Senarai Kadar Baharu Caj Wad dan Rawatan Hospital Kerajaan Mulai 2017

Baru-baru ini isu kenaikan harga minyak masak telah menjadi topik bualan hangat oleh rakyat Malaysia. Dek terpalit isu itu, kini pula bermula bulan Disember 2016 atau awal Januari 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaikkan caj rawatan dan wad hospital kerajaan sebanyak 50% di seluruh negeri.

Menurut sumber dari KKM, antara alasan utama kenaikan tersebut adalah kerana caj rawatan hospital kerajaan tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982 dan dikatakan antara terendah caj rawatan dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain.

Senarai Kadar Baharu Caj Wad dan Rawatan Hospital Kerajaan Mulai 2017

Kenaikan caj rawatan hospital kerajaan tersebut didakwa akan melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di Kelas 1 dan Kelas 2 termasuk semua jenis rawatan bagi warganegara seperti bayaran wad am, wad bersalin, fisioterapi dan beberapa rawatan lain manakala Kelas 3 caj wad dan rawatan kekal pada kadar lama.

Senarai Harga Baharu Caj Wad dan Rawatan Hospital Kerajaan Mulai 2017

1. Wad Kelas 1 (Sehari)
Harga Sekarang : RM80
Harga Baharu : RM120

2. Wad Kelas 2 (Sehari)
Harga Sekarang : RM20
Harga Baharu : RM30

3. Wad Kelas 3 (Sehari)
Harga Sekarang : RM3
Harga Baharu : RM3 (Kekal)

4. Bersalin Bedah Kelas 1
Harga Sekarang : RM800
Harga Baharu : RM1200

5. Bersalin Bedah Kelas 2
Harga Sekarang : RM400
Harga Baharu : RM600

6. Bersalin Bedah Kelas 3
Harga Sekarang : RM100
Harga Baharu : RM100

7. Bersalin Biasa Kelas 1
Harga Sekarang : RM300
Harga Baharu : RM450

8. Bersalin Biasa Kelas 2
Harga Sekarang : RM150
Harga Baharu : RM225

9. Bersalin Biasa Kelas 3
Harga Sekarang : RM10
Harga Baharu : RM10

10. Psikiatri Kelas 1
Harga Sekarang : RM750
Harga Baharu : RM1125

11. Psikiatri Kelas 2
Harga Sekarang : RM300
Harga Baharu : RM50

12. Psikiatri Kelas 3
Harga Sekarang : Percuma
Harga Baharu : Percuma

13. Rawatan Kemoterapi Kelas 1
Harga Sekarang : RM200
Harga Baharu : RM300

14. Rawatan Kemoterapi Kelas 2
Harga Sekarang : RM100
Harga Baharu : RM150

15. Rawatan Kemoterapi Kelas 3
Harga Sekarang : RM50
Harga Baharu : RM50

Untuk senarai penuh caj semasa di hospital kerajaan, rujuk di sini maklumat lebih lanjut www.moh.gov.my.

Semoga info ini tentang kadar baharu caj wad dan rawatan hospital kerajaan mulai 2017 memberi sedikit pengetahuan kepada pembaca setia blog lokmanamirul.com

Sumber : Petikan Kosmo (olahan semula)

3 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 17, 2016
SABAR JAK LA EKONOMI SKG.. SMUA DUK NAIK
atiehilmi dot com atiehilmi dot com November 17, 2016
em.. maknanya ramai ramai kena jaga kesihatan la ye.. hee~
Elih Japahar Elih Japahar November 20, 2016
Kelas 3 je lah kita guna nampaknya...tempoh hari cousin sy masuk wad bersalin kelas 1, RM2K dibayar hanya utk 2 hari 2 malam..