Header Ads

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5 |Anda tahu apa sinopsis novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip? Untuk pengetahuan, novel Songket Berbenang Emas adalah novel komsas baharu tingkatan 5 bagi negeri zon Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang digunapakai mulai tahun 2016.


Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5


Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5


Di bawah dikongsikan sinopsis keseluruhan novel Songket Berbenang Emas termasuk sinopsis setiap bab serta tema dan persoalan :


Sinopsis Keseluruhan Novel Songket Berbenang Emas


Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya. Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu. Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa hari. Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya. Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di bawah rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan keluar dari hospital.  Azhari telah menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan jayanya dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh daripada penyakitnya.


Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Bab Demi Bab


Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam.Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap. 

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2 : Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan sahaja.Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia 
tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya 
“tak betul”. 

Sewaktu sampai di rumahnya,Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis 
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam 
manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. 

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ 
kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah 
itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Untuk dapatkan kesemua bab demi bab novel Songket Benang Emas, sila buka link di bawah ini ;

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas (Bab Ikut Bab)


Tema Novel Songket Berbenang Emas


Ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran.  Dahlia sebagai anak sulung dalam keluarganya terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu ayahnya menguruskan rumahtangga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman Bahagia.  Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang dan Anggerik.  Satu persatu masalah yang menimpa Dahlia.  Dia difitnah oleh jirannya, Aton.  Anggerik mengalami demam yang berpanjangan.  Ayahnya dipatuk ular tedung dan terpaksa dirawat beberapa hari di hospital.  Namun, dalam menjalankan tanggungjawabnya, Dahlia tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam STPM.  


Persoalan Novel Songket Berbenang Emas


1. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah 
- Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu 
meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya. 

2. Persoalan kasih sayang antara keluarga 
- Embong amat menyayangi isterinya, saleha dan anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menyara keluarganya. Beliau tetap menyayangi isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental. 
- Dahlia amat menyayangi emaknya. Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk 
menziarahi emaknya yang dirawat di Hospital Permai.
- Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana mahu menguruskan keperluan adik-adiknya. 
- Mawar sangat menyayangi keluarganya. Dia sanggup berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya. 

3. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan 
- Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, 
beliau marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun Embong sendiri tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah isterinya dirawat di hospital. 
- Embong mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah untuk 
memastikan anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran. 

4. Persoalan keinginan untuk membaiki taraf hidup (m/s 31 – Dahlia ingin membaiki diri sendiri dan keluarga ) 
- Dahlia mahu membaiki diri dan keluarganya oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari ingin melamarnya.

Jika anda mahu dapatkan keseluruhan bahan seperti watak & perwatakan, latar masyarakat, binaan plot, nilai dan lain-lain lagi. Boleh dapatkan dengan buka link di atas. Semoga artikel ini dapat membantu pelajar mendapatkan informasi mengenai novel Songket Berbenang Emas dengan cepat dan mudah.

Lihat juga :



SUMBER : Pn. Hasanah bt Shahidan
Jurulatih Kebangsaan SMK Convent, Taiping Dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak

No comments

Powered by Blogger.