Header Ads

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee | Pernah anda tahu bagaimana jana pendapatan secara online hanya buat kerja dari rumah? Bagi pendapat saya, masih ramai yang tidak tahu boleh buat kerja dari rumah dengan mudah tanpa menggunakan kudrat anda. Sebelum saya nak huraikan lebih lanjut apakah kerja yang boleh dibuat dari rumah?

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Terlebih dahulu saya ingin bertanya, adakah anda mempunyai kemahiran dan kreativiti dari segi servis online?

Anda berminat dengan bisnes?

Mahu buat kerja dari rumah dengan iLancee?


Jika ya, saya rasakan anda layak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artikel ini. Pernah anda tahu laman web iLancee? Saya pasti ramai yang belum tahu lagi akan nama iLancee, ini kerana ada beberapa laman web yang turut menawarkan kerja dari rumah contohnya seperti Jobdirumah dan Fiverr. Tapi, artikel ini saya akan ulaskan lebih mendalam tentang iLancee.

Untuk pengetahuan anda, iLancee adalah satu laman web konsep yang sama seakan Fiverr.com di luar negara yang menawarkan jual beli servis online bagi yang ingin mulakan kerjaya dengan bisnes tanpa dikenakan kos. Kemahiran yang saya maksud adalah pandai writing, bina laman web, reka grafik, pemasaran, servis SEO dan sebagainya. Untuk mudah anda fahami, baca selanjutnya tentang servis iLancee.

Baca juga: Panduan Buat Duit USD Dengan Fiverr

Apa itu iLancee.com?


iLancee merupakan laman web jual beli servis online yang dikendalikan oleh Serius Media Network. ILancee mula dilancarkan pada Mei 2014 dan tujuan utama penubuhan servis online ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dari Brunei, Singapura, Indonesia dan khususnya Malaysia yang mempunyai kemahiran dalam memulakan bisnes tanpa memerlukan modal dan kos besar.

Lagi best daftar iLancee adalah PERCUMA!

Sebagai contoh, jika anda seorang penulis, anda boleh menjana pendapatan melalui iLancee dengan menawarkan servis penulisan. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam bidang bina website, anda boleh tawarkan servis website dan sebagainya. Ini semua bergantung pada bakat dan kebolehan anda sendiri untuk buat duit di iLancee.

Apa Kelebihan iLancee?


Apa kelebihan yang ada pada iLancee adalah anda 'Seller' tidak perlu bersusah payah lakukan promosi menggunakan servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Tetapi bukanlah bermakna anda tidak perlu membuat promosi, jika nak income lebih rajinlah promosi servis anda di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Apa yang istimewanya iLancee adalah kepada buyer, jangan risau jika ada masalah penipuan daripada seller kerana iLancee menjaga kebajikan anda (buyer) sekiranya seller membuat masalah semasa anda tempah servis dengannya.

Selain itu, konsep yang digunakan iLancee adalah Pay » Hold » Release, di mana ia akan memudahkan pengguna berbelanja beli servis di sini dengan selamat. Inilah kelebihan yang hanya ada pada iLancee.

Apa Fungsi ilancee kepada pengguna?


Untuk pengetahuan anda, iLancee memiliki dua fungsi iaitu fungsi sebagai buyer dan seller.

Sebagai buyer, anda diberi pilihan untuk membeli apa-apa saja servis yang dimiliki iLancee dengan selamat. Hal ini kerana segala pembayaran akan terima direct kepada iLancee dahulu sebelum diserahkan kepada Seller.

Manakala, sebagai Seller hanya perlu siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer. Dengan itu, barulah admin iLancee lepaskan pembayaran kepada Seller. Mudahkan sistem ini? Kalau dilihat situasi ini sangat win to win antara buyer dan seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis yang terhasil akan diberikan kepada admin iLancee sebanyak 20% daripada jumlah harga. Saya bagi contoh, harga jumlah servis adalah RM100, maka seller akan dapat RM80 manakala RM20 diberikan kepada admin iLancee.


Cara menggunakan iLancee?


Bagaimana untuk menjual?

Langkah 1 : Bina servis baru yang ada ingin tawarkan

Langkah 2 : Kongsikan servis anda di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Telegram

Langkah 3 : Anda akan diberitahu jika ada seseorang telah menempah servis anda

Langkah 4 : Selepas anda siapkan kerja, admin iLancee akan lepaskan duit kepada seller sebanyak 80%. Di mana pihak iLancee hanya ambil komisen 20%.

Langkah 5 : Keluarkan melalui akaun bank anda

Langkah 6 : Enjoy duit anda

Bagaimana Nak Membeli?

Langkah 1 : Cari servis yang anda minat dan suka

Langkah 2 : Diberi pilihan sama ada bayar guna FPX / Kad Kredit / Online Banking

Langkah 3 : Lihat progress kerja seller

Langkah 4 : Terima tempahan siap anda

Langkah 5 : Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap

Langkah 6 : Berikan rating kepada kerja seller sama ada baik atau tidak

Bagaimana cara kerja dari rumah dengan iLancee?


Langkah pertama perlu anda buat, daftar sebagai ahli terlebih dahulu di iLancee.com. Sebenarnya anda boleh menjana pendapatan secara sambilan hanya dengan menawarkan produk atau servis yang dipanggil gigs, di mana ahli yang memerlukan gigs berurusan secara direct dengan ahli yang menawarkan servis tersebut.

Apa yang menariknya adalah pihak iLancee tidak bercampur dalam urusan servis anda kerana ia hanya menyediakan platform servis jual beli dan mengambil sedikit komisyen dalam setiap urusniaga yang terhasil daripada Seller.

Di sini saya akan kongsikan servis-servis yang disediakan oleh iLancee :
1. Website dan Programming
2. Rekabentuk grafik
3. Servis SEO
4. Jual Software
5. Design cover ebook
6. Bina blog Blogspot
7. Bina blog Wordpress
8. Design logo
9. Design header blog
10. Lain-lain lagi

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Menarik kan? Buat kerja dari rumah dengan iLancee.

Jika anda berminat dan mempunyai bakat dalam kemahiran, saya syorkan anda jangan lepaskan peluang untuk menggunakan servis ini. Anda hanya perlu berdaftar secara percuma untuk menjadi ahli dan boleh menggunakan servis tersebut untuk menjana pendapatan anda.

JOM JOIN CONTEST SEKARANG!

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative StudioSemanis KurmaBina Blog SendiriBest AutoresponderPanduan Bisnes EbookBuat Duit BlogBest HostingAffiliate MalaysiaPoslaju TrackingInfobiz FB AdsBinMuhammadSeri Nian Blogger.

5 comments:

  1. EMMM CANTIK ULASAN ENTRYNYA..SMOGA BERTUAH LOKMAN..

    JIE PUN JOIN GAK CONTEST KERJA DARI RUMAH DENGAN ILANCEE NI..

    ReplyDelete
  2. Wah padat dan menarik .. good luck lokman..

    ReplyDelete
  3. Harap dpt menang sebarang kategori, kan? Entry simple tapi menarik.

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya ye. Saya pun baru je hantar entry.. :)

    ReplyDelete
  5. ilancee mmg best bos. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/kerja-dari-rumah-dengan-ilancee.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.