Header Ads

Beza Minyak Wangi Parfum, EDP, EDT dan EDC

Masih ada yang konfius apa beza minyak wangi antara 'Eau de Parfum', 'Eay de Toilette dan 'Eau de Cologne'? Sebelum anda hendak memilih untuk beli sesuatu minyak wangi, pasti anda akan perasan perkataan bahasa Perancis yang tertera pada botol. Sebenarnya terdapat 4 kategori minyak wangi iaitu parfum, eau de parfum, eay de toilette dan eau de cologne.

Image result for 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette dan 'Eau de Cologne


Sebelum anda berdating pasti akan sembur perfume atau pun keluar ke mana-mana mesti sembur perfume. Tapi korang kalau beli perfume jenis yang mana satu? Adakah Eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT) atau eau de cologne (EDC)? Apa beza keempat-empat ni sebenarnya?

1. Parfum

Kepekatan minyak wangi - 20%

Parfum mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi sebanyak 20%. Kebiasaannya, wangian jenis parfum akan lebih tahan lama daripada yang lain. Buat masa sekarang dah susah nak cari minyak wangi yang original. Maksud original di sini adalah minyak wangi asli kerana ia mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.

2. Eau de Parfum

Kepekatan minyak wangi - 10% - 20%

EDP atau Eau de Parfum adalah minyak wangi kedua mempunyai kepekatan wangian yang tinggi dengan antara 10% hingga 20%. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam. EDP lebih kurang sama dengan parfum cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.

3. Eau de Toilette

Kepekatan minyak wangi - 4% - 15%

Kebiasaanya pati minyak wangi jenis ini iaitu EDT berada di bawah 10% dengan lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.

Beza Minyak Wangi Parfum, EDP, EDT dan EDC

4. Eau de Cologne

Kepekatan minyak wangi - 2% - 5%

Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne. Biasanya ia lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Eua de Cologne hanya kepekatan pati di bawah 5% dan anda mungkin akan sembur semula selepas dua jam.

Sumber - Bustle.com

4 comments:

  1. :) kak PC pun baru tahu ni..terima kasih.

    ReplyDelete
  2. hehe, baru tau..main taram beli jer..

    ReplyDelete
  3. I really like the Eau De Cologne, especially in summer season. I personally like light and pleasant perfume, that's why I like the cologne version of every perfume. I am using Davidoff Cool water for men right now bought from my local store BPIB. Thanks for sharing this post.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.