Header Ads

5 Negara Tentera Terkuat Di Dunia 2017

5 Negara Tentera Terkuat Di Dunia 2017 |Korang tahu negara mana memiliki ketenteraan terkuat di dunia tahun 2017? Adakah Amerika Syarikat? Russia? China? Atau Korea Utara? Saban tahun, kita akan dengar kerajaan yang memerintah sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk memperkuatkan benteng pertahanan negara mereka termasuklah negara kita yang sedang merancang untuk membeli jet temput Rafale dari buatan Perancis.

5 Negara Tentera Terkuat Di Dunia 2017

Tidak dinafikan, Amerika Syarikat masih dominan untuk menerajui sebagai negara yang terkuat dalam ketenteraan di dunia masa ini dek kerana kemajuan teknologi mereka yang sangat canggih dan moden. Berikut saya kongsikan negara-negara seluruh dunia, lima negara yang disifatkan memiliki pertahanan ketenteraan paling kuat di dunia.

5 Negara Tentera Terkuat Di Dunia Tahun 2017


1. Amerika Syarikat

Bajet : USD$601 billion
Askar : 1.4 juta
Kereta Kebal : 8,848
Jumlah Pesawat : 13,892
Kapal Selam : 72

Amerika Syarikat masih mendominasi kedudukan teratas negara paling kuat dari segi ketenteraan. Setiap tahun, negara yang digelar Uncle Sam ini akan membelanjakan sebanyak usd$601 billion setiap tahun. Amerika Syarikat juga memiliki lebih kurang 8,848 kereta kebal, 13,892 buah pesawat dan 72 buah kapal selam termasuklah jumlah tentera yang aktif seramai 1.4 juta orang.

2. Russia

Bajet : USD$84.5 billion
Askar : 766,055
Kereta Kebal : 15,398
Jumlah Pesawat : 3,429
Kapal Selam : 55

Rusia sudah kita ketahui masa dulu semasa zaman Soviet Union mereka dianggap gergasi dalam dunia ketenteraan. Tetapi di bawah Vladimir Putin, mereka masih membelanja dana yang besar berjumlah usd$84.5 billion untuk ketenteraan dengan memiliki 766,055 tentera yang aktif, 15,398 kereta kebal, 3,429 buah pesawat dan 55 kapal selam.

3. China

Askar : 2.3 juta
Kereta Kebal : 9,150
Jumlah Pesawat : 2,860
Kapal Selam : 67

China tersenarai berada tiga kelompok teratas sebagai negara terkuat ketenteraan di dunia. Seperti kita tahu, ekonomi negara China kian bertambah maju seiring dengan kekuatan ketenteraannya yang memiliki 2.3 juta tentera yang masih aktif. Selain, memiliki kapal selam kedua paling banyak di belakang Amerika Syarikat.

4. Jepun

Bajet : USD$41.6 billion
Askar : 247, 173
Kereta Kebal : 678
Jumlah Pesawat : 1,613
Kapal Selam : 16

Jepun gah berada di tangga keempat antara negara-negara berkuasa dari segi ketenteraan di dunia walaupun hanya negara kepulauan. Jepun kita sudah ketahui memiliki teknologi yang sangat hebat setanding dengan aset ketenteraanya yang hebat.

5. India

Bajet : USD$50 billion
Askar : 1.32 juta
Kereta Kebal : 6,464
Jumlah Pesawat : 1,905
Kapal Selam : 15

India menggungguli tangga kelima sebagai negara-negara berkuasa ketenteraan di dunia masa kini. India memiliki anggota tentera aktif seramai 1.32 juta dengan jumlah pesawat 1905, 6,464 buah kereta kebal dan 15 buah kapal selam.

Sumber kredit : Brainberries

1 comment:

Powered by Blogger.