Header Ads

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Agama Terengganu 2017 Online

Beberapa hari lepas pengumuman keputusan UPSR 2016 baru dikeluarkan, kini berita baik kepada murid UPSR 2016 yang berminat mahu membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) dan Madrasah Moden MAIDAM 2017 Secara Online kini telah dibuka.

Untuk pemohon anda boleh buat permohonan secara online bermula dari 17 November(Khamis) jam 9.00 pagi sehingga 24 November 2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Anda boleh layari ke laman web ini untuk membuat Permohonan Sekolah Menengah Agama Online.

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Agama Terengganu 2017 Online

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2017 Online



Berikut dikongsikan maklumat mengenai Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu

Tarikh Permohonan:

●Tarikh buka : 17 November (Khamis) jam 9.00 pagi
●Tarikh tutup : 24 November 2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari

Tarikh-tarikh Penting:

1. Semakan ujian bertulis akan dibuka pada 28 November 2016

2. Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
● 4 Disember 2016 bagi Kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu
● 5 Disember 2016 bagi kemasukan ke SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
● 1 Disember 2016: Kemasukan ke Madrasah Moden MAIDAM Terengganu

Cara Membuat Pemohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu

Pemohon anda boleh layari ke laman web ini di SMANT. Pemohon boleh buat rujukan syarat kemasukan dengan klik aplikasi Permohonan SMA Online untuk memohon.

PROSES PERMOHONAN

Permohonan akan diproses mengikut kategori dan kelayakan. Bagi permohonan Tingkatan Satu, pihak sekolah akan menguruskan ujian bertulis di pusat peperiksaan yang ditetapkan.

UJIAN BERTULIS

Pelajar yang memohon dan cukup syarat akan dipanggil menjalani Ujian Bertulis dan Bacaan Al-Quran.

SEMAKAN TAWARAN / RAYUAN

Bagi pelajar yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah dipilih. Pelajar yang berjaya perlulah mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian.

Semoga anda berjaya dapat tawaran permohonan kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2017 Online untuk bakal pelajar Tingkatan Satu. Permohonan untuk pelajar Tingkatan Tiga (PT3) dan Tingkatan Enam akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

No comments

Powered by Blogger.