Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Adakah bayi anda terkena penyakit kulit ekzema? Apakah dikatakan penyakit kulit ekzema? Sudah baca artikel saya sebelum ini tentang penawar masalah asma. Jika belum boleh baca dahulu! Sebelum saya ingin terangkan lebih lanjut bedak asmak penawar masalah kulit ekzema pada bayi? Bagi saya jelaskan dahulu apa ekzema yang sering dialami oleh bayi.


Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi


Apa penyakit kulit ekzema?


Ekzema merupakan masalah penyakit kulit yang kebiasaannya dialami pada bayi, namun begitu golongan dewasa juga tidak terkecuali. Biasanya penyakit ekzema akan berlaku di kalangan bayi yang berusia antara 2 hingga 6 bulan. Apa yang membuatkan golongan ibu rasa keresahan adalah kerana penyakit ekzema akan menyebabkan kemerah-merahan dan kegatalan pada kulit bayi. Jika digaru akan mengakibatkan lapisan kulit semakin nipis dan mula meruam.

Kalau ibu bapa nak tahu ekzema sebenarnya agak berbeza dengan penyakit kulit lain. Ia bukanlah penyakit berjangkit tapi ia pengundang masalah kulit sehingga menjadi kudis. Saya kongsi sedikit tips kenalpasti penyakit ekzema tu.
● Bengkak, gatal dan timbul ruam merah pada kulit
● Ekzema pada kanak-kanak biasanya muncul di sekitar siku dan belakang lutut


Adakah anda mencari rawatan atau penawar untuk penyakit ekzema? Bagaimana cara merawat ekzema dan spiriosis?


Kebiasaannya, kalau anda pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor selalunya akan memberi kepada anda krim steroid. Anda tahu kenapa ibu bapa patut elakkan penggunaan krim steroid kerana penggunaan steroid secara berlebihan akan memberi kesan sampingan. Oleh sebab itu, penggunaan krim steroid ini tidak sesuai disapu untuk bayi yang alami penyakit kulit ekzema.

Pasti membuatkan ibu bapa rasa kebingungan? Jangan risau masa kini di pasaran telah ada satu produk yang dikenali sebagai Bedak Asmak keluaran anak tempatan yang dapat membantu dan merawat penyakit kulit ekzema pada bayi. Ia sangatlah sesuai dan terjamin untuk digunakan pada bayi anda. Nak tahu apa itu Bedak Asmak?


Pengenalan Bedak Asmak


Bedak Asmak adalah salah satu produk keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd yang mendapat sambutan hangat selain minyak herba asmak mujarab. Bedak Asmak ini didatangkan dengan 2 versi berat iaitu 150gram berharga RM38 sebotol manakala 50gram hanya RM24 sebotol.



Bedak Asmak diperbuat dari apa?


Apa istimewa tentang Bedak Asmak adalah ia diperbuat daripada tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan terjamin tanpa campuran bahan kimia. Malah, Bedak Asmak juga sesuai untuk semua peringkat umur tidak kiralah kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang alami masalah kulit.

Bedak Asmak sangat sesuai untuk merawat penyakit kulit ekzema pada bayi. Tambahan lagi, Bedak Asmak juga bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit anda.


Apakah kegunaannya?


Bedak Asmak mempunyai kegunaan tersendiri selain merawat ruam, berikut kegunaan lain berkaitan dengan penyakit kulit;
● Ekzema
● Kudis buta
● Psoriasis
● Gatal-gatal kulit
● Demam campak
● Kayap
● Panau
● Jerawat
● Jeragat


Bagaimana cara menggunakannya?


1. Pakai Bedak Asmak bahagian masalah sahaja.
2. Sapukan pada waktu pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur.
3. Selepas beberapa jam, sekiranya bedak kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersih dengan air, lapkan dan keringkan kemudian sapu lagi.
4. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air yang bertapis sahaja atau air zam-zam. Pastikan tidak terkena air klorin.


Apa kelebihan Bedak Asmak ini?


√ Diperbuat daripada bahan semulajadi 100% dan tanah liat yang berkualiti tinggi telah digunakan sejak berzaman-zaman lagi dan terbukti salah satu cara Nabi SAW mengubati penyakit kulit yang terdapat dalam Hadith Sohih.
√ Mampu merawat ruam pada bayi, penyakit kulit seperti ekzema, psiriosis, kayap, kurap dan lain-lain.
√ Mampu juga merawat masalah di muka seperti mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit apabila kerap digunakan. Boleh dijadikan bedak sejuk atau masker.
√ Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA yang dapat mengelakkan kedutan dan mampu merawat masalah kulit.
√ Bedak ini telah terbukti mampu merawat penyakit kulit ekzema, ruam, psiriosis, kurap, panau dan lain-lain lagi hasil daripada testimoni.
√ Boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout kerana selamat dan suci.


Testimoni Bedak Asmak Dari Pengguna





Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi


Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Anda dah lihat testimoni produk ini daripada pengguna? Hebatkan! Anda setuju katakan ekzema adalah salah satu musuh ketat golongan ibu? Jika ya pastikan dapat produk Bedak Asmak ini di pasaran sekarang! 


Bagaimana cara mendapatkan Bedak Asmak?


Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page : 

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Kesimpulannya, apa yang saya boleh katakan Bedak asmak keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd terjamin dan sesuai untuk semua lapisan umur dan telah dibuktikan keberkesanannya untuk merawat penyakit kulit ekzema pada bayi. Saya kongsikan satu video khas tentang kisah Bedak Asmak (bedak yang boleh dimakan?) untuk pengakhiran artikel ini.

4 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta January 20, 2017
Boleh suggest pada kawan kak PC ni...
Jie Susanos Jie Susanos February 02, 2017
Emm..boleh tahan artikel bedak asmak ni..

Leh la jadi penawar penyakit kulit ekzema..
Elih Japahar Elih Japahar February 20, 2017
Info yg bmanfaat. Setiap penyakut ada penawarnya.