Header Ads

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik? Kehabisan ruang data pada komputer riba? Dan anda perlu tempat menyimpan foto, muzik dan fail lain? Pasti anda mencari untuk membuat back up data anda. Masa sekarang terdapat pelbagai tempat penyimpanan yang boleh didapati dengan pelbagai bentuk seperti USB Flash Drive, CD, Hard Disk dan lain lagi. Tapi, artikel ini saya hanya fokuskan kepada External Hard Disk. Apakah ciri Hard Disk terbaik untuk dibeli?

Bagi seorang jurugambar profesional atau juruvideo dan kaki travel mungkin perlu sesuatu kapasiti yang besar untuk membuat penyimpanan data gambar dan video pada komputer riba. Jika terlalu banyak data di dalam komputer, sudah pasti membuatkan komputer anda jadi semakin perlahan. Jadi apa yang kita perlu perhatikan sebelum membeli sebuah Hard Disk yang terbaik?

Bagi saya yang sedang mencari Hard Disk terbaik memandangkan kapasiti hard disk laptop yang semakin penuh. Saya terlihat satu model ni iaitu ADATA HD720 USB3.0 yang nampaknya bersesuaian dengan citarasa saya. So, saya rasa Hard Disk Model ADATA mempunyai ciri-ciri yang cukup sempurna untuk dimiliki.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Bagi anda yang masih keliru untuk membeli Hard Disk, inilah tips atau ciri Hard Disk terbaik dari model ADATA yang saya kongsikan.

1. Kapasiti Hard Disk Yang Besar

Perkara utama yang perlu anda perhatikan adalah ruang simpanan atau kapasiti Hard Disk yang diperlukan. Bagi kaki gamer dan blogger seperti saya dan juga kepada penggemar fotografi sudah pasti anda ingin membeli Hard Disk yang mempunyai kapasiti besar supaya dapat menyimpan data dalam resolusi tinggi supaya senang edit untuk print saiz besar bagi fotografi. Saya sarankan jika anda mahu menyimpan data bukan hanya foto selfie sahaja, anda boleh pilih external Hard Disk dengan storan kapasiti 2 Terrabyte (2TB).

2. Kepantasan Proses Pemindahan Data

Masa adalah segala-galanya. Jika anda mahu membuat pemilihan Hard Disk yang terbaik, anda perlu perhatikan kepantasan proses pemindahan data dari komputer ke Hard Disk atau sebaliknya. Bagi anda yang mahu memiliki Hard Disk yang mempunyai proses pemindahan data yang laju, saya syorkan Hard Disk ADATA HD720, di mana kadar pemindahan data maksimum 5 gigabits per saat dan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda mahu kelajuan yang lebih baik, anda boleh external Hard Disk yang menyokong USB3.1 Type-C yang boleh membuat pemindahan data dengan kelajuan 10 gigabits per saat dengan harga yang sangat mahal. Bukan semuanya laptop menyokong Type-C, so pilihan terbaik adalah Hard Disk ADATA HD720.

3. Casing Kalis Air (Waterproof) dan Kalis Habuk (Dustproof)

Casing pada Hard Disk salah satu perkara penting yang perlu anda perhatikan. Di mana, masa kini terdapat pelbagai model External Hard Disk yang mengeluarkan casing yang kalis air dan tahan debu. Sudah pasti anda akan memilih casing Hard Disk yang mempunyai daya tahan daripada terkena air dan debu.

4. Ciri Keselamatan (G- Shock Protection Sensor Light)

Kini anda tak perlu risau lagi tentang keselamatan Hard Disk, di mana ADATA HD720 telah menawarkan satu teknologi sensor G- Shock yang dapat membantu dan melindungi data anda. Sekiranya berlaku satu kejutan secara automatik operasi pada pemacu berhenti untuk melindungi data corruption berpandukan cahaya pada kod warna di Hard Disk tersebut.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

5. USB Cable

Pemilihan USB Cable pada Hard Disk yang tersusun kemas, sudah pasti ia menjadi pilihan utama para pembeli. Di mana, ia dapat melindungi kabel USB daripada rosak dan mudah dikendalikan. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak sudah pasti anda akan memilih USB Cable yang tersusun.

6. Syarikat dan Jenama Pengeluar

Ciri hard disk terbaik yang ke-6 ini adalah bergantung kepada syarikat dan jenama pengeluar Hard Disk. Jika anda lihat ciri ini bukannya penentu kualiti sesuatu Hard Disk. Namun, jika anda memilih Hard Disk yang dikeluarkan daripada syarikat yang mempunyai rekod yang baik dan dapat perhargaan, sudah tentu ia memberi keyakinan pada para pembeli.

Saya sarankan anda membeli Hard Disk daripada pengeluar Samsung, ADATA dan Western Digital. Kenapa saya syorkan pengeluar di atas adalah kerana mereka mempunyai reputasi yang tinggi dan sudah berkecimpung lama dalam pasaran di dunia.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?
Contoh ADATA Hard Disk dapat BC Award

7. Tempoh Jaminan Warranty

Menjadi satu kebiasaan di mana jika anda mahu membeli barangan elektronik sudah pasti warranty perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi teknologi gajet. Jika anda mahu barangan yang original khususnya Hard Disk, saya syorkan jaminan warranty adalah panjang di antara 2 atau 3 tahun.

Apa yang telah anda bayangkan model Hard Disk terbaik? Jika anda telah membaca artikel sehingga ini, apa yang saya telah menulis adalah model Hard Disk dari ADATA HD720 keluaran terbaru yang mempunyai spesifikasi yang cukup baik buat masa kini.

Kesimpulannya, apa yang saya boleh simpulkan adalah masa kini terdapat pelbagai jenis Hard Disk yang berada di pasaran, apa yang membezakannya adalah kapasiti, kualiti dan harga. Sekiranya anda sudah lihat dan fahami ciri-ciri yang senaraikan, belum pasti ia memberi jaminan kepada anda sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing.

Sekiranya anda gemar melakukan aktiviti lasak, saya syorkan Hard Disk ADATA HD720 adalah pilihan terbaik untuk anda miliki, kerana ia mempunyai ketahanan yang kuat, lasak dan kalis air. Sudah pasti ia memberi jaminan yang tinggi kepada anda.

Baca juga: 8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Diharapkan semoga informasi ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk membeli external Hard Disk yang dapat menambat hati anda untuk dimiliki.

No comments

Powered by Blogger.