Header Ads

Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 : Sinopsis, Tema dan Persoalan

Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 : Sinopsis, Tema dan Persoalan |Anda pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah? Tahu tak sinopsis Komsas tingkatan 5 Novel Tirani? Jika tak ok saya kongsikan sinopsis keseluruhan Novel Tirani karya Beb Sabariah.


Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 : Sinopsis, Tema dan Persoalan

Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 merupakan novel komsas di negeri zon 2 iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan. Novel ini mula diguna pakai dalam silibus pengajian untuk pelajar Tingkatan 5 mulai tahun 2016 hingga tahun 2020.


Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 : Sinopsis, Tema dan Persoalan


Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 : Sinopsis, Tema dan Persoalan


Sinopsis Keseluruhan Novel Tirani



Berikut dikongsikan adalah sinopsis, tema dan persoalan Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 :

TIRANI mengisahkan tentang  seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.  Akhirnya Waheeda  bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.


Sinopsis Setiap Bab Novel Tirani

















TEMA NOVEL TIRANI


Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.


PERSOALAN NOVEL TIRANI


1. Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita.

"Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk"

2. Persahabatan antara dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa

Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak"

3. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

"Hmm, bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak sebenarnya berada di bangku di luar bilik ini.”kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil kesetiaan ibunya. “Berapa lama?”  Kira-kira 12 jam.

Diharapkan semoga informasi ini memberi manfaat kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 dan akan datang.

Sumber : FB Puan Noor Fatihah

No comments

Powered by Blogger.