Header Ads

Permohonan Google Adsense Non Hosted Diluluskan

Pernah tahu apa itu Adsense? Kenapa para blogger sangat berminat untuk dapatkan akaun Google Adsense? Adakah permohonan Google Adsense anda telah diluluskan? Korang percaya hanya adanya akaun adsense, blogger Malaysia yang hebat seperti PanduanMalaysia mendapat income ribuan ringgit daripada Adsense tersebut.


Tidak kurang hebatnya blog lokmanamirul.com, alhamdullilah syukur kepada Allah diberi kesempatan lagi iklan Adsense kembali muncul semula setelah hampir 3 bulan setengah akaun tersebut diberhentikan kerana pertukaran domain dari blogspot kepada dot com.

Permohonan Google Adsense Non Hosted telah diluluskan!


Hal ini berlaku disebabkan pertukaran domain daripada blogspot kepada 'com'. Secara automatik iklan adsense tersebut menjadi blank jika letak di domain lokmanamirul.com. Memang kecewa income adsense tak dapat diteruskan seperti biasa. Aku tak berputus asa dengan terus apply untuk dapatkan akaun adsense non hosted walaupun beberapa kali direject.

Dari situ lah aku mendapat beberapa pandangan daripada blogger yang sudah ada akaun full adsense, iaitu Ammar, Adam Saleh dan Musadun untuk mendapatkan pengetahuan dan tips cara untuk dapatkan akaun adsense non hosted. Mulai tanggal 10 Disember akaun adsense non hosted untuk blog lokmanamirul.com telah diluluskan.

"Rasa tak percaya lah.... Serius memang!"

Permohonan Google Adsense Non Hosted Diluluskan

Pasti anda tertanya-tanya kenapa kalau tukar domain adsense tidak muncul di domain baru? Sebenarnya, ada juga perbezaan di antara akaun hosted dan non hosted adsense. Untuk pengetahuan, akaun hosted hanya digunakan laman-laman kepunyaan Google sendiri seperti youtube dan blog yang menggunakan platform blogspot. Hanya terhad!

[+] Baca Juga - Permohonan Iklan Innity Blog Diluluskan

Manakala, non hosted agak susah nak dapatkan akaunnya, kalau dapat tu memang kiranya bertuah, serius saya cakap hasil daripada pengalaman sendiri. Sekiranya kita mempunyai non hosted akaun, kita boleh memasang iklan tersebut di semua platform di laman-laman yang bukan milik Google.

Apa yang boleh aku katakan dengan adanya akaun non hosted adsense, jaga akaun ni sebaik-baiknya tanpa membuat sebarang violation seperti unsur-unsur ke arah negatif. InshaAllah akan aku jagakan akaun ini sebaik mungkin.

Pautan - Cashout Google Adsense Pertama USD129

Panjang sungguh artikel ini...hahaha!!! Memang dah lama aku pendam rasanya hari ni aku nak luahkan apa yang selama ini aku harapkan. Dengan adanya adsense ni korang boleh cari income melalui nilai USD. Serius memang berbaloi. Okay lah, setakat ini saja, inshaAllah nanti saya akan sharekan artikel yang mengenai dengan Google Adsense.

2 comments:

Powered by Blogger.