Cara Tukar Kad ATM Maybank Online Melalui Maybank2U

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online Melalui Maybank2U | Adakah anda sebagai pengguna kad ATM / Debit Maybank telah menukarkan kad baharu? Nak tahu cara senang? Kini anda boleh membuat penukaran kad ATM Maybank secara online melalui Maybank2U.

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online Melalui Maybank2U

Berikut adalah dikongsikan oleh penulis mengenai bagaimana cara tukar kad ATM Maybank secara online melalui web Maybank2U. Pastikan membaca sehingga habis. Jom baca!

Cara Tukar Kad ATM / Debit Maybank Online Melalui Maybank2U


1. Pertama kali, anda buka laman web Maybank2U.

2. Log in ke akaun Maybank2U.

3. Klik pada gambar kad ATM / Debit Maybank yang tertera dengan perkataan "Replace your Maybank Debit Card via M2U".

4. Klikkan replace card. Mudah hanya masukkan alamat penghantaran dan pengesahan melalui TAC.

5. Klik 'Confirm'.

6. Permohonan kad baru ATM / Debit Maybank secara online mengambil selama 14 hari bekerja.

7. Tunggu dan pihak bank akan poskan kad tersebut di alamat yang diberikan.

Mudah ja kan menggunakan sistem online. Jimatkan masa dan tidak dikenakan bayaran. Rasanya dah beberapa bank yang telah menggunakan sistem yang sama iaitu boleh buat penukaran secara online sepertimana Maybank. Dengan adanya sistem ini memudahkan pengguna yang tidak perlu beratur di kaunter.

Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda bagaimana cara tukar kad ATM Maybank secara online melalui sistem Maybank2U. Sebarkan maklumat ini jika anda rasa berguna dan penting.

2 comments.. read them below or add one

Elih Japahar Elih Japahar December 16, 2016
Dah ubah ke 21 hari bro..sebelum ni 14 hari je..lama dah tukar, online je mmg mudah