Resepi Mee Goreng Basah Sedap!

Pernah cuba buat resepi mee goreng basah? Mee goreng basah memang sedap dimakan lagi-lagi waktu sarapan pagi atau pun malam. Di sini saya akan kongsikan resepi mee goreng basah mana nak tau korang boleh cuba buat. Meh cuba resepi di bawah ini.

Resepi mee goreng basah

Resepi Mee Goreng Basah


Bahan-bahan Mee Goreng Basah :


● Mee kuning 1 bungkus dibilas dan tos
● Sotong 10 ekor dibersihkan (mengikut kesesuaian anda)
● Fish ball 1 paket dipotong dan tos
● Sayur sawi
● Tomato 1 biji
● Cili kisar 4 sudu besar
● Sos tiram 1 sudu besar
● Sos cili 5 sudu besar
● Sos ikan 1 sudu besar
● Kicap pekat 1 sudu besar
● Kicap manis 5 sudu besar
● Minyak masak 2 sudu besar
● Cili api 10 biji ditumbuk
● Bawang putih 3 ulas ditumbuk

Cara Memasak Mee Goreng Basah :


1. Panaskan kuali dahulu. Masukkan minyak 2 sudu besar.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk sehingga garing.

3. Selepas itu, masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan masukkan juga fishball dan sotong dengan air putih 1 cawan kecil.

4. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur sawi dan tomato dengan kacau sebati.

5. Dah siap! Tak yah masukkan garam dah ada kicap.

Mudahkan? Boleh lah korang cuba nanti! Share resepi me goreng basah ini kepada rakan anda di Facebook.

Kredit Resepi Sedap

2 comments.. read them below or add one

Lea Azleeya Lea Azleeya February 14, 2017
Buat sendiri ke tu?? Sedap gile tgk gambar.. hadoii..
PeRdU cINta PeRdU cINta February 14, 2017
Mee goreng basah memang sedap :)