Header Ads

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop | Korang ada pengalaman membeli belah di Cj Wow Shop? Pernah tahu apa itu CJ Wow Shop? Mestinya anda pernah lihat CJ Wow Shop yang mendemonstrasi barang atau produk di saluran Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Tonton.my. Untuk pengetahuan anda, CJ WOW SHOP adalah tempat menyediakan kemudahan membeli belah dengan menawarkan pelbagai produk seperti kelengkapan rumah, kecantikan, digital dan fesyen.

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

Dengan konsep shoppertainment dari hos rancangan CJ WOW SHOP telah memudahkan pengguna untuk membuat pembelian di mana mereka menjelaskan keberkesanan produk agar pengguna tahu apa yang akan beli dan kualiti sebenar barangan itu.

Bagaimana anda untuk membuat pembelian barang di CJ Wow Shop?

Cara Beli Barang di CJ Wow Shop


1. Anda perlu layari ke laman web www.cjwowshop.com.my dan daftar akaun terlebih dahulu. Anda diberi pilihan sama ada nak sign up melalui media sosial seperti Facebook dan Google+ atau pun email.

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

2. Selepas sudah daftar, anda login semula ke akaun itu. Anda boleh terus membuat pilihan barang yang anda ingin membeli di Wow Shop. Kemudian klik 'Buy'.

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

3. Di bahagian ini, anda boleh semak harga barang dan berapa unit yang diperlukan. Selepas itu, klik 'Checkout'.

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

4. Anda pastikan nama dan alamat pada billing information diiisi dengan betul.

Cara Beli Barang Di CJ Wow Shop

5. Anda diberi pilihan untuk shipping method dan payment method. Saya syorkan guna Cash of Delivery (COD) untuk transaksi pembayaran. Sekiranya anda pilih online banking, pilih bank anda dan terus buat pembayaran.

[+] Baca juga : Beli Gajet Murah di Gearbest.com

Rasanya sangat mudah kan untuk membuat pembelian barang di CJ Wow Shop. Dengan menggunakan aplikasi pun anda sudah boleh membuat pesanan. Apa yang menariknya jika anda menggunakan COD adalah dalam masa 2 atau 3 hari barang yang dibeli akan sampai ke rumah anda melalui Gdex. BAYAR SELEPAS BARANG SAMPAI!

Diingatkan juga setiap pembelian barang di CJ WOW SHOP anda akan diberi mata point untuk anda tebus untuk pembelian yang lain. Dengan menggunakan mata ganjaran itu akan menjimatkan wang anda barang seterusnya. Memang menarik kan!

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau membuat pembelian, layari ke laman web www.cjwowshop.com.my atau dail 1800-18-0808 untuk membuat pesanan. Anda juga boleh membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP di telefon pintar anda.

Semoga dengan adanya informasi ini memudahkan anda membeli barang di CJ Wow Shop. Kongsikan kepada rakan-rakan anda.

6 comments:

  1. Tak pernah lagi membeli dekat Cj ni.

    Nak tgok2 jap mana tau ada barang baik.

    Hihi.

    ReplyDelete
  2. Produknya memang laris macam pisang goreng panas!

    ReplyDelete
  3. Pjbat pos penuh dgn barang2 cj wow shop jer..

    ReplyDelete
  4. tak pernah terfikir nak beli dari diorang.

    kekadang rasa murah, kekadang rasa mahal.

    last,last..lazada jugak aku carik.

    haha

    ReplyDelete
  5. nak tanye...if kite beli gune COD...barang sampai..then kite terus bayar lah ea???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kalau COD barang sampai alamat tuan barulah bayar.

      Delete

Powered by Blogger.