaysia ialah RM3140. Tanpa memerlukan kenaikan gaji dari majikan sekalipun, gaji anda sudah bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat ketika dahulu. Dikatakan gaji yang ditawarkan sangat lumayan sehingga RM15,000 sebulan. Tapi untuk bekerja di Australia, maka anda tetap kena tinggal di Australia. Maka, ia tidak memberi sabarang kelebihan kepada anda. Berbanding pula bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia. Bermakna anda masih boleh jimatkan kos sara hidup dengan gaji yang tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Sebagai contoh anda bekerja memetik buah di Australia. Jika berlaku anda ditipu oleh agen atau majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan. Malangnya, anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia adalah sangat rumit dan sukar kerana kos penerbangan balik sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Berbanding pula jika anda bekerja di Singapura, sekiranya apa-apa berlaku anda tak perlu risau naik bas dengan membayar tambang RM50 sudah boleh untuk pulang ke Malaysia.

4. Permit Kerja

Apabila anda bekerja di Singapura secara sah dengan miliki permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda tidak perlu risau jika ditipu oleh majikan. Kebanyakan majikan di Malaysia tidak membayar permit kerja bagi pekerja asing yang bekerja dengan mereka. Tetapi keadaan sebaliknya di Singapura, di mana majikan yang akan membayar semua permit kerja bagi pekerja asing yang bekerja bersama mereka.

5. Pengangkutan

Tidak semua akan mendapat kelebihan ini. Hanya sesetengah syarikat sahaja yang menawarkan tawaran seperti ini terutamanya kilang. Tetapi yang sebenarnya, waktu perjalanan di dalam negara Singapura tidaklah lama seperti di Malaysia. Ini kerana Singapura bukanlah negara yang besar. Waktu yang diperlukan untuk sampai ke suatu destinasi adalah tidak lama, paling lama adalah satu jam. Manakala paling dekat lebih kurang 5 minit sahaja.

Baca juga: Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura

Itulah antara kelebihan jika anda bekerja di Singapura. Kepada mereka yang berminat bekerja di Singapura, lebih baik anda dapatkan Panduan Mencari Kerja $ Bekerja Di Singapura yang dapat membantu dan memberikan gambaran jelas bagaimana anda mulakan langkah di dalam mencari peluang pekerjaan di Singapura dengan lebih yakin dan mudah. Di dalam ebook ini, telah jelaskan dan memberikan panduan yang lengkap dari A ke Z.

5 Kelebihan Bekerja Di Singapura

Apa kata klik sekarang untuk tempahan di sini. Usah berlengah, lagi jika anda memang berminat untuk mencari kerja dan bekerja di Singapura. Semoga anda berjaya mendapat kerja dengan adanya panduan yang lengkap sebegini.

5 comments.. read them below or add one

zik zik March 14, 2017
gaji memang tinggi kalau dah convert ke malaysia, tapi masalahnya ada beberapa jerla... sanggup atau tak sanggup beratur panjang motor/kereta (biasa motor) dari jam 5 pagi sebab nak check kastam tuh,.. tapi ramai yang sanggup... buktinya memang ramai sangat pagi2 tuh...
hainom OKje hainom OKje March 15, 2017
Senang ke nak bekerja kat sana LA? Banyak ke peluang pekerjaan yg ditawarkan? Mungkin kita akan diperah tenaga habis habisan ke? Tengok gaji mmg best tu. Sapa tak mahu kan.
dedauncomel.com dedauncomel.com March 15, 2017
Memang best kerja kat Singapura. Dibayar dollar. Tukar dengan duit Malaysia, lumayan beb.

Gaji kat Singapura besar.. balik malaysia jadi orang kaya.. hehe
Uncle Zuan Uncle Zuan March 15, 2017
ramai yang duduk di johor dah mula bekerja di singapura. ternyata negara jiran kita yang kecil itu ada kelebihannya yang tersendiri
sabree hussin sabree hussin March 24, 2017
jauh la pulak dengan Key El. Sapa duk JB bolehlah try kerja kat Singapore