Header Ads

Cara Pemohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 Online

Perhatian kepada murid lepasan UPSR 2016, anda kini boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 bagi pelajar Tingkatan Satu sesi ambilan Januari 2017. Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak telah dibuka mulai 17 November hingga 30 November 2016 yang boleh dibuat menerusi atas talian (online).


Cara Pemohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak (SMA) 2017 Online

Berikut akan saya kongsikan panduan atau cara memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 dan syarat kelayakan serta semakan keputusan tawaran untuk Tingkatan Satu.

Cara-Cara Memohon

1. Pastikan pemohon mempunyai kelayakan memohon. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menjadi sebagai ahli Gerbang Mesra Rakyat (GMR) Negeri Perak, hanya anda perlu layari ke laman web ini Daftar Baharu.

2. Klik Log In bagi anda yang telah mendaftar.

3. Pastikan isikan maklumat dengan tepat dan pemohon perlu menekan butang hantar serta mendapat nombor rujukan.

4. Selepas menghantar borang, anda perlu mencetak borang dan hantar dokumen-dokumen sokongan ke Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak di alamat yang disediakan.

5. Pemohon boleh mula memeriksa status permohonan bermula 13 Disember 2016.

Syarat-syarat Kelayakan dan Kriteria Permohonan

Permohonan telah dibuka mulai 17 November kepada murid lepasan UPSR yang ingin menyambung pengajian Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017, berikut syarat kelayakan permohonan;

1. Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR 2016

2. Memperoleh sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2016

3. Anda telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2016

Bagi pemohon yang layak hendaklah menduduki ujian Hafazan al-Quran.


Senarai Sekolah Agama Di Negeri Perak

  1. SEKOLAH IZZUDDIN SHAH (lelaki)
  2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH (perempuan)
  3. SEK. MEN RAJA DR. NAZRIN SHAH (lelaki & perempuan)
  4. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN MANJUNG (lelaki)
  5. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KUALA KANGSAR (lelaki)
  6. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN LENGGONG (lelaki)
  7. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN TAPAH (perempuan)
  8. SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN KERIAN (perempuan)
Semakan Permohonan SMA Negeri Perak 2017

● Pemohon boleh menyemak keputusan

PautanPermohonan Sekolah Menengah Agama Terengganu 2017 Online

Semoga pemohon berjaya memasuki ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2017 sesi Januari bagi Tingkatan Satu. Mudah saja pemohon hanya layari website yang diberikan di atas untuk membuat permohonan secara online.

No comments

Powered by Blogger.