Keputusan Penuh JDT vs Kedah 20.1.2017 Piala Sumbangsih

Live Streaming Keputusan JDT vs Kedah 20.1.2017 Piala Sumbangsih. Siapakah bakal merebut Piala Sumbangsih 2017 antara JDT dengan Kedah? Saksikan pembukaan pertama Liga Super Malaysia 2017, di mana Johor Darul Ta'zim akan menentang Kedah dalam Piala Sumbangsih 2017 atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah. Perlawanan kedua-dua ini merupakan aksi pertama dalam Liga Super Malaysia 2017 yang turut membabitkan tiga mata.


Live Streaming JDT vs Kedah 20.1.2017 Piala Sumbangsih

Perlawanan ini mesti akan menarik di mana kedua-dua pasukan mempunyai kejuaraan masing-masing musim 2016. Di mana, Johor DT adalah juara Liga Super 2016 manakalan skuad Helang Merah juara Piala Malaysia 2016. Pasti anda peminat bolasepak tempatan ternanti-nanti siaran langsung antara JDT menentang Kedah di Stadium Larkin, Johor.


Live Streaming JDT vs Kedah 20.1.2017 Piala Sumbangsih


Untuk rekod, JDT adalah juara bertahan Piala Sumbangsih selama dua tahun berturut-turut. Mampukah pasukan Kedah merebut kejuaraan piala daripada pasukan Harimau Selatan? Perlawanan yang wajib anda saksikan pada jam 8.30 malam 20 Januari 2016 hari Jumaat ini.


Keputusan Penuh JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017



JDT 1 vs 1 KEDAH
(Penentuan Penalti Kedah menang 5-4)

Anda boleh tonton secara live di TV3 dan www.tonton.my.

* Keputusan akan dikemaskini sejurus perlawanan tamat.

Jangan lupa saksikan pertembungan di antara Johor Darul Tazim menentang Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2017 malam ini. Selamat menonton!

1 comment... add one now

Jie Susanos Jie Susanos January 20, 2017
Nanti bleh la tgk live..