Header Ads

Jersi Baharu Skuad Harimau Malaysia Jenama Nike 2016-2018

Tahukah Nike baru memperkenalkan jersi baharu skuad Harimau Malaysia untuk tahun 2016 hingga 2018? Cantik tak jersi baharu ini? Jersi Harimau Malaysia 2016 ini mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014. Jersi ini sebenarnya dah siap pada awal tahun 2016, disebabkan Piala AFF Suzuki 2016 bermula pada bulan November, maka jersi Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini.

Jersi 'home' dengan warna utama hitam dan jersi 'away' dengan warna utama putih itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar. Jersi baharu Harimau Malaysia 2016 ini mempunyai design kelainan dengan menggunakan logo FAM dan bukannya bendera Malaysia.

Jersi Baharu Skuad Harimau Malaysia Jenama Nike 2016-2018

Fakta Jersi Baharu Skuad Harimau Malaysia 2016-2018

1. Jersi baharu Skuad Harimau Malaysia ini menggunakan logo FAM
2. Jersi Harimau Malaysia 2016 telah direka oleh Nike pada awal tahun 2014
3. Proses design jersi baharu ini mengambil masa kira-kira 18 bulan
4. Jersi baharu ini bakal dijual pada 16 November 2016 di kedai sukan al-Ikhsan dengan harga RM289

Semoga dengan jersi baharu jenama Nike Skuad Harimau Malaysia tahun 2016 dapat menyuntik semangat atau keyakinan baru untuk pasukan Malaysia bersaing bermati-matian dalam Piala AFF Suzuki 2016.

Sumber

3 comments:

  1. Tudia mahai nahh... Tpi unni memang suka kualiti nike ni, pnh beli kasut nike.. Blh than, Lama jgk dorang design..

    ReplyDelete
  2. kate ade kontroversi eyh pasal baju ni

    ReplyDelete
  3. Sayang man utd dah tukar adidas.. Kalau stay nike lagi cantik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.