Header Ads

Tarikh Keputusan SPM 2016 Diumumkan 16 Mac 2017

Tarikh Keputusan SPM 2016 Diumumkan 16 Mac 2017 |Untuk pengetahuan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM telah ditetapkan pada 16 Mac 2017 ini. Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi satu kenyataan media bertarikh 14 Februari 2017.

Tarikh Keputusan SPM 2016 Diumumkan 16 Mac 2017

Tarikh Keputusan SPM 2016 Diumumkan 16 Mac 2017


Berikut adalah dikongsikan tarikh keputusan SPM yang telah diumumkan secara rasmi pada 16 Mac 2017 oleh KPM :


Bagi calon yang ingin membuat semakan keputusan SPM 2016, terdapat 3 cara iaitu online, sms dan di sekolah. Sistem semakan secara online hanya diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan pada 16 Mac ini menerusi https://sppat.moe.gov.my.

Jika membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) iaitu dengan : taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran ke 15888.


Untuk mendapatkan slip keputusan penuh, calon perlu dapatkan sijil SPM di sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi manakala calon persendirian, keputusan anda akan dihantar melalui Pos.

Baca juga: Panduan Gred Markah Peperiksaan SPM Terkini

Diucapkan tahniah kepada calon SPM 2016 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Semoga info ini memberi pengetahuan kepada anda. Setelah anda mendapat keputusan, kemaskini terus ke portal UPU anda untuk lanjutan pelajaran ke universiti.

No comments

Powered by Blogger.